Showing posts with label Local fruits. Show all posts
Showing posts with label Local fruits. Show all posts

Monday, 18 February 2013

Menikmati Local Melon

Melon merupakan buah-buahan yang berjus dilindungi oleh kulit yang agak keras diluarnya. Pelbagai jenis variety melon daripada tembikai, muskmelon - honeydew & cantaloupe...

Yang dikongsikan hari ini adalah tentang melon yang hanya dikenali sebagai melon disini..  berbeza dengan watermelon & honeydew melon ini adalah tawar rasanya.. jika hendak dimakan begitu sahaja mungkin kurang menyelerakanlah...

Seumur hidup ditanahairku belum pernah merasa melon ini..mungkin korang pernah merasanya kan. Berbeza dengan disini, dimana ianya merupakan buah2an tempatan yang agak popular. Jadi setelah diperkenalkan oleh en.  Abuaidan, barulah paham bagaiman hendak menikmati buah nie....

Buah melon yang telah masak

Isi didalamnya

Dipotong kecil dan letakkan beberapa sudu gula untuk memaniskan..kemudian sejukkan didalam fridge

Lebih kurang 2, 3 jam barulah ready..gula pun dah hancur bercampur ngan jus melon yang keluar..barulah enak dimakan dihari yang panas..boleh menyejukkan badan...

Buah melon macam nie ada kan kat Malaysia? Korang biasa makan tak... (pastinya aku lagilah yg jakun..huhuh)

Nuffnang Ads