Dalam bercucuk tanam dirumah tidak semuanya memberikan hasil seperti yang diharapkan..ade jugak sad stories ..bergantung kepada nasiblah, namun kengkadang bukan nasib tapi salah strategy ataupun teknik yang menyebabkan projek tanaman terus jadi failure.
Tanam sayur tak kesah sangat sebab tempohnya bukanlah lama sangat pun tuk invest masa dan ruang..namun bila menanam pokok buah-buahan yang mengambil ruang yang lebih serta tempoh yang lama menunggu, terasa jugak kan bila result tidak seperti yang dijangka..
Rasa-rasanya dalam semua pokok yang ade sekarang nie cuma pokok nona serikaya dan pokok limau kasturi jer yang memberikan buah setiap tahun..yang lain tuh beginilah ceritanya...
Setelah Abuaidan tebang gugusan pokok pisang berangan (kalau tak silap nama) ditepi rumah yang berbuah tiap-tiap tahun dulu dan gantikan ngan pisang serendah nie, dah setahun lebih, namum masih belum nampak tanda-tanda nak berbuah..biasanya cepat kan pisang kecik gini berbuah.
Pokok betik. Kemain projek menanam betik depan rumah setahun lebih yang lepas jugak..sampai sekarang pun belum jugak berbunga..keding lak tuh..separuhnya dah jadi mangsa tebasan tukang kebun kecik..yang nie sib baik dah tinggi sikit tak leh capai daunnya..huhuhu
Yang belakang umah tumbuh sendiri..nie baru usia tak sampai setengah tahun pun dah nampak berbunga. Sebab tumbuh sendiri takleh nak claim yang kami tanamlah kan. Rasanya location pun satu, berbanding ngan laman depan, laman belakang dapat lebih full sun sebab tuh lagi subur.
Limau mandarin kemain tinggi lagi pokoknya. Sepanjang usianya yang dah matang nie baru 2 kali berbuah, tuh pun tempias UA peknenkan depa dorang nie..masa UA belum dtg sini tak pernah berbuah, first time berbuah 2 atau 3 biji masa ngandungkan Aidan, kemudian senyap tuk 3 tahunnya hinggalah last year masak peknenkan Arissa, dia pun turut berbuahlah jugak dengan agak banyak..tapi rosak kerana dilanda taufan..hmmm. Sekarang nie patutnya dah mula berbuah namun tak nampak sebarang putik pun lagi...nak tunggu sapa peknen lah plak nie..huhuhu
Mangga nie usianya dah 3 tahun lebih dah nie..kalau tahun depan belum berbuah alamaknya kempunanlah nak rasa mangga yang ditanam sendiri..farewell sahajalah my dear mangga..heheh
Pernah cakap ngan mak kalau ade benih duku atau ciku tuh bila ade peluang, pos lah sekali..mak lak cakap, hmm susah tanam pokok nie.. yang duku dia tanam dekat 20 tahun pun masih belum berbuah lagi..huhuh
Korang pernah gagal tak tanam pokok buah-buahan atau semuanya berjaya membuahkan hasil..?
