Showing posts with label Bunga Telang. Show all posts
Showing posts with label Bunga Telang. Show all posts

Thursday, 3 January 2013

Sirap Biru dari Bunga Telang

Alhamdulillah tercapai jugak hastar untuk merasa sirap biru dari bunga telang, homemade - bunga telang ditanam sendiri, sirap buat sendiri.. Bunga telang dari benih yang dikirim oleh Kak Puteri Purnama, setelah 2 bulan lebih menanam, allhamdulillah sehari dua yang lepas mula berbunga...apalagi..bereksperimenlah buat sirap sendiri ..inilah hasilnya...

Biru kehijauan sikitkan kalernya sebab masak dengan daun pandan. Sebab nama asal sirap biru walaupun kehijauan sikit, tetap panggil sirap birulah..:)

Alhamdulillah rasanya memang sedap, tambah lagi bau daun pandan yang wangi dimasak bersama. Kaedah membuat sirap dipelajari dari blog tanamsendiri..Dikongsikan cara mudah membuat sirap ini (kredit untuk Tanamsendiri)

Lebih kurang 20 bunga telang dibuang tangkai kemudiannya..

 Dimasak bersama2 dengan 2 atau 3 helai daun pandan, gula mengikut rasa, serta secawan air...jadikan sirap yang agak pekat...kemudian bila hendak dihidangkan boleh tambah air bergantung kepada kemanisan yang diingini.

Bila diperah limau nipis atau limau kasturi didalamnya, warna bertukar menjadi agak2 ungu sikit..Rasa lebih ngam dengan perahan limau..

Apa lagikan motif kita tanam bunga telang.. untuk buat sirap atau masak ngan nasi kerabu jerlah kan..selain itu saya kuranglah arif...

Sapa yang bunga telangnya dah berbunga, bolehlah mencuba...


Monday, 22 October 2012

Semaian2 Imported Benih

Semaian2 baru pada pagi ini benih2 yang dihantar oleh Kak Puteri Purnama sebagai rekod untuk tukang kebun.

Benih labu kundur 

Benih limau purut

Benih bunga telang

Bunga telang dan labu kundur ditanam berdekatan pagar supaya senang menjalar manakala benih limau purut ditanam didalam plastik/ kotak dahulu sebelum dialihkan pada permanent place. Sekiranya bunga telang dan limau purut ini berjaya ditanam inshaallah mungkin akan mencipta rekod tanaman yang baru dibawa masuk ke negara ini ..:) 

Nuffnang Ads