Showing posts with label Watermelon/Tembikai. Show all posts
Showing posts with label Watermelon/Tembikai. Show all posts

Friday, 14 March 2014

'Hidden Treasure' Dipinggir Tebu

Kesinambungan dari entry Tak Cipta Rekod Jugak

Hari sabtu yang lepas peladang suami adalah sedikit kesempatan untuk membersihkan ladang..memotong rumput serta membersihkan semak samun..sepetang jugaklah beliau ngan ladangnya itu.

Kemudian bila dah nak masuk maghrib, peladang suami pun masuklah kedalam rumah..kemudian beliau datang kepada peladang isteri,
" Masa bersihkan area dekat tebu tadi saya ternampak watermelon this big.." sambil menunjukkan saiz ngan tangannya..
"Malangnya..setelah siap potong rumput kat situ baru perasan akan watermelon tuh.."..tambahnya lagi..
"Apa...??? awak dah potong pokok tuh dari akar utamanya yer sewaktu memesin rumput...? Napa awak tak tengok betul2..iisshhh awak nie...rugi dan melepaslah gini...hmmm" kata peladang isteri dalam nada terkejut, sedih dan kecewa..

Inilah tempat pokok tembikai yang tumbuh sendiri menjalar..pokok tebu sebelah kanan tuh..masa amek gambar pun tak pernah terarah nak tengok kat pokok tebu tuh...apa punya peladanglah nie...

Lepas tuh cepat2 peladang isteri keluar tengok watermelon yang dikatakan oleh peladang suami tuh dalam maghrib tuh tak nyabar2 tuunggu esok..

Memang hidden btul buah tembikai tuh dipinggir tebu yang telah dibersihkan dah..pelik btul peladang isteri yang sentiasa dok jaga area tuh tak perasan pun..kalaulah peladang suami tak bersihkan semak disitu pasti tak ketemu sampai sudah..(gambar nie diambil keesokkan harinya..)

Esoknya peladang isteri pergi lagi ke 'site' nak tengok nasib buah tembikai 'treasure' tuh samada dah terpotong atau tidak dari main plant and root..too bad memang sudah terputus kasih sayang sudah..'maknya' telah selamat dipotong rapat...

So dalam keadaan kecewa tuh peladang isteri pun ameklah tembikai tuh buat masuk umah..nak tengok keadaan dalam kulit tuh..tapi takderlah nak expect lebih2 tengokkan buah tuh taklah besar sangat macam masih nak membesar lagi..

Inilah buahnya sebesar separuh dari tembikai yang biasa yang besar2 kot..maybe dalam 2kg lebih rasanya lupa nak timbang..mungkin variety yang kecik kot. 

Dan ketika membelah tuh, peladang isteri dapat melihat warna kemerah-merahan dari dalam ..dia jadi sangat excited menjerit kegembiraan..bila dah terbelah tuh lagilah tersangat excitednyer...

Haaa...Alhamdulillah rezki tak disangka2..Allah nak bagi jugak walaupun sebijik dari pokok yang tumbuh sendiri..seedless, masak merah dan manis serta...hmmm memang sedap..:) 

Walaupun yang ditanam sendiri tak pernah berjaya sampai berbuah masak gini, sekurang2nya dapat jugak merasa yang masak diladang dengan tumbuhnya sendiri..:) peladang isteri adelah jugak tabur baja.

Saturday, 1 March 2014

Tak Cipta Rekod Jugak

Ingat lagi tak akan entri pasal tembikai percuma dulu? Hmm nampaknya memang takder jodoh ngan tembikailah kami nie..tanam pun tak menjadi, tumbuh sendiri pun tak menjadi jugak..

Entah dimana silapnya...cuaca atau tanah atau peladang tuh yg tak serasi...huhuhu..

Berbunga, berbuah...namun beginilah kesudahannya..


 Bila buah telahmenjadi sebesar buah limau kasturi, tak lama kemudian mengecut..mengering..tidak menjadi besar walaupun sebesar bola pingpong,..

Sudah penat mempertahankan korang nie dari tukang potong rumput sampai jadi semak samun sudah..time's up ...performance tak  bagus, maka tak dapatlah nak membela korang lagi...maaf yer...

Nampaknya selepas nie mungkin takder lagilah percubaan tanam tembikai..mungkin tangan tak cukup hijau untuk tembikai..huhuhu..mungkin kena perlu kursus tanam tembikai dulu agaknya barulah ade peluang nak berjaya...inshaallah...huhuh

Tuesday, 14 January 2014

Tembikai Percuma?

Malu tuk mengaku dalam banyak2 tanaman yang pernah dicuba ..tembikai masih belum berjaya lagi ditanam..walaupun dah berpeket2 benih yang dibeli dan ditabur...tah dimana silapnya..samada menanam pada musim yang tak sesuai ataupun penjagaan yang tidak betul.

So dah angkat bendera putih..no more tanam-tanam tembikai..buang karan sahaja..give up la nie..:)

Anway keajaiban pastinya berlaku disekeliling kita samada sedar atau tidak...kalau kita sebagai muslim, keajaiban tuh kuasa Allah lah yang mengadakannya...

Dan yang terjadi tanpa disangka adalah yang nie..

Tak tahu benih dari mana samada buang yang dimakan ataupun benih paket yang terjatuh, namun Allah menghidupkan mereka ini..Alhamdulillah begitu subur..yang ditanam pun tak pernah jadi sebesar nie.. Kami biarkan jer mereka membesar, letak jugak sedikit baja...cuma yang risaunyer mereka nie menuju ker arah sebelah koridor dan longkang...boleh ker idup disitu?

Dah berbunga pun...siap bersemut lagi.. excited lak nak tengok mereka nie berbuah..harap2 tercapailah cita2 nak makan tembikai dari laman sendiri biarpun bukan yang ditanam..inshaallah..:)

Thursday, 20 September 2012

Tembikai 'Have to Have' But I Can't Have

That's the ending of the watermelon 'have to have'.. memang tidak dapatlah merasa tembikai dari kebun sendiri. Pokok tembikai telah mengering dan hampir mati, tak dapat dipastikan puncanya..


Satu buah sahaja yang terhasil itupun hanya membesar setakat bola tenis,

Walaupun ada pokok baru yang ditanam kemudiannya (the back ups) mula membesar, namun excitement untuk menanam tembikai telah hilang. Mungkin give up sebab payah nak menjadi, betul jugak kata orang yang telah melaluinya. Pun rasa malas nak memikirkan apa penyebabnya yang tidak berjaya. Kiranya percubaan menanam tembikai ini adalah suatu kegagalan... 
salah satu lagi pokok yang masih tinggal 
Lupakan pasal watermelon nie buat sementara waktu. Namun begitu tak tahulah pulak datang angin untuk mencubanya lagi dimasa depan.....

Sunday, 2 September 2012

Tembikai 'Have to Have' - Berbunga dan ....

Yang disemai benih pada 2/7/12, dah masuk 2 bulan usia rupanya tembikai ini, yang terawal entri berkaitan dengan bunga pertama yang menunjukkan perkembangan positif pokok tembakai, dua minggu setelah tembikai semakin berkembang dan pagar2 juga untuk diletakkan untuk mengawal penjalaran pokok. 
 Menjalar melalui pokok labu

Satu lagi penjalaran dari pokok yang sama tetapi pada arah yang berlainan

Alhamdulillah akhir-akhir ini nampaknya makin banyak bunga muncul dan berkembang, juga semakin bepasangan- ada bunga jantan dan betina. 
 Bunga Jantan

Dua bunga betina setakat ini, tetapi sekarang sukar nak dipastikan samada masih lagi bunga betina atau telah membentuk buah. Pagi ini bunga2 ini kelihatannya tidak mekar lagi, mungkin telah 'tersenyawa'..
 bunga betina pertama
bunga betina kedua

Harapnya dalam banyak2 bunga yang keluar, akan adalah  bunga2 yang bertuah dan berhasil, inshaallah.

Klik pautan untuk - panduan cara menanam tembikai  

Friday, 17 August 2012

Tembikai 'Have to Have'- Bunga Pertama

Tembikai - Menggamit kenangan semasa bersekolah rendah menolong bapa saudara menanam tembikai yang banyak untuk tujuan komersial. Masih boleh membayangkan batas-batas tembikai yang panjang2 dan banyak, menolong menyiram pokok2 menggunakan baldi daripada  air telaga yang digali. Bila masa menuai hasil, hari-hari makan tembikai sampai perut penuh dengan air tembikai...

Berbalik kepada hari ini... jika hendak membeli dan memakan tembikai tidak susah jika pada musimnya. Yang susahnya untuk melihat tembikai tumbuh menjalar dan berbuah dikebun sendiri. Percubaan demi percubaan sebelum ini, tidak jugak memberikan hasil kecuali usaha sahajalah. 

'Have to have' - jika give up tak dapatlah melihat dan merasa tembikai dari kebun sendiri. 

Percubaan yang pertama berakhir dengan pokok musnah kerana minggu hujan dimusim panas (unexpected rain),
oursimplegarden - cara menanam tembikai
Banyak juga paket2 benih yang dibeli daripada pelbagai jenis. Semai benih dicampur2 daripada jenis2 berbeza akhirnya bila pokok dah tumbuh lupa pula dari jenis mana yang ditanam. Namun, bila dah jadi buahnya nanti inshaallah baru boleh tengok kembali jenis yang mana asalnya.

Antara berinspirasi & tidak :
'Watermelons are not particularly difficult to grow, but because they are so demanding I don't consider watermelons a good plant for beginner gardeners. (You can get lucky if you live in optimum conditions)'
- tidak bermakna kita tidak boleh mencuba kerana,
'They are greedy, rambling vines, like all plants in the cucurbiteae family (e.g. zucchini, squash, pumpkin, cucumbers...)'
- Kalau pumpkin, cucumbers pernah hidup subur dikebun kita bermakna tembikai juga mempunyai harapan

Kerana 'have to have' watermelons dalam kebun sendiri, satu lagi percubaan dibuat. Kali ini dengan membuat batas pada kawasan yang dirasakan boleh mendapat 'full sun', tidak berhampiran dengan shades dan mempunyai lebih ruang.
Area yang dikhaskan untuk tumbuhan menjalar (ada lg ruang utk menjalar pada bhg kanan)

Disemai benih  2/7/12, sepintas lalu peringkat pembesaran pokok:
oursimplegarden - cara menanam tembikai
 Benih-hari pertama disemai 
oursimplegarden - cara menanam tembikai
 Hari keempat
oursimplegarden - cara menanam tembikai
Hari kelima
seminnggu
oursimplegarden - cara menanam tembikai
3 minggu
 sebulan

Hari ini, hampir 7 minggu usia,  barulah nampak bunga yang pertama keluar daripada salah satu pokok yang ditanam,
oursimplegarden - cara menanam tembikai

oursimplegarden - cara menanam tembikai
inilah pokok yang baru berbunga (masih baru cuba2 menjalar)

Memandangkan 'have to have' tembikai dalam kebun, jadi 'back up plan' telah dibuat dengan menanam beberapa lagi pokok pada batas agar peluang untuk 'have to have' lebih tinggi,
oursimplegarden - cara menanam tembikai
1 lagi pokok yang seusianya
Pada bahagian & batas-batas yang lainnya,
oursimplegarden - cara menanam tembikaioursimplegarden - cara menanam tembikai

 Benih2 disemai pada tempoh berbeza2 untuk menggantikan pokok yang mati dan tidak tumbuh

Bunga pertama tembikai 'have to have', sekurang-kurangnya pengubat kesedihan tak dapat berhari raya bersama keluarga dimalaysia...


Dikongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan cara menanam tembikai berdasarkan pembacaan dan pemerhatian agar sesiapa yang berminat untuk menanam tembikai dikebun sendiri boleh mencuba:

  • tembikai memerlukan banyak ruang, cahaya matahari dan nutrients. (patutlah dulu ditanam ditempat yang terlindung sedikit tidak begitu subur)
  • ditanam daripada benih (benih yang dibeli khas adalah lebih baik kerana benih daripada buah yang dibeli akan menjadi Hybrid yang tidak memberikan hasil yang memuaskan)
  • tanam secara terus pada batas adalah lebih baik daripada tanam melalui 'transplant' - lebih menjimatkan masa dan pokok lebih kuat.
  • ditanam sedalam seinci hingga dua inci.
  • tanam pada batas dan kawasan yang tidak bertakung air kerana tembikai tidak sukakan kawasan yang berair atau basah.
  • menyediakan batas yang dengan mencampurkan baja terlebih dahulu agar tanah kaya dengan nutrient untuk menyuburkan pokok.
  • penyiraman dalam dua kali sehari.
(ref: http://www.tropicalpermaculture.com/)

Nuffnang Ads