Showing posts with label Breadcrumbs. Show all posts
Showing posts with label Breadcrumbs. Show all posts

Friday, 23 November 2012

Roti dan Homemade Breadcrumbs

Assalamualaikum & salam Jumaat untuk teman-teman2 online yang budiman..

Di bumi yang dipijak ini banyak terdapat bread shops yang menjual fresh bread, ada yang halal atau yang diragui. Rasanya ditanahair kita biasa mendapat bekalan roti dikedai2 mahupun supermarket yang menjual roti2 yang telah dibungkus dan mungkin mengandungi bahan awet (kalau silap betulkan yer). Roti disini mungkin tahan sehari dua kerana fresh bread tidak diletakkan sebarang bahan pengawet untuk membuatkannya tahan lama berbanding dengan roti yang pernah saya beli ditanahair dimana kadang2 boleh tahan sampai lima hari atau lebih. Disini juga kadang2 kalau kena right timing kita boleh beli fresh loaf yang baru keluar oven..masih berbau roti segar dan sedap...harga roti pun dalam $1.00 sahaja

Seminggu yang lepas ada teringin hendak membuat resepi menggunakan breadcrumbs, namun setelah dicari2 di supermarket, ada terdapat namun tidak diyakini akan kehalalannya. Jadi terpikir untuk membuat breadcrums sendiri memadangkan terdapat lebihan roti yang masih lagi elok. Pernah membuat suatu ketika dulu, amatlah mudah sebenarnya untuk dibuat dirumah, malah menjimatkan.

Ada bermacam kaedah untuk membuat breadcrumbs nie, ada yang membakar roti dalam oven sehingga cukup keras, ada yang tinggalkan roti didalam fridge sehari dua sehingga menjadi keras dengan sendirinya. Namun kaedah yang saya gunakan lebih tradisional...

Roti dicubit2 menjadi cebisan2 kecil kemudiannya dijemur ditengah panas selama sehari atau dua sehingga menjadi keras. 

 Roti yang telah menjadi keras setelah dijemur - pastikan tiada sebarang bau atau fungus yang terbentuk padanya.

 Dimasukkan didalam blender dan dikisar kering

Roti kering yang telah siap dikisar menjadi breadcrumbs. Untuk tekstur breadcrumbs samada halus atau kasar boleh dibuat mengikut citarasa. Kalau hendakkan yang lebih kasar mungkin tak perlu kisar, cukuplah dimasukkan didalam plastik dan tumbuk2 sehingga menjadi lebih halus seperti yang diingini. 

Breadcrumbs yang telah diproses sendiri juga tahan lama. Boleh disimpan didalam plastik ziplock dan diletakkan didalam deep freezer dan digunakan bila perlu. Lebih murah dan juga tidak susah untuk disediakan.

Nuffnang Ads