Showing posts with label Corn/ Jagung. Show all posts
Showing posts with label Corn/ Jagung. Show all posts

Thursday, 21 November 2013

Jagung Bakar Melatops Segar dari Ladang

Alhamdulillah tidak mengambil masa yang lama untuk menikmati hasil jagung yang ditanam kali nie. Rasanya dalam cuti sekolah hujung bulan August lepas Abuaidan tanam, kini selepas 3 bulan lebih sudah dapat dituai.


Bisanya jagung sedia untuk dituai bila ketiak nyer betul ker bahasa nie berwarna coklat pekat kehitaman yang nie ketiak basah sebab baru lepas kena hujan..kalau warna masih lighter tuh maknanya still need some more time..


Bila dah warna coklat kehitaman gitu, bukan boleh terus harvest gitu..tak semestinya jugak ready inside..kena pastikan dulu ok ker tak. Caranya kopek sedikit dalam 11/2 cm pada bahagian hujung sehingga nampak warna jagung tuh..kalau warna kuning tuh, bolehlah dituai.


Selamat dituai, this time rasanya tak segemuk yang ditanam before mungkin faktor hujan yang kerap dan tidak mendapat kepanasan/ cahaya matahari yang cukup...initially 7 biji jer..kemudian tuai lagi 2 biji sebab demand tinggi..hihi

Padat jugak..not bad walaupun ade sebiji dua yang sedikit rongak


Bakar sahaja diatas kuali leper..senang cerita tak payah masuk2 ove, rasa pun tetap sama seperti yang dibeli dipasar malam..siap bakar, sapu marjerin sikit, garam sikit..terus ngap masa panas-panas..Fresh dan lemak2 manis..satu memang tak cukup...:)

Peminat tegar jagung..habes jugak 3 biji dia sorang..actually setiap orang makan 3 biji pun..hehe

Rasanya daripada pembacaan kat blog kengkawan, jagung yang dijual kat Malaysia agak mahal kan..? Kalau kat sini $1 tuh still boleh dapat more than 5 biji tambah2 kalau dalam musim..biasanya musim panas lah.

Saturday, 9 November 2013

Mengintai-intai Baby Corn

Kebun jagung En.Abuaidan nampaknya dah mula berbunga dan berbuah..nie dah masuk bulan ketiga selepas ditanam.


Semak pun panjang dan berserabut didalamnya. Namun dek kerana teringin nak mencari barang sedikit baby corn terpaksa redah jugak dalam mini semak tuh. 


Baby corn yang boleh dituai, masih lagi belum menjadi buah muda...biasanya boleh dituai sehingga janggutnya bewarna sikit light brown..kalau dah dark brown tuh menandakan baby corn dah tak sesuai daa..mungkin agak keras sikit tuk buat sayur.


Permulaan 3 jer dituai daripada pokok yang mempunyai buah sekurang-kurangnya 2..at least amek 1 tinggal 1 kat pokok bolehlah tunggu jadi buah nanti..taklah big boss bising kan. Kemudian rasa tak cukup lak 3 biji..petik lagi another 3.


Isi didalam setelah dibersihkan. Baby corn sedap dimasak bersama-sama sayur lain goreng mahupun sayur putih. Namun saya gunakannya didalam beehon sup...alhamdullah sedap.

Oh ya kalau kat sini baby corn takder dijual dimana, tanam jagung tuh mmg banyak..hmmm..orang kat sini tak reti makan kot baby corn nie...

Wednesday, 10 April 2013

Aneka Citarasa Dari Jagung Segar Kebun

Tayang jagung lagi....

Korang mesti muak dah kan asyik dok citer psl jagung kebun dier jer...Anway please tahankan kemuakkan anda yer dan bagi muka sikit untuk cerita sikit jerr lagi pasal jagung yang best nie kan..... thank you..:)

Jagung telah dimasak dengan pelbagai kaedah seperti yang disarankan oleh rakan2 blogger, bak kata atieyusof - macam2 resepi nanti kuar..:) ..al maklumlah kalau masak sejenis cam rebus jer manjang kang bosan lak...:)


Jagung rebus yang paling mudah..feveret anak  bujang...dia sorang kalau yg lembut boleh habis 3 biji, yg keras sket takmo jalan...btw, yg beli kat pasar biasanya ikut luck kan..silap haribulan dpt yg keras..membazir jer jdnya..


Dibakar...seperti yang disarankan oleh Dr.Nurbijen (jgn marah yer..sedap lak panggil Dr. nie..). bakar sapu ngan marjerin..memang power..:). Asalnya untuk anak bujang jagung rebus (sbb dulu dia kata yg terbakar tuh dirty)..tp bila dia tengok yg dibakar nie..dia pun nak yg nie jgklah...huhuhu



Dibuburkan...seperti  yang disuggest oleh Kak Sham ngan Kak Kamsiah.letak sagu gitu..tapi tenggelam kot tak nampak sangat :). Ni feveret makyong..dan ditumpang sekaki oleh anak bujang...tak sempat dihidangkan untuk big  boss..sorry lah yer darling, dealing..duckling...:)


Corn in cup... berapa hinggit nie kalau beli kat luar..? RM2.50 yerr..alaa buat sendiri brapa sangatlah modalnya..tak sampai 50sen pun..:). Guna jagung, sedikit butter, sesudu susu pekat manis dan secubit garam..mudah sangat..:)


Atas sarannan rakan2 juga, dijejemputkan..letak bawang besar hiris halus, daun ketumbar dan isi jagung..pertama kali goreng, cuba menghayati rasanya..dalam pada itu asyik punggah 3 biji2 makan depan laptop..then become addicted..sedar tak sedar tinggal sikit jer untuk the'gentleman' in the house..heheh..terpaksa wat sekali lagi...tapi kurang sambutan lak...huhuhuh  (sold out dekat tukang masak jerlah)..


Puding kastard jagung...ini feveret big boss..namun saingan dari boss kecik yang jugak sukakan puding nie..belum tul2 sejuk dah kena potong  (tuh yg berserongeh sket tuh)..puding dibuat menggunakan tepung kastard, blended jagung dan susu segar serta gula..

Nampaknya jagung dikebun tuh semakin habis dituai..kalau dibiarkan pun nanti membazir jgk bila dah keras nanti..untuk buat benih sebijik pun dah cukup.. 

Big boss lak ngadu sakit perut sehari dua nie..Gastritis, kena amik Gaviscon untuk kurangkan gas...dia suspect sbab makan byk jagung ..susah nak hadam..aaiiikkk..jagung lak yg bersalah..huhuhu takper masih ade lagi 2 peminat setia..dan jagung pun sudah semakin beres...:)

Saturday, 6 April 2013

[Wordless Saturday] Padat Lagi Tersusun

Entri sempena hari yang malas hendak berblog...Layan sahajalah gambar2 pemenang 'senyuman' yang terbaik dimusim ini...:)



Cantikkan susunannya.....Sedap lemak dan manis...(abaikan bulu2 yg tak habis dicuci..tak dan dan nak amek gambar mereka nie..:)



Friday, 29 March 2013

Tuaian Jagung Manis Lagi Segar

Assalamualaikum & Salam Jumaat, anda semua yang budiman...

Hari ini merupakan permulaan Easter Holiday lah disini...semua kedai2 ditutup mahupun market jgk. so duduk dirumahlah diam2 sambil makan ayam turkey panggang..iyerlah tuh.....

Anyway since takder turkey and takder reason nak makan turkey..dihari yang mendung dan hujan berintik2 dari awal2 pagi lagi..eloklah masuk kebun cari sesuatu yang boleh dijadikan makanan ..walaupun berhujan sikit....

Inilah hasil lawatan kekebun dipagi nie....rezki di hari hujan...

Sedikit ketumbar, bendi dan yang paling utamanya tuaian pertama jagung manis di tahun ini..

Cepat kan masa berlalu..dalam 3 bulan menanam bersusah senang..akhirnya dah dapat mengecap hasilnya..alhamdulillah...murah rezki kami, hampir setiap pokok menghasilkan 2 buah yang gemok2 dan sehat..


Daripada tak tahu apa nak dimakan dimusim hujan nie...dapatlah jugak buat sesuatu dengan jagung nie..inshaallah rebus lah paling mudah..sebab malas nak buat pengat walaupun teringin nak makan..hihihi


Jagung biasanya tak boleh tunggu lama sangat sebelum dituai..takut terlebih matang kang keras pulak untuk dimakan..so nak tahu ready ker tak, kopek sikit kulit luarnya tengok dah kuning ker blom....


Wednesday, 13 February 2013

Menanam Jagung Fiji Style

Peace be upon you all...

Selamat sudahkan ber Gong Xi Fa Chai holiday...takper hari sabtu lagi 3 hari, boleh rest lagi kan...:)

Anyway way kali nie nak kongsikan cara orang2 Fiji menanam jagung (dalam kuantiti yg banyaklah), yang telah dipraktiskan dikebun kami... alhamdulillah...  So mari belajar secara bergambar..:)

Tractor baru sewa..ehhhh En. Abuaidan sedang membajak tanah, nampaknya beliau membuat 'drain' 2 lines untuk menanam

Benih kemudiannya ditabur kedalam 'drain'

3 bijilah satu tempat/ lubang..kalau 1 mati kurang2 ade lagi 2..lepas tuh tutuplah sikit benih ngan lapisan tanah yg nipis

Benih yang telah bercambah dan menjadi anak jagung selepas seminggu...

Selepas 3 minggu kemudiannya..anak2 jagung telah membesar, begitu juga rumput rumpai melitupi the drain dan sekitar....elok bagi lembu ragut nie...

Masa untuk normalise the site, tutup drain ngan tanah sekelilingnya... perhatikan batang pokok yang berada dalam drain telah ditutup ngan tanah untuk menjadikannya lebih kuat...(kalau ditiup angin pun taklah mudah tumbang ..inshaallah..). Ladang kawasan jagung pun dah kemas & cantik kan..perhatikan pokok yang terbesar sekali tuh, adalah kerana taburan benih terawal, cuma itu jer yg tumbuh..(benih awal yg ditabur expired, beli yg barulah tumbuh)

Ker kat Malaysia tanam cam nie gak...aku ker yg ketinggalan...?

Alhamdulillah  dah setel department jagung nie, tunggu berbuah jer inshaallah dalam 2 bulan lagi..

Thursday, 22 November 2012

Jagung Yang Kutanam, Dituai & Dinikmati Hasilnya

Setelah lebih 3 bulan menanam, jagung dikebun akhirnya membuahkan hasil.

13 biji jagung yang telah dituai

Isi kuning keemasan siap untuk dikecapi hasilnya.

Direbus untuk anakanda Aidan (1 dah habis sblm bergambar)

Dibakar menggunakan oven untuk ibunda dan ayahanda.. 

Alhamdulillah dapat merasa jagung yang ditanam tanpa perlu membeli dari pasar. Walaupun harga dipasar juga murah, namun keseronokkan menikmati hasil sendiri berbeza. Malah menanam jagung pun bukanlah memerlukan banyak kudrat atau komitment, cukup dengan penjagaan semasa pokok masih kecil, bila telah menjadi lebih tinggi & besar sedikit, mereka sendiri boleh survive... 

Monday, 12 November 2012

Jagung Mula Berbuah Lagi..

Jagung yang benihnya disemai pada bulan September, sekarang dah lebih 2 bulan telah pun berbuah, Alhamdulillah. Ini adalah jagung isi kuning benih local. 

Setiap pokok nampaknya mengeluarkan 2 biji buah. Bila 'janggut' dah bertukar kepada warna yang lebih gelap maka bolehlah intai2 isi didalam ntuk dituai.

 Pokok -pokok sebaya dalam 12 pokok yang ditanam batch demi batch, supaya berbuah dalam waktu yang berjarak, dapatlah merasa jagung dari kebun untuk beberapa kali, inshaallah.

Tanam jagung memang mudah, sebab jagung senang hidup walaupun tanah agak berbukit. Namun jagung memerlukan full sun dan harus membesar serentak sebab jika yang lebih kecil berada ditengah-tengah pokok-pokok lain, yang lebih kecil itu tidak akan mendapat cahaya matahari secukupnya akhirnya pembesaran akan terbantut.

Jagung adalah feveret Aidan, kalau dia sorang 5 biji jagung rebus pun boleh habis sekali makan. Kalau buat bubur atau lain-lain, tak laku.

Pagi2 suruh tangkap gambar dia budak hitam nie ..(hehe.. kuat main tengah panas). Semalam nak tangkap gambar dengan sepupu2nya lari. Pakai seluar sendiri sebab itulah terbalik..heheh..biarkan, lama-lama tahulah dia mana yang betul dan salah.  

Wednesday, 17 October 2012

White Sweet Corn yang Kusangka Tak Menjadi

Dalam posting dulu pasal sweet corn atau jagung manis ada sebut yang benih dari canada ini cepat sangat berbuahnya (2 bulan), dan buah2 pula adalah kelihatan kecil dan lonjong (tidak besar & gemuk seperti yang sepatutnya. Jadi tidak eagerlah untuk menunggu tuaian jagung nie, dibiarkan jer selama dua minggu own its own, kalau jagung biasa bila buah dah besar, selang 2/3 hari kopek nak tengok isi dalam dah kuning ke blom. 

Namun 2 minggu berlalu, semalam bila tengok macam kulit luar dah terbuka, menampakkan isi putih susu, terasa seperti nak harvest tengok. Bila pagi ini harvest dan tengok dalam mashaallah, elok isi dalamnya...dah cantek, elok, boleh makan dah nie..

Sweet corn jenis isi putih

 Daripada tempoh berbunga dan mula berbuah kepada masa sesuai untuk tuaian 2 minggu,
 memang cepat variety jenis ini

Buah nampak kecil tapi isi dalam padat

Nasib baik hari tu tak tuai masa buah muda buat sayur, kalau tak... dan ada buah yang masih tinggal kat pokok dibiarkan untuk buah benih, inshaallah.

Buah nampak kecil kurus kan, namun jangan underestimate isi dalamnya...

By tengahari dah selamat direbus, nak cepat2 amek gambar siap ngan janggut2 masih bersisa, mintak maaf yer.....

hidangan untuk small boss ..rasa lembut, manis namun tak selemak jagung biasa

Monday, 1 October 2012

Awal Berbuahnya Jagung Manis

Jagung manis benih dari peninggalan Mr & Mrs Adam from Canada, cuma 12 biji jer yang diwariskan. Daripada 12 biji, cuma 8 yang tumbuh membesar. 4/8/12 lepas ditanam, belum pun cukup 2 bulan pokok jagung ini kelihatannya telah berbunga dan berbuah... surprised juga..biasanya mengambil masa lama sikit..

Bunga muda terawal bewarna kehijauan keluar pada 24/9/12

 Kemudiannya bertukar kepada warna pink kemerahan 3-4 hari kemudian (foto 27/9/12)

Perubahan warna menandakan terbentuknya buah jagung 

Pemandangan keseluruhan pokok yang ditanam

Namun begitu dirasakan hasilnya tidaklah sebesar mana memandangkan pokok-pokok adalah masih rendah dan batangnya juga tidak berapa besar atau 'gemuk'. Mungkin harapan untuk membuat benih daripada jagung yang berwarna kuning air ini juga tipis. Harvest awal buat sayur sedap jugak kan....

Monday, 17 September 2012

Jagung Manis- Sebulan Usia

Jagung yang ditanam pada benihnya 4/8/12, kini telah pun berusia sebulan lebih sedikit, daripada 8 pokok yang tinggal (daripada entri lepas), kini 8 pokok telah membesar, cuma 1 pokok yang dialihkan (sulat) kelihatan pembesarannya lebih kecil berbanding dengan pokok2 lain. Sebagai lesson, pokok2 tanaman yang hendak dilalihkan itu mesti dialihkan ketika ia masih kecil agar dapat bersaing seiring dengan pokok lain seusianya.  Jika dibiarkan lama sedikit untuk disulat pada lubang yang tidak tumbuh atau pokok mati, pokok yang disulat itu tidak dapat membesar dengan sihat kerana persaingan dengan pokok2 lain yang telah pun menjadi anak pokok yang kuat, akhirnya pokok yang disulat tadi tidak akan memberikan hasil yang baik atau terbantut pembesarannya.

Pokok yang ketiga dari hadapan (yang disulat) adalah kecil berbanding dengan pokok2 yg lain

 Pandangan daripada hadapan

Untuk entri lebih detail dan panduan cara menanam klik - Jagung

Thursday, 16 August 2012

Menanam jagung manis

Sedikit fakta tentang jagung :
    oursimplegarden.blogspot.com-cara menanam jagung
  • Salah satu tanaman makanan dunia yang terpenting, selain gandum dan padi.
  • Sebagai sumber karbohidrat utama di Amerika Tengah dan Selatan, jagung juga menjadi alternatif sumber makanan di Amerika. Penduduk beberapa daerah di Indonesia (misalnya di Madura dan Nusa Tenggara) juga menggunakan jagung sebagai sumber makanan. 
  • Selain sebagai sumber karbohidrat, jagung juga ditanam sebagai makanan ternak 
  • Biji atau butir jagung digunakan untuk menghasilkan minyak jagung dan dibuat tepung (dikenali sebagai tepung jagung.
Jagung merupakan tanaman yang amat sesuai dengan iklim tropika yang panas, didalam cuaca yang sejuk, jagung tidak bercambah malah akan mereput. Menanam jagung dirumah adalah suatu usaha yang menyeronokkkan terutamanya bila masa mengutip hasil. Tidak kira anak2 mahupun dewasa kebanyakkannya suka makan jagung, samada direbus, buat pengat, bakar atau apa pun cara yang disukai.

Dengan sedikit keluasan tanah yang ada dibelakang rumah, saya biasanya akan memperuntukkan sedikit bahagian kebun untuk menanam jagung. Hasrat dihati ingin menanam dalam 2 batas jagung, memandangkan benih yang ada begitu terhad, maka hanya satu setengah batas sahaja buat permulaan untuk menanam setelah berakhirnya cuaca sejuk. Benih yang diberi oleh Mrs Adam Buksh dari Canada beberapa bulan lepas masih ada dalam simpanan.

Daripada 12 biji yang diberi kita akan tengok berapa banyakkah yang akan 'survive' dan memberikan hasil inshallah..
oursimplegarden.blogspot.com-cara menanam jagung

Disini dikongsikan sedikit bagaimana jagung ditanam berdasarkan pengalaman dan pembacaaan :
    oursimplegarden.blogspot.com-cara menanam jagungMenyediakan batas - Sebelum menyediakan batas, pilihlah kawasan dikebun yang boleh mendapat cahaya matahari sepenuhnya (full sun) dan tidak berdekatan dengan pokok2 besar seperti pokok rambutan atau pokok limau ataupun pokok2 pagar.  Ini kerana pokok2 besar akan menghalang cahaya matahari daripada sampai sepenuhnya kepada pokok2 yang lebih rendah.

    Batas disediakan sekiranya kawasan yang hendak ditanam jagung itu adalah rendah dan air mudah bertakung. Sekiranya kawasan tidak menakung air, cukuplah dengan menggali lubang terus pada tanah.  2 batas seperti dalam foto sebelah sebenarnya telah disediakan pada 4/8/12 dimana pada minggu hujan. Menyediakan batas selepas hari hujan lebat adalah lebih mudah kerana tanah telah menjadi lebih lembut. Dengan sedikit kerja-kerja mencangkul, batas dapat dibentuk. Dahulu saya tidak pernah membuat batas untuk menanam jagung tetapi kali ini dibuat batas untuk melihat sebarang perbezaan dari segi tumbesaran.
    oursimplegarden.blogspot.com-cara menanam jagung
    Menyemai benih - Mengikut cara yang disyorkan, benih biasanya disemai sebanyak 2-3 biji dalam setiap lubang. sekiranya lebih dari satu tumbuh, yang tidak dikehendaki bolehlah dicabut buang. Jarakkan diantara lubang 12-15 inch, dan jarak antara barisan adalah 30-36 inch. Benih disemai didalam lubang sedalam seinci atau setengah inci. Siram dengan air yang secukupnya untuk menggalakkan pembenihan. Dalam kes saya ini, memandangkan benih jagung yang ada adalah terhad, maka saya hanya dapat meletakkan sebiji sahaja dalam satu lubang.



    Oleh kerena minggu yang saya mula menanam jagung adalah minggu hujan, jadi pembenihan juga adalah amat cepat, 5 hari kemudian saya dapati 'shoots' sudah mula keluar,

    oursimplegarden.blogspot.com-cara menanam jagung
    Dua minggu selepas disemai benih, anak2 pokok menjadi semakin besar dan membentuk daun2 seperti pokok induk,
    oursimplegarden.blogspot.com-cara menanam jagungoursimplegarden.blogspot.com-cara menanam jagung

    oursimplegarden.blogspot.com-cara menanam jagung
    Pandangan sisi hadapan
    Namun tidak semua benih yang disemai menjadi. Daripada 12 biji benih, 4 daripadanya tidak tumbuh. maka daripada 1 setengah batas disatukan semua anak jagung pada satu batas sahaja menjadi 8 pokok yang tinggal. Harapannya semoga berhasil walaupun sedikit...agar dapatlah Aidan merasa jagung dari kebun sendiri lagi..

    (ref: http://www.coopext.colostate.edu/4dmg/VegFruit/corn.htm)

    Nuffnang Ads