Since pada trip ke Suva yang lepas telah membuat trip round the Island..pergi ikut sebelah barat..balik ikut sebelah timur..dapatlah melihat keseluruhan keadaan muka bumi pulau yang kami tiinggal ini iaitu Viti Levu...levu tuh pulaulah maksudnya...
Maka setelah dikumpul2kan segala foto2 yang terbaik..alhamdulillah dapatlah dikongsikan disini untuk memberikan anda sedikit gambaran tentang tempat yang jauh beribu batu dari tanah air...:)
Peta Viti Levu..pulau yang terbesar di Fiji.. tuan tanah bertolak dari Ba melalui Lautoka - Nadi - Sigatoka - Navua untuk sampai ke Suva yang mengambil masa lebih kurang 4 jam..dalam 300km lebih lah... tuan driver pun biasa bawak tak lebih dari 80km sejam.takut kena tiket...huhhu
Perjalanan bermula dari Ba division..yang mana sepanjang perjalanannya di hidangkan dengan pemandangan ladang2 tebu..bukit bukau yang rendah lagi comel dan perkampungan2...
Atas bukit tuh adalah pokok2 pine yang mana salah satu ekonomi masyarakat tempatan melalui kegiatan pembalakan ini..
Pemandangan laut dari atas bukit yang lebih tinggi..nice view kan..
Bila menuruni bukit..
30 minit memandu sampai di bandar Lautoka..(entry about Lautoka town)
Sepintas lalu pemandangan bandar Lautoka..
Meneruskan perjalanan menuju melalui rain trees yang rendang2..redup sekejap..
Landasan sugarcane train...tiada keretapi penumpang disini..cuma tebu jer boleh naik...
Pemandangan sebuah gerai ditepi jalanan..banyak menjual sayur-sayuran..
Ini pula sebuah kuari dan tempat operasi Naim Construction...syarikat dari Malaysia..mereka nie buat jalan untuk sebelah timur fiji..big project jugaklah..
Pemandangan bukit yang berbatu batan lebih banyak di kawasan ini berbanding dengan sebelah kami..
Setengah kemudian dari bandar Lautoka sampailah bandar Nadi..hujan pada masa tuh.. (entry Nadi Town)
Pemandangan sebuah gerai promosi..
Nice view sepanjang jalan..kehijauan dan tidak begitu hutan belantara..masih banyak lagi ladang-ladang tebu dikawasan ini...
Juga pine trees..
Sejam kemudian dari bandar Nadi sampailah ke sebuah bandar yang lebih kecil iaitu Singatoka Town..
Sebuah jambatan lama yang runtuh..
Singatoka Masjid..tempat persinggahan yang mesti setiap kali membuat trip ke Suva...
Perjalanan diteruskan dengan masih ade 2 jam untuk sampai ke destinasi..banyak pemandangan2 yang menarik dihidangkan sepanjang jalan..antaranya...
So ikutlah part yang seterusnya untuk melihat lebih banyak pemdangan yang indah2 disekitar pulau...:)
