Hari ini En. Abuaidan kena pergi meeting lagi seharian dkt Nadi (1hr from here)..maka tinggallah kami berdua di cuti Easter nie...somehow tak mengapalah, tidak perlu merasa bosan dan bersedih ditinggalkan..banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat...
Pagi2 lagi turun kekebun setelah hujan akhirnya reda dihari ini..round round kebun tengok keadaan anak2 yang dilanda hujan..kuatkah mereka...alhamdulillah cuma ade sedikit yang sudah kecundang...
Anyway memandangkan sawi putih telah pun sedia untuk dituai..maka pagi tadi selamatlah sebahagian mereka untuk dijadikan sayuran yang diidam-idamkan....
Kemudian setelah selesai membuat kerja2 rumah mana yang termampu..merajinkan diri untuk memasak makanan feveret yang tidak digemari sangat oleh En. Abuaidan.... masa dia takder nie lah amek kesempatan..hehehe
Beehon goreng Singapore menggunakan sos tiram dan lada hitam... beehon nie sangat lembut berbanding ngan yang digunakan sebelumnya..yg ini dibeli from Suva tempohari..enak dimakan bersama fresh chilies, timun dan saki baki keropok kelantan...
Kemudian merajinkan diri jgk membuat agar2 koktail..bahan2 yang dibeli tempohari...
Agar2 koktail yang sengaja dikurangkan buah kerana anak bujang tak suka makan buah. Yang ini menjadi kegemaran semua orang didalam rumah..memang cepat sangat sold out....nak buat lagi tapi susu sejat kat sini memang tersangatlah mahal..kalo tak hari2 leh buat..huhuhu
Sedang berehat2 selepas lunch..tiba2 terdengar seperti pintu pagar dibuka..eh awal pulak big boss balik meeting...katanya ada problem/ kekecohan kat tempat meeting tuh, malas dia nak join..hmmmm..sib baik ade lagi balance beehon yang disimpan untuk makan kemudian (mmg tak sediakan lunch), makanlah jugak Big boss sebab sudah kebulur. Hancus rancangan nak pulun puas2 beehon feveret nie hehehe.....:)