Pertama kali berbuah untuk musimnya adalah hujung tahun lepas dan kami sepatutnya menikmati hasil pada awal tahun. Namun begitu kerana pada hujung tahun lepas jugak Fiji teruk dilanda taufan, maka buah nona yang sedang membesar dan menunggu masak ketika itu terjejas teruk...hanya sedikit sahaja dapat dinikmati.
Somehow miracle dan rahmat dari Allah swt, pokok yang begitu condong kepagar akhirnya berbunga dan berbuah sekali lagi selepas kejadian taufan itu..dan Alhamdulillah mula masak untuk dinikmati pada peluang kedua..:)
Buah nona yang hampir boleh dipetik untuk diperam sebelum dimakan. Bila dah nampak kulit semakin cerah warnanya dan merekah sikit eloklah dipetik sebelum menjadi habuan sang burung.
Pokok nona yang berbuah dua kali..perhatikan betapa condongnya..
Buah nona yang telah masak setelah semalaman diperam. Jika kulitnya agak merekah dan bila dipicit agak lembut, maka readylah ia untuk dimakan.
Isi didalamnya yangg manis bersari..jarang kita jumpa nona yang isinya masam. Kerana kemanisannya jugak buah nie kalau dibiarkan ..biasa mengundang sang semut.
Jika lihat sekali imbas seperti durian belanda dan nona serikaya kan..namun saya dah cuba ketiga-tiganya..yang ternyata buah nona lebih lazat kerana kemanisannya. Orang2 disini memanggil buah nona nie Sarifa..
