- mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,
- mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
- mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.
Diantara khasiat pudina adalah :-
- bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman
- serta mengurangkan flatulens.
- bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.
- Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.
Begitu banyak khasiat pudina nie yang kita kadang2 tak aware akannya..
Baru2 ini terdapat kelebihan pudina yang dibeli dari pasar, sayang hendak dibuang begitu sahaja..maka merajinkan diri untuk menanam didalam bekas..beginilah cara kami menanam pudina dicuaca yang amat panas....
Pudina yang tidak habis digunakan
dibuang daunnya dan tinggal batang untuk ditanam..
tempat untuk menanam yang belum siap....
ready untuk ditanam..
Batang pudina dikerat dua dan dicucuk kedalam tanam..
Disungkup dengan rumput kering untuk mengelakkan kekeringan.
seminggu kemudian..daun2 baru tumbuh
3 minggu kemudian..semakin subur..
Mudah kan menanam pudina nie..tidak perlukan banyak penjagaan cuma pastikan disiram dengan air 2 kali sehari sekurang-kurangnya.
Pudina banyak digunakan dalam masakan, sebagai ulaman mahupun di letak didalam tea memberikan aroma segar pudina tea...kalau makan laksa utara, takder pudina rasanya mcm tak sah kan....
ref : info