Showing posts with label Roselle. Show all posts
Showing posts with label Roselle. Show all posts

Saturday, 7 June 2014

Roselleku Tersia-sia

Lantaran tak cukup masa tuk  berada dilaman
bukan aku tak sayang..tapi limited time yang aku ade
nak tuai, nak bersihkan..nak proses lagi..
kutangguh..tangguh akhirnya beginilah ia..


Matang sudah..


Menjadi benih..


Haruslah lepas nie aku tak bertanam roselle lagi ...

Sunday, 6 April 2014

Pemprosesan Roselle

Sambungan cerita Roselle yang aku tuai ari tu. Inilah secara ringkas 'kilang' dapurku itu memproses buah roselle yang masak tuk dijadikan produk yang boleh dimakan...

Buah roselle dikupas buang bijinya dan dibersihkan.

Masuk dalam periuk bersama2 ngan air yang secukupnya..gula yang banyak jugaklah sebab nak buat cam sirap kan..

Dimasak pelan2 diatas dapur menggunakan api kecik..dalam sejam ade jugaklah sehingga jadi betul2 lembut dan hancus..abaikan periuk yg kureng hensem tuh yer

Beginilah rupa yang telah siap dimasak..lembut dan hancus dah takyah blend dah lagi..  

Diasingkan menggunakan penapis, jus dan bahagian isi..

Isi yang menjadi jem..masam manis..oklah ala2 'berri2' gitu..

Dapat sebotol jus (siap tuk digunakan cuma tambah air sejuk jer ikut kemanisan) serta setengah botol jem.

Ruap2nya jus roselle nie kalau minum biasa gitu dalam keadaan  tidak sejuk memang kureng sikit rasa dier...nak kena minum sejuk2 baru ader umpphh....best..hari2 aku minum jus nie..sorang2 jerlah sebab aidan tak suka katanya macam rasa asm masin..En.AAA lak berpantang tak mo minum sejuk sekarang nie..

Tuesday, 1 April 2014

Tokey Roselle

Waktu yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jugak..berapa lama amek masa nak tunggu berbuah dan boleh dipetik pun hampir lupa dah..lepas Arissa lahir atau sebelum? Wallhua'lam tak dapat nak recall..huhuhu

Melihatkan akan buahnya yang begitu lebat dan macam berat jer didahan bagai nak tunduk kebumi..eloklah tidak ditunggu lama lagi..yang mana dah ready perlu disegera-segerakan..

 Lebat kan pemandangannya..

Awal pagi lepas siabang dah kesekolah..kalau tak mesti dok berebut ngan dialah..adik pun semangat nak posing jugak tuh sebelum kerja2 memetik..

Leka memetik buah roselle yer Acica (panggilan baru nie dalam sebutan baby..heheh)

 Pantang apa sahaja yang dicapai..mesti nak jadi food tester...

Cak'a...petik daun ker buah, Acica?

 Ini baru the real art of 'petik' roselle..kan..

 Hasil tuaian dekat 70 biji jugak..alhamdulillah..

 Fish atau  sotong? Kalau anak bujangnya panggil fish, maknya pulak rasa lebih sesuai panggil sotong lagi...hehe..

QC sedang leka mengira atau check buah tuh...:)

Yang masih tinggal dipokok pun adelah sebanyak ini lagi atau lebih..masih kecil..inshaallah save for len hari lak..

Dalam entri dulu Nadia Rashid ade tanya pasal tips tuk tanam roselle menjadi sebegini...actually takder tips Nadia...asalnya campak benih bunga kat situ, tapi tah camaner tersesat jugak benih roselle...dan dari segi penjagaan memang fail..tak pernah taruk baja mahupun siram..Allah sahaja yang jaga dan suburkan ia..alhamdulillah.

Cuma yang boleh dikatakan adalah ikut pengalaman menanam yang lepas..sangatlah kurus pokoknya dan kurangnyer buah..itu kerana tempat yang ditanam tak strategik..tidak mendapat cahaya yang cukup. Manakala yang nie nampaknya mendapat lebih cahaya dan ruang..sebab itulah sehat sungguh pokoknya..alhamdulillah..

Saturday, 15 March 2014

Roselle Yang Lebat Buahnya

Alhamdulillah waktu yang ditunggu-tunggu akhirnya datang jugak..
Menunggu berbuahnya roselle yang satu nie untuk dibuat jus..
Dalam perancangannya secara besar-besaran..:)

 Bunga yang matang

 Buah yang begitu lebat..semakin membesar dan rapat2

 Pada setiap dahan2.. buahnya dah berganda2 daripada buah yang terhasil dari keseluruhan pokok yang ditanam sebelumnya.

Lihatlah pokoknya..begitu subur dan besar kan..rasanya total buah keseluruhan lebih 100 kot...heheh..nanti kita kira masa menuai nanti..inshaallah.

Nak tunggu sikit lagi kasi buah besar lagi inshaallah.
Tapi nampaknya ade yang dah mula petik buah nie awal2 lagi..
Buat main..
Katanya ..'fish'...
Harus nampaknya kalau tak monitor betul2 'fish' nie akan habes masuk 'kolam' budak sorang tuh...huhuh 

Tuesday, 11 February 2014

The Last Roselle

Yang terakhir kerana inilah sahaja yang tinggal..aku dah takder benih nak tanam lagi. Kalau yang terakhir nie meninggalkan aku..maka tiadalah lagi roselle yang tertinggal buat aku tanam mahupun merasa homemade jus.

Actually benih nie dah lama aku tabur, rasanya beberapa bulan yang lepas. Somehow aku realised that lamanya depa nie nak berbunga berbuah. 

Namun begitu seiring ngan anak dara kecik yang semakin membesar roselle nie pun juga semakin membesar...

Dan rasa sangat excited tengok pokok nie..

Alhamdulillah sihat dan rendang pokoknya..banyak cabang plak tuh..tak seperti yang ditanam sebelum nie. Rasanya disebabkan ditanam ditempat yang strategik dan mendapat cukup cahaya matahari.

 Mula berputik kan..

Yang nie plak satunya yang tumbuh diatas batas yang ditabur dulu..tuhpun setelah sekian lama dan tumbuh bersama-sama pokok kacang panjang..besar jugak nampaknya kan.

Roselle nie actually generasi kedua dari benih yang Olive kirim tuk aku dulu..kat sini kalau ikutkan En.AAA ade kot, setelah dia tengok pokok nie berbuah dulu dorang panggil Rosella  namun jarang2lah orang tanam. Mereka pun taklah buat jus macam kita ..buat hiasan cam pokok bunga jer kot..

So bila En.AAA cakap yang orang Malaysia buat jus ngan roselle nie, dorang cam surprised "Oh really?..." yerlah...takkan tipu lak kot..Nantilah kalau roselle nie berbuah kang nanti aku buatkan jus bagi dorang cuba..inshaallah...:)


p/s:Kak Zakie- dah cuba bg anak dara try tapai tuh sikit, tapi cam biasa jer reaksi dia, takder buat memek muka pun..kalau bagi lagi pun macam dia nak lagi...heheh.. gambar ade amek jugak tp nothing special, jadi takyah tunjuk lah yer... 

Thursday, 9 May 2013

Homemade Jus Roselle

Actually ini adalah kali pertama tukang kebun tanam roselle, pertama kali tuai dan pertama kali cuba buat jus. Masa kat tanahair dulu sumpah tak pernah minun mahupun tanam mahupun tengok buahnya...semuanya gara2 berblog..dapat pengetahuan  baru...sib baik Olive baik hati hantar seeds...thanks olive..:)

Kurang pasti  bilakah masa sesuai utk di tuai, namun tengok kepada buahnya, rasa tak akan menjadi lebih besar dari itu dah..tambahan pula takut jadi terlebih matang lak..

Selamat dituai dalam 12 biji alhamdulillah wpun pokok cengkeding2 bagai nak tertunduk gitu

Menggoogle jugak cara nak buat sbb have no idea..rupanya guna kelopak jer, yg buah boleh selamat jalan kan..letak gula ikut rasa, air dan selamat diatas api dalam 15minit..

Jus yang dah siap ditapis..pekat dan sangat manis..kena tambah air sejuk bila nak minum...

 Jus yang sedia diminum setelah ditambah air sejuk from fridge..masam, manis..sedap & nyaman gitu...:)

Baki kelopak yang ditapis..sebaiknya kisar dan disimpan bersama jus yang pekat..namun kerana malas makan jer gitu, sedap jugak..kalau rajin lagi leh proses lagi buat jem...

Agak2nya jus roselle nie ade tak dijual dikedai dan berapa harga yang biasa dijual di supermarket2 yer...

Thursday, 11 April 2013

Roselle dan Suatu Percubaan

Ini merupakan percubaan yang pertama kalinya untuk menanam Roselle. Tergoda tengok rakan2 dari blog berkebun menanamnya dan membuat jus lagi. Nasib baik Olive bermurah hati menghantar benih roselle ini bersama benih2 yang lain beberapa bulan dahulu..

Tidak dapat ingat exactly bila tanam nie, tp rasanya  dah lebih dari 3 bulan. Kini dah mula berbunga..bukan  sekuntum malah lebih dari itu.bukan sepokok malah lebih dari itu juga.. Alhamdulillah...:)

 Yang pertama brbunga..4 kuntum dahulu diberi..

 Tapi yang konpiusnya..pokok nie agak kurus..mcm mana bila bunga dah  semakin membesar nanti..maunya tumbang kan...

Tiga pokok lain lagi pun kurus2 juga walaupun 2 daripadanya juga telah  mula berbunga. Pokok tidak membesar dengan sihatnya kerana tidak mendapat cahaya matahari yang cukup...ditanam ditepi pagar yang dilindungi oleh semak semun  dari laman jiran...sekarang semak dah cleared harap2 dapatah roselle ni membesar denga sehatnya.

Itu percubaan tanam Roselle...percubaan keduanya hari ini adalah untuk menggantikan puasa. Nasib baik tersedar bila terbaca entri dari Okje pasal ganti puasa nie..Hiiii..risau jgk nie kerana belum sehari pun terganti..dah la tuh kemungkinan besar puasa tahun ni lebih dekat sebulan kot kena ganti..huhuhu...camaner tuh usaha nak menggantikan banyak2 puasa nie tahun depan..huhuhu..may Allah help me..

Kerana dek ter biasa makan macam dinosaur since preggy nie..jadi bila kena jadi cam cicak kobin lak, memang mencabar..huhuh..takper nak cuba dahulu inshaallah semoga Allah berikan kekuatan....^-^

Nuffnang Ads