Showing posts with label Fiji Islands. Show all posts
Showing posts with label Fiji Islands. Show all posts

Friday, 16 May 2014

Musim Petai Versi Pasifik

Biasanya bila dalam perjalanan mata ralit memerhati pemandangan kiri dan kanan jalan..Selalunya ade sahaja yang menarik perhatian samada pemandangan dengan lanskap yang indah ataupun pokok2 yang sedang berbunga atau berbuah.

Masa cuti sekolah yang baru berlalu, dalam perjalanan kedestinasi dihidangkan dengan pokok2 petai versi pasifik yang sedang rancak berbuah... teringin sangat nak tengok betul2 dari dekat, namun biasalah big boss takkan ikut kehendak bini dier tuk buat kerja bodoh berentikan keta tepi2 jalan telek pokok...so dapat tengok dengan laju sahajalah petai look alike tuh..sambil berharap ianya petai betul...

Hinggalah bila berkunjung kehospital baru2 nie dan dipersekitaran spital pun ade jugak pokok petai yang ditanam sebagai teduhan..


Apalagi ..peluang untuk telek pokok yang menimbulkan tanda tanya ini dengan sepuasnya..

 Nampak tak buahnya tuh..kehijauan gitu..

Lalu aku pun mengutiplah buahnya tuk buat analisis secara mata kasar...

 Ringan sahaja buahnya tuh..nipis lak tuh..

 Nak kata petai belalang..bijinya kecil sangat malah dengan kulit nipis gitu tak dapat nak keluarkan apa2 isi pun..

 Yang jenis besar sikit..nampak cam petai tapi takder mcm petainya..biji kecil sangat..nak kopek pun susah...tah2 mabuk pengsan kalau termakan nie..

Yang satu lagi nie..cam petai  jugak..tapi aku rasa lebih close to petai belalang compare ngan yang dua tadi. betul tak?

Cukuplah...syak wasangka serta harapan telah hancus...memang pokok2 tuh bukan petai seperti yang aku harapkan...huhuhu..takder peluang nak makan petai kat bumi pasifiklah jawabnya...huhuhu..

Thursday, 15 May 2014

Dipanggilnya 'Auntie'??

Ketika sedang duduk2 menunggu diatas kerusi rawatan didalam bilik dental surgery sesambil melayan anak bujang bercerita tiba2 datang seorang dentist sambil berkata "sorry auntie to keep you waiting..i was looking for some equipment.." pastuh dia keluar balik tanpa sempataku tengok mukanya

"Auntie?? Saper Auntie..? nie ado yang nak kena lempang free2 nie? sejak bila aku nie jadi makcik kamu? adakah aku nie nampak cam makcik sangat ngan bertudung ?"..kataku didalam hati yang tiba2 menjadi panas...huh dipanggilnya auntie..masih takleh terima lagi..

Tekad nak tengok muka orang yangg berkata2 tadi nak tengok betapa mudanyakah sanggup panggil aku auntie...

Dia datang lagi..baru dapat tengok mukanya..ingatkan baru lepasan sekolah ..namun cam dalam late 20s atau early 30sgitu...dah tuh kenapa perasan panggil aku auntie...?????

Tak puas hati walaupun aku tak tanya dentist tuh mahupun melemparkan pelempang sulong atau blah daripada surgery room tuh..Baliknya aku cakap ngan En.AAA ...

Katanya biasalah kat sini Fijian panggil semua orang pun auntie..tak kira usia, muda atau tua dr mereka wpun mereka tuh sendiri auntie/ makcik2..sebagai panggilan hormat..hmmm kalau pompuan melayu ko datang malaysia panggil orang auntie maunya ko nak kena sembur kalaupun tak kena cak lempang walaupun niat ko tanda hormat...huhuhu..

Kadang dorang nie datang dari pagar ke pagar ataupun nak mintak sesuatu seperti air, atau baca letrik dan sebagainya .. akan terjerit -jerit panggil aunti..auntie wpun tak tengok muka tuan umah lg...aku kadang yang nak bukak gate atau menjengok pun rasa patah semangat huhuhu....kecualilah bila dah didepan2 yang aku takleh lari....

Kalau orang India lain lak..depa biasanya akan panggi 'baini' ..maksudnya adik atau kakak...ade jugak Fijian yang  jenis biasa bergaul ngan Indian dia akan gunakan panggilan 'baini' tuh jugak...

Kalau orang kita aku rasa slagi tak cecah umur 50an tak sukanya dipanggil makcik..betul tak?

Friday, 4 April 2014

High Air Pressure Pulak

Setelah beberapa bulan bergelumang dengan kepanasan, low pressure, tropical depression serta hujan yang tak menentu akhirnya memasuki bulan April dengan cuaca yang lebih cool. 

Malam tidur tidak memerlukan kipas dan siang hari yang nyaman tidak lagi berbanjir peluh seperti dahulu, Alhamdulillah. Permulaan kepada cool season yang biasanya bermula pada bulan May, dimana cuaca yang lebih sejuk (lebih kurang kat Cameron Highlandlah)..

Lebih sejuk sikit lagi dari yang melanda Malaysia hujung tahun atau awal tahun lepas (kalau tak silap).

Actually cuaca sejuk nie adalah kerana tekanan udara yang tinggi daripada selatan seperti New Zealand dan kutub selatan yang mana mereka mengalami winter dan kami pun kena jugaklah tempias sikit2...heheh

Perbezaan antara high and low air pressure sebagai general knowledge..

In general, low pressure leads to unsettled weather conditions and high pressure leads to settled weather conditions.

In an anticyclone (high pressure) the winds tend to be light and blow in a clockwise direction (in the northern hemisphere). Also the air is descending, which reduces the formation of cloud and leads to light winds and settled weather conditions.

In a depression (low pressure), air is rising and blows in an anticlockwise direction around the low (in the northern hemisphere). As it rises and cools, water vapour condenses to form clouds and perhaps precipitation. This is why the weather in a depression is often unsettled - there are usually frontal systems associated with depressions.


Kalau dulu kul 6pagi lepas mandi pun dah terasa hangat dengan cepatnya..skrang nie kul 11am mandi pun nak kena guna heater jugak..hehe

p/s - Kalu dok Mesia nie aku takder amek berat pun psl cuaca seperti nie..:) mungkin sebab negara kita cuacanya taklah complicated sangat kot.

Wednesday, 12 March 2014

Blacked out and Waiting for Lusi

Daripada petang Isnin hinggalah malam semalam bergelapan, kul 10.00pm malam tadi barulah ade letrik balik. Katanya pihak elektrik company ade baiki kerosakan dikawasan dekat gunung dan amek masa yang agak lama tuk repair...hmmm

Tension btul bila takder letrik 2 hari nie..

Pertamanya tersangatlah siksa dalam kepanasan cuaca siang dan malam berpeluh-peluh sampai kelutut haa.....dahlah anak dara kecik susah nak tido tanpa kipas...

Keduanya takdapat onlinelah...tak dapat berblog dan baca news updates..terutamanya nak mengikuti perkembangan semasa MH370 tuh..kalu guna henpon dahlah screen kecik sangat,mahal lak tuh cajnyer..nak berblog tak dapatlah..godek jugaklah sebab nak tau sangat perkembangan kan..

Dalam pada takder letrik tuh, tetiba pulak ade Cyclone yang bernama Lusi telah terbentuk didalam Pacific region nie..sedang berada pada kategori 2,kena alert lah kan..

Tropical cyclone forecast track map. yang peta Fiji adalah bahagian yang ade tanda Nadi, Suva tuh. Kalau ikutkan track map nie adelah sikit tempias jugak..tapi masih jauh lagi tuh, arah cyclone nie boleh berubah-ubah.

Kesan yang dibawa dari cyclone adalah angin yang kuat dan berkemungkinan banjir disesetengah tempat yang rendah.

Yang Lusi nie bergerak agak slow jugak ngan 09 knots, masih lagi dalam 800km lebih dari tempat kami...tapi since pagi nie dapatlah rasakan sedikit kehadirannya dengan cuaca yang agak teduh dan panas silih berganti berserta ngan hujan sekejap-kejap.

Kata En.AAA tanda cyclone wujud adalah dalam satu ketika alam sekeliling kita seperti pokok dan lain2 kelihatan seperti statik dan tiada angin bertiup..cam cool jer lah...memang pagi tadi pun we realised keadaan camtuh..

Thursday, 13 February 2014

Ikan Bilis Dari Lautan Pasifik

Lain ayam lainlah resminya..lain padang lain belalang..lain tempat lainlah keadaannya..(sorry yer kalau salah penggunaan peribahasa nie).

Kalau di tanahair kita biasa menikmati ikan kembung, ikan selayang..ikan tenggiri..ikan tongkol..ikan kekek..ikan puyu..dsbya...namun kat tempat lain mungkin tidak ketemu lagi  I miss u ikan keli, ikan haruanlah jawabnya...

Begitulah kat bumi pasifik nie..ikan puyu dan yang sewaktu dengannya janganlah bermimpi..ikan kembung dan selayang pun nak bermimpi sikit2 mungkin boleh tapi jangan selalu-selalu nanti merana jiwa terkempunan..Ikan yang biasa terdapat kat sini adalah ikan jenis yang besar..yang panjangnya boleh jadi sepanjang kita..yang kalau kita beli sehari dua mesti tak habes makan..the rest duduk sejuk2 dalam deep freezer..

Macam ikan yang aku selalu citer ikan Wahu, ikan A..ikan B dan sebagainya..(sori memang aku tak ingat nama depa nie)..ikan yang kebanyakkannya bersisik..macam ikan kembung tak bersisik kang..?

Pun begitu ikan bilis bisa terdapat jugak disini...


Ikut musim dan yang fresh sahajalah..Kalau musim panas biasanya banyaklah ikan bilis segar dijual ditepi2 jalan, kadang lama jugak musimnya..kadang cuma dalam sebulan dua sahaja. Pada awal musim semangkuk tuh boleh dalam dapat $1 (+/-RM1.6),  kalau pertengahan musim pulak bolehlah dapat semangkuk 50sen. Ini nampak taklah segar sangat sebab dah masukkan dalam freezer lepas tuh kuar balik masa nak guna...


Kalau yang fresh biasanya aku akan masak ala goreng kunyit letak banyak2 bawang jer..goreng sampai garing dan tulang belulang hancus sehancusnya..kalau goreng releks2 nanti boleh tercekik tulang tau...Orang kat sini aku tak sure camaner depa masak..mungkin goreng ngan masala kot..sebab depa nie semuanya pun bermasala..aku jer bergaram kunyit manjang..kalau buat goreng cili pedas pun sedap jugak..aku pernah cuba.

Mungkin soalan yang timbul dari korang..tak buat ikan bilis kering ker?


Kata En.AAA ade jugak kat umah2 secara kecil-kecilan jerlah bukan tuk komersial..kalau ade jual pun aku takkan beli sebab belum tentu pemprosesannya bersih dan halal...jadi kalau aku kehabisan stok ikan bilis, baik cuba buat sendiri jer..bukan susah pun letak garam sikit pastuh jemur jerlah...at leats dapatlah makan ngan nasik lemak kan..


Namun hasilnya tidaklah seperti yang korang selalu beli tuh yerlah itu yang komersial kalau dorang jual yg rupa cam aku buat ni sapalah nak beli. Actually kaedah yang dorang selalu buat celur dulu kan dalam air panas lepas tuh jemur ditepi pantai atau kering dalam oven besar..betul tak? Namun aku pernah cuba celur dulu pastuh jemur..hasilnya sangatlah liat tuk dikunyah..Jadi yang dijemur terus tanpa celur lebih mampu kunyah..

Dolu2 pernah jugak cuba buat homemade budu guna ikan bilis gini..hmmm jadi tuh menjadi tapi rasanya taklah seperti budu cap ketereh atau yang sewaktu dengannya..last2 budu homemade aku tuh habes ngan berkulat begitu sahaja...sebab itulah aku membuat keputusan tuk import sahaja..heheh 

Kalau korang ade idea tuk buat ikan bilis atau budu ngan lebih baik..sudi sudikanlah share yer...

Thursday, 30 January 2014

Low Pressure Datang Lagi

Bermula semalam cuaca nampaknya tidak begitu baik..dengan mendung dan hujan lebatnya yang bersilih ganti..sebelah malam pula hujan lebat berserta angin kencang On and Off hingga kepagi..

Pagi nie plak, awalnya hujan agak lebat sekejap-kejap..duduk berkira-kira nak hantar siabang pegi sekolah ke tak, takut tetiba hujan tak berenti2 jadi banjir kang susah lak..risau jugak..

Sedang dalam berkira2 tuh, En.AAA kata kita hantar jerlah drp dia dok kebosanan kat umah..nak main diluar umah pun tak boleh...so prepare lah bekal macam biasa tuk ayah dan anak..

Tetiba news dicorong radio, sekolah ditutup hari ini sebagai langkah berjaga-jaga...hmmm bagus jugak..

Somehow bapak tetap bawak anaknya kesekolah sibapak ..katanya nak tidy up the office..siap bawak bekal jugak tuh..takperlah boleh releks sikit ngan Arissa..

Releks2 pun still banyak kerja umah nak setel..masa dia tidurlah baru dapat keluar umah tuk tengok laman, jemur kain bawah garage serta petik cili buat ulam..

Cuaca agak gelap, matahari terlindung dek awan hitam..kejap  panas, kejap mendung..terus mendung..

 Kelihatan depan umah, diladang ubikayu milik prison, sekumpulan prisoners sedang mencabut ubi..tanah basah dan lembut ..senanglah..depa nie banduan kesalahan ringan..taklah menakutkan sangat..

Dengan tak banyak tanaman yang baru ditanam dikebun taklah risau sangat sekiranya banjir datang atau naik air..cuma risaukan pokok tembikai yang satu2nya nie..hmm kalau naik air memang biasanya tak panjang umur...yang dalam bekas tuh ketumbar yang baru disemai..hujan2 gini inshaallah cepa tsikit bercambah biasanya..


Actually kat sini takder angin monsun cam kat M'sia cuma ada perubahan pada sistem tekanan udara yang membawa kepada kepanasan kemudian menjadi tekanan rendah (Low Pressure) kemudian boleh berubah lagi menjadi Tropical depression (yang nie boleh membawa hujan lebat dan banjir) dan semakin tinggi tekanan boleh menjadi cyclone atau ribut dan yang paling power dan merbahaya sekali adalah Hurricane...mintak2 dijauhkan..

So yang kami alami sekarang nie adalah Low Pressure yang membawa kepada hujan lebat atau kemungkinan boleh jadi banjir...

On and Off dia datang tiap kali dengan lebat dan angin kuatnya..pun begitu masih lagi terasa panas persekitaran..begitulah the nature of low pressure..

The biggest and worrying type of rain mungkin masih lagi OTW ..once the river overflow, penghuni dikawasan rendah mulalah gusar dan bersiap sedia angkat barang letak tempat tinggi..alhamdulillah kawasan rumah kami agak tinggi dan tak pernah banjir so far.

Sunday, 8 December 2013

Satu-Satunya Jemputan Dimusim Cuti Sekolah

Kalau kat Malaysia korang tentunya mendapat banyak jemputan kenduri dimusim cuti sekolah nie kan. Mesti tak tahu mana satu nak pergi kannn...

Kalau kat sini plak sini komuniti muslimnya adalah minoriti, tidak banyak..maka mereka-mereka yang mengadakan kenduri kawen pun berapa kerat sangatlah kan..kalau kenduri kawen non muslim kami tak pernah pergi..bukan apa ..tidak sesuai ngan jiwa..malah halal haram makanan yang dihidangkan pun belum tentu..

Pun begitu nasib baiklah ade jugak satu jemputan dari jiran yang tinggal berdekatan..maka tidaklah terkilan tak dapat makan kenduri kan..heheh

Jemputan dari pihak lelaki..sila perhatikan kad ini betul-betul ya untuk penjelasan lanjut..heheh (kad pun dah berkeromok kena ragu & makan dek arissa..huhuh) 

Ade 3 event actually dalam wedding depa nie. Tengok yang tulis ngan pen tuh ade kenduri doa selamat sehari sebelum majlis kawen..umah laki pun buat, umah pompuan pun buat biasanya. Pada malam sebelum hari nikah pula biasanya depa buat malam berinai...

Kalau tengok dalam kad ade tulis 'procession will leave.....' pada 3rd Jan tuh kan..itu rombongan sebelah lelakilah yang dipanggil Bharat yang akan bertolak ke rumah pompuan tuk amek dulhan (pengantin pompuan). Biasanya rombongan ke rumah pengantin pompuan tuh yang ikut cuma keluarga & rakan terdekatlah...kalau kita rombongan pengantin lelaki pergi tinggalkan pengantin lelaki kan..kalo mereka rombongan pengantin lelaki akan pegi amek pengantin pompuan wat balik tinggal ngan parents sebelah lelaki.

Kemudian bila pengantin pompuan dah berada atau tinggal dirumah ibubapa lelaki, barulah esoknya kenduri sebelah lelaki diadakan..macam kenduri sambut menantulah..yang kami akan hadiri inshaallah kenduri sambut menantu...

Kalau nak tahu masa real event kenduri kawen depa nie bolehlah rujuk pada entry disini.

Monday, 18 November 2013

Hanya Mampu Lihat Sahaja

Kalau korang masih ingat lagi, dulu ade cerita pasal sebuah pokok mangga jiran dirumah sebelah yang tak berpenghuni (entry nie). Kini lebih sepurnama sudah, mangga pun telah masak, namun tuannya pun tak nampak muka jugak.

Adakah korang ingat mangga tuh terbiar gitu sahaja kan..since ianya ditepi jalanraya dan memang takder sapa datang amek hingga ianya semakin banyak yang masak..

Abuaidan kata kalau terbiar begitu dan menyebabkan pembaziran, hukumnya menjadi harus pulak untuk diamek (kang dalam islam membazir tuh sedara setan), jadi tidak mengapa jika kami ambik berpada-pada sahajalah asal tidak membazir..

Jadi, adalah tiga kali rasanya Abuaidan kait dengan galah yang terus masuk bekas (galah rekaannya) tanpa jatuh dilaman yang takleh nak amek..beliau tak panjat..dan adalah tak sampai 20 biji pun kami amek makan...Alhamdulillah.

Kemudian seminggu lepas nampak fijian family ade panjat pagar, makan setakat yang mereka mampu yang dah masak..takperlah rezki mereka..

Kemudian hari sabtu lepas, adelah sekawan budak-budak Fijian 4 atau 5 orang datang meng'harvest' mangga dipokok tuh..


Hanya mampu melihat dan mengintai dari dalam rumah sahaja (disebalik screen tingap-kat sini kebanykkan umah guna screen) mereka nie panjat pagar, panjat pokok. Yer lah bukan mangga kita kan nak larang pun..huhuhu


Kemain lagi sorang demi sorang panjat, tak perasan aksi dirakam..hehehe..siap goyang2 dahan ala monyet agar buah jatuh semuanya..


Haa amek ko,dekat 4 guni..habes sepokok kena harvest dalam masa tak sampai sepagi. Nak kata apa bukan hak kita, dah rezki mereka. Abuaidan kata mereka amek banyak2 mungkin gie jual kat pasar, banyak boleh dapat tuh walaupun tak semuanya masak, orang tetap beli..

Inilah yang tinggal, fruitless mango tree..mungkin ade less than 10 biji kot atas pokok tuh. 

Sedey? Taklah, takder rezki kami..setakat tuh jer..rezki budak2 tuh Allah dah tetapkan..No worry, rasa nak makan boleh beli lagi kat pasar.:)

Thursday, 14 November 2013

Pendidikan Percuma di Fiji

Biasanya UA jarang mengikuti perkembangan berita dalam negara Fiji, kecualilah ade peristiwa2 yang besar berlaku seperti bencana alam dan sebagainya..so berita-berita dalam negara diketahui cuma setelah disampaikan oleh En.Abuaidan sahaja..UA plak banyak menyampaikan berita dalam negara Malaysia kepadanya..

Pagi semalam sewaktu kami tengah breakfast, katanya malam tadi dia membaca tentang bajet Fiji. Kalau kat Malaysia pembentangan bajet banyak menyumbang kontroversi daripada berita yang membahagiakan majoriti rakyat...tapi berbeza ngan pembentangan bajet di Fiji.

Berita yang paling menggembirakan seluruh rakyat adalah peruntukan kerajaan untuk pendidikan rakyat daripada primary hinggalah tertiary level. Dengan bajet yang baru, kerajaan support free text book, stationary, tiada lagi school fees..dan yang tinggal hanyalah uniform sahaja pelajar kena beli sendiri. Yuran bas juga kerajaan telah tanggung untuk semua pelajar sejak 2 tahun yang lepas. Untuk pelajar yang meneruskan pendidikan di universiti, boleh membuat pinjaman tanpa faedah dengan kerajaan dan bayar balik setelah tamat belajar dan mendapat pekerjaan.

Alhamdulillah sangat menguntungkan rakya disini, tiada lagi alasan untuk tidak menghantar anak kesekolah, cuma makanan sahaja ibubapa kena bekalkan...mungkin sikit masa lagi ade subsidi untuk makanan jugak. Bayangkan sekiranya ibubapa tidak mempunyai kemampuan atau tidak bekerja pun masih lagi mampu hantar anak belajar..untungnya...

Kalau negara maju berikan free education UA tak heran sangat..ini sebuah negara yang baru hendak membangun..masih jauh kebelakang berbanding dengan Malaysia. Memberi kemudahan pelajaran, menggalakkan lahirnya lebih ramai golongan intelektual, tenaga mahir mahupun separuh mahir..bila rakyat mendapat good education secara tidak langsung dapat membantu memajukan negara.

Bayangkan kalau anak2 kita pun mendapat pendidikan percuma seperti itu jugak alangkah bagusnya..ringan beban ibubapa (dah tak perlu pikir psl saving tuk pelajaran anak mahupun invest dalam education fund..kecualilah sekolah swasta) dan kuranglah masalah pelajar2 terkandas dalam pelajaran kerana kemiskinan...insya Allah.

Sunday, 3 November 2013

Diwali Night

Menjawab pertanyaan Jay Ar berkaitan dengan sambutan Diwali kat sini..

Actually kaum Indian Hindu merupakan kaum yang kedua terbesar di Fiji selepas kaum Fiji itu sendiri. Tidak semuanya Indian adalah hindu, ada yang kristian ade yang muslim.

Tentang sambutannya samalah rasanya dengan negara kita terutama dari segi adat dimana mereka akan membersihkan sekolah, rumah, tempat kerja sebelum perayaan. Kemudian sedikit makan2 sebelum perayaan bermula. Kami tak pernah mengunjungi mana2 rumah yang mengadakan Diwali open house so far..ini kerana En. Abuaidan kurang berminat.

Jadi kami dok umah saja, ade orang bagi sweets kita makan, takder tak kesah pun..kadang makanan yg depa bagi kena careful sebab takut yang digunakan untuk pemujaan.

Hatta kerana malam nie malam perayaan maka hingit bingit bunyi dam dam dum tuh memang sakit kekemuncaknyalah setelah berhari yang lepas mereka dok membakar duit. Anak kecik susah nak tido, asyik terkejut jer bunyi kuat...orang2 tua apatah lagi siksanya mereka nak lelap mata.

Anyway lepas dinner turun kelaman kejap bawa senapang patah yang tak canggih tuk cuba capture hasil2 kerja mereka2 yang dok membedil tuh...






Oklah kan guna kamera biasa tanpa tripod dalam kalut2 nak kejar Arissa dok manggil2.

Sekarang hampir kul 10malam, .dalam dok nulis n3 nie pun dah 2,3 kali mem kecik menjerit terjaga sebab tergezut bunyi melampau2 kuat.Tiada tanda-tanda akan reda malah nampak makin bersungguh mereka main mercun..huhuh

Tuesday, 8 October 2013

Lambaian Haji Percuma Dibumi Fiji

Petang semalam menemani En.Abuaidan ke Airport tuk ucap selamat jalan kepada 4 muslim brothers yang akan berangkat menunaikan haji. The 4 muslim brothers semuanya muda-muda lagi dalam 30s telah terpilih untuk mengerjakana haji secara percuma, sponsored by WAMY (World Assembly of Muslim Youth) yang berpusat di Saudi Arabia...alhamdulillah bertuahnya! 

Actually mereka adalah National Executive Committee (NEC) of Fiji Muslim Youth, yang telah berkhidmat beberapa penggalnya untuk Muslim Youth Organisation kat sini (kalau tempat kita cam ABIMlah). WAMY telah menaja haji  bagi badan yang berkaitan dengan organisasinya untuk negara2 yang mana muslim komunitinya adalah minoriti. Abuaidan juga layak, namun memberi peluang untuk brothers dalam organisation yang belum menunaikan ibadah itu lagi.

Yang menariknya sewaktu menghantar mereka berlepas semalam, the muslim brothers mereka nie bukanlah berlepas seperti berlepasnya jemaah2 haji dari negara kita..yang lengkap berjubah, kopiah serta diiringi dengan tangisan sendu ahli keluarga. mereka nie hanyalah berpakaian seperti untuk pergi trip yang biasa - berjeans dan baju kemaja..heheh..since mereka datang dari tempat yang mengambil masa lebih 3 jam ke airport, maka tiada family yang mengiringi..except 1 brother yang tinggal agak dekat..family datang menghantar, namun tiadalah drama tangisan..:).

Those muslim brothers memang beruntung kerana terpilih untuk menjadi tetamu Allah tanpa perlu bersusah payah mengumpulkan dana untuk kesana, semuanya ditanggung - tiket, penginapan, dan ibadah korban juga...memang tak terjangk, salah sorang muslim brother tuh tahun lepas rumahnya jugak dilanda taufan..bayangkan rezki dari Allah..alhamdulillah. Semoga mereka mendapat haji mabrur dan terus berkhidmat untuk komuniti muslim yang kecil disini inshaallah.

Nadi Aiport. Gambar mereka tak dirakam, seganlah kan. Airport jugak melambai2 kepada kami untuk balik nie ...hehe tak sabar!

Thursday, 5 September 2013

Moringa atau Semunggai

Pernah dengar nama pokok semunggai, remunggai, gemunggal, munggai ataupun kacagn kelor?

Tidak pastilah samada ianya pokok yang biasa dilihat di Malaysia atau tidak sebab tuan blog sememangnyer tak pernah tahu tentang pokok ini sebenarnya sebelum nie.


Berasal dari India, kini boleh didapati dipelbagai negara diseluruh dunia seperti Asia, Afrika dan sebagainya. Kini pokok ni dikatakan 'superfood' kerana kepelbagaian nutrient yang terkandung didalamnya. Namun tidak ramai yang tahu tentang khasiat daripada pokok nie.

Keselurahan dari pokok ini mengandungi protein yang tinggi, asid amino, pelbagai vitamin dan mineral serta anti-oxidant untuk melawan penyakit. Berpotensi untuk meningkatkan kesihatan dan menghapuskan kelaparan diseluruh dunia..(source)


Daunnya yang banyak digunakan didalam masakan samada dimasak sendirian atau bersama-sama dengan makanan lain. Ada yang memasaknya bersama dengan kuah dhal, ade yang memasaknya sebagai sayur air dan sebagainya. Rasa daun nie agak biasa sahaja tak ade lah strong taste yang nak membezakan ngan sayur lain..tapi sedaplah jugak kalau letak dalam dhal tuh.


Buahnya  pun juga digunakan didalam masakan. Boleh digoreng begitu sahaja ataupun masukkan didalam kuah dhal juga dapat menambahkan rasa. Sedap jugak rasanya macam lemak2 gitu.

Pokok nie boleh membiak melalu biji benih ataupun keratan batang. Mudah tumbuh dan cepat sangat membesar menjadi rimbunan.

Kalau kat Fiji nie kebanyakkan laman rumah samada Indian atau Fijian diorang tanam pokok nie. Di laman kami pun ade cuma jarang sangat guna sebab tukang masak malas nak uruskan daunnya yang kena cabut satu persatu dari tangkai...

Saturday, 15 June 2013

Round the Island of Viti Levu, Fiji Islands - Part 4

Sambung lagi perjalanan round Island nie nak balik umah. Meneruskan perjalanan dari timur ke utara dan ke Barat..

Untuk bahagian ini ikut garisan hijau

Walaupun tak banyak kenderaan, namun tak boleh speeding more than 70km/hr..nanti dapat tiket..penat jer kan jalan cantik2 kena bawak slow..

Jalan berlingkar2 so kena bawak hati2 banyak selekoh nie..

Kelihatan ladang nenas di tepi jalan..namun taklah sebesar yang kat Malaysia..

Pemandangan kampung mereka..

Some Fijians baru balik tangkap ikan kot ngan parang bagai..takut jgk kalau naik keta sorang kawasan berhutan sunyi2 gini..

Perjalanan diteruskan..namun kawasan yang dilalui kemudiaannya tidak lagi berhutan seperti sebelumnya..highway baru pun dah tamat..jalan biasa2 jer tapi oklah..

Juga melalui bukit-bukit yang rendah..agak gelap kerana cuaca sedikit mendung..

Bukit nie yg puncaknya mcm bentuk thumb, betul tak? Abuaidan kata mana ade..hehe

Budak-budak sekolah tengah menunggu bas ..tersenyum riang bila orang amek gambar..:)

Yang ini lak kalau tak silap penanaman kacang panjang ngan pancang2 lurus elok gitu..

Perjalanan menyusur laut lak..berbntuk seperti tasik kerana pulaunya yang berbentuk lengkungan..nampak tak pulau yang kelihatan seperti kura2 ditengah2 tuh..


Inilah kura-kuranya..:)

Indah dan nyaman kan..

Petani dalam perjalanan membawa lembunya balik kerumah 

Bila  melalui bahagian belah sini hampir samas eperti tempat yg kami tinggal..adenya ladang tebu..

Pelajar-pelajar sekolah menengah yang baru habis sekolah..segak berskirt..berkaki ayam..

Bukit macam nie pun cantik jugak kan..tidaklah begitu bersemak..

Cuci mata lagi..

Seronok dengan pemandangan bukit bukau  begini..

Diatas bukit, rumput yang subur. lembu dipelihara

Saujana mata memandang..menuju ke bahagian barat, kurang dari sejam lagi untuk sampai ke rumah jaraknya..

Kemudiannya melalui Tavua town (entry lepas)..sudah petang..

Namun masih kelihatan ade mereka-mereka yang masih sibuk dengan urusan dibandar ..mungkin sudah siap membeli belah dan menunggu bas hendak balik..

Perjalanan yang kurang setengah jam jaraknya untuk sampai dirumah..cuaca agak mendung..

Baru lepas hujan rupanya di Ba..jalan kelihatan basah dan berkabus..

Kemudian sampailah di Ba town, dimana dalam 5km dari rumah kami..tak singgah bandar...nak tengok Ba Town klik here

Begitulah pemandangan sekitar Pulau Viti atau Viti Levu..menjanjikan pemdangan yang agak berbeza di setiap bahagian..Kalau nak round island dalam satu hari pun boleh..dalam kurang 12 jam mungkin boleh complete inshaallah

Ini hanyalah satu pulau yang terbesar daripada kepulauan..ade tiga ratus (still counting) pulau2 yang kecik yang tak nampak dalam peta pun..mungkin penduduk tempatan sendiri pun belum pernah sampai..tetapi some tourists dari luar negara telah menjejakinya..

Ade juga rakan blogger  bertanya tentang kawasan yang paling maju, apa yang menarik dan hotel. Jawapannya, kawasan yang paling maju adalah Suva, yang menarik adalah pulau itu sendiri dan kehidupnanya..kalau dari segi hotel bergantung kepada tempat ada yang murah dan juga mahal..namun penginapan untuk pulau2 peranginan yang kecil2 mmg tersangatlah mahalnya..hendak kesana pun kena naik boat atau small plane..

Nuffnang Ads