Apabila kita rajin berblogwalking kehulu hilir banyak perkara yang kita baca dan lihat kan..
Banyak jugak hidangan2 yang mengembalikan nostalgia dan mencairkan mulut bila melihatnya...
Begitulah jugak ngan tuan tanah nie..bila berkunjung keblog Kak Azian Elias yang menceritakan pasal her open house baru2 nie ade sebut pasal salah satu menunya adalah spaghetti sardin... first time dengaq tuh, tapi memberikan inspirasi untuk mencuba..mesti sedap kan che Ju yang masak..
So dengan limpahan tomato diladang,
Yang di tuai pagi nie..semuanya fresh dan lagilah menambahkan koleksi masuk deep freezer..
Kemudian ngan bahan2 yang mudah dan sudah ade didapur, mulalah kerja2 eksperimen ..tetapi tersilap lak,
Mati-mati confident ade sardin kat dapur..rupa-rupanya tak tengok ngan betul..mackerel dalam natural oil yang dok ade tuh..huhuhu
Takkan nak give up kan kerana takder sardin,so nak cubalah ngan tuna yang pun dah dok ada dlm stok..
Inilah tin fish yang paling common kat sini..ayam brand dah takder dipasaran daaa...
Bahan2 lain simple jer...bawang besar, bawang putih, tomato puree, sos tomato, fresh tomato...cuma tak letak cili jer takut pedas tuk Aidan..kejap jer masak dah boleh makan..
Sedap nie honestly bukan sesajer nak angkat bakul walaupun pertama kali cuba..makan sekali nak lagi...heheh...juga senang dan cepat tuk membuatnya. Korang peminat spaghetti mesti cuba..;)
aahhh nak pegi makan lagilah..:)