Setelah penat dok menjeling-jeling mangga jiran sebelah rumah kosong yang tak bertuan, untuk menutup cerita telan liur tuh, akhirnya suruh En.Abuaidan beli sedikit mangga putik kat pasar..Actually pokok mangga jiran sebelah tuh tidak masuk kelaman kami..memang tak boleh berangan tuk dapat merasa..heheh
Dan setelah dibawa balik dari pasar, terus merajinkan diri untuk mengupas kulit dan membelah mangga2 tuh..dak Aidan balik dari pasar beriya2 nak makan mangga tuh..bila bagi sikit, tak tertahan dia masamnyer..huhu
Yang siap dibersihkan. Google resepi hulu hilir, tengok yang Nadia Rashid buat mudah jugak..so campur2 resepi, mangga direndam dalam air kapur 15 minit tuk bagi rangup katanya..pastuh buang air kapur, basuh..kemudian rendam dengan air garam secukupnya..eloknya guna garam kasar, garam serbuk bila dimasak tak maunya larut so kena bancuh ngan air sejuk gitu jer baru leh larut sikit. Rendam dalam air garam dalam dua hari kemudian, buang air garam..jeruk lak ngan air gula yang dimasak..letak jer dalam bekas, biar terjeruk kat situ..
Selepas 2 hari alhamdulillah bolehlah makan..makin lama jeruk makin kurang masamnya. Ini tak disimpan dalam fridge sebab kalau sejuk2 gitu ngan rasanya..boleh jadi sengal gigi atau ngilu ..pada sayalah. Pun tak boleh nak makan banyak2 dalam satu hari sebab takut sengal gigi jugak kang takleh lak nak makan menda2 lain. Amek masa jugak nak menghabiskannya tuh since takder peminat kecuali orang yang membuatnyer jer makan..huhu
p/s - jeruk pauh tuh samalah ngan jeruk mangga..orng kelate jer panggil gitu..