Masih lagi dalam mood masak daging,ikan dan ayam boleh berehat sebentar..hehe..actually bukan hari-hari masak daging, limitkan tak lebih dari 3 kali seminggu demi kesihatan seluruh ahli keluarga. Big boss kalau hari weekdays menunya lebih kepada vegetarian sahaja..tak banyak kerenah..cuma UA yang kena ade 'animal' jugak walaupun sedikit dalam menu...hikhihkhik.
So cubaan monsterchef memasak daging yang keseterusnya diminggu ini adalah...
Cubaan No.4 - Paprik Daging
Paling sadis kerana sudah hampir 5 tahun tak makan paprik..bukannya tak boleh buat cuma tak terbuka hati nak buat sebab orang kat umah nie tak suka makan pedas..jadi most of the time kalau masak campur camni masak yang local nyer style- Chop Suey,lebih kurang gini gak campur2 sayur, ikan atau ayam atau daging cuma tak letak sos cili mahupun cili. This time my paprik for my own perut...alhamdulillah lazzatun lil akiliiin...:), sapa tak terliur? heheh
Cubaan No.5- Homemade Burger
Alang-alang daging masih banyak dalam freezer baik buat sendiri mince meat tambah2 ngan adenya processor..400g gram daging tuk wat homemade burger dan meatball.
Resepi adalah belek2 yang orang lain nyer..campur tolak sana sini..letak breadcrumbs, onion, garlic, pepper serta salt..
Bentuk pun manual jer kan takdelah secantik yang rameli nye burger..cukuplah cuma nak makan tuk anak branak jer..:). 2 days in advance buat,simpan dalam freezer lagi.
Jumaatlah baru disempurnakan sempena ngan western night kami..simple jer ngan chips pun homemade, roti burger pun homemade..namun alhamdulillah lazzatun lil akiliin (lazat bg pemakannnya)...
Cubaan No.6 - Beef stew
Unforgettable! Resepi ilham dari Martha Stewart dan tah mana2 lagi..very simple cuma letak tomato puri, bawang besar, bawang putih, oyster sauce, tepung gandum serta kentang dan carrot, tanpa tumis anything..reneh jer. Tanpa guna slow mahupun pressure cooker..cuma cooked long dengan api kecik. Untuk selera family daging pun potong in a way yg mudah jadi lembut...bukannya bentuk cube buku gitu..Hasilnya...memang lazzatun yang amat makan ngan bread loaf..hmmm yang pastinya akan masak lagi berkali-kali inshaallah...tuan puan pembacaku yang budiman elok mencuba resepi ni..tambah2 dimusim hujan yang sejuk..:)
Freezer tuh masih lagi sesak tuh..heheh. Cubaan yang keseterusnya..nantikan yer..heheh