Showing posts with label Kailan. Show all posts
Showing posts with label Kailan. Show all posts

Tuesday, 5 November 2013

The Best Kailan Ever for Awal Muharram

Peace be upon you all.. my dear readers..:)

Muqaddimah..

Salam Maal Hijrah rakan-rakan & pembaca semua. Pastinya meriah kan sambutan maal hijrah di Malaysia samada diperingkat kebangsaan mahupun negeri..dengan perhimpunan, perbarisan..ceramah dan sebagainya. Kalau kat sini sambutan Maal Hijrahnya tiada ..dan tiada cuti..tidak seperti sambutan Maulidurrasul...barangkali kerana ramai pahaman Milad (yang mengagungkan Maulud) termasuklah dalam pentabdiran organisasi Fiji Muslim League. Namun begitu ade juga pihak sekolah muslim yang mengambil inisiatif tuk mengadakan program sempena awal Muharram. 

Berbalik kepada tajuk N3. Kailan yang ditanam asalnya dari benih yang dikirimkan oleh Olive pada tahun lepas. Beberapa kali menanam hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan..kurang subur serta lambat membesar, kadang terlebih tempoh..tunggu punya tunggu nak tuai tengok2 dah matang dan pahit tuk dimakan.

Naumun yang membuka tirai tahun baru Islam 1435 nie..



Tuaian kailan dipagi nie alhamdulillah yang paling subur, gemok2 dan memuaskan hati so far..daun besar tp belum pahit lagi. Mungkin kerana hujan yang kerap kebelakangan ini cepat jer mereka membesar.


Kailan nie sendiri tanam dan Abuaidan tolong sedia dan bersihkan batas. Sebulan lebih setelah anak kailan dialihkan kebatas, sedia untuk dituai..so far dah 3 kali tuai termasuk yang nie..yang balance mungkin dalam 2 kali  tuai lagi inshaallah.


Yang dituai hari ni buat stir fry ngan baby corn, carrot dan letak ayam sikit instead of buat kailan ikan masin jer manjang..mmmphhh lebih sedap dari kailan ikan masin rupanya..:)


p/s - tuk resepi tepung apam dah diletakkan linknya pada entry..selamat mencuba, pasti nak lagi..:)


Tuesday, 29 October 2013

Giliran Kailan Pula

Kailan adalah projek tukang kebun simpanan..bila ade ruang dan masa lalu usahakan jugak agar dapat merasa dalam kesibukan ngan mem kecik. Tanam banyak tetapi separuh jer yang survived sebab cuaca panas masa tuh.

Cepat pula rasanya kailan yang ditanam kali ini membuahkan hasil..tak sampai sebulan selepas dipindahkan, kini alhamdulillah dah boleh tuai..


Boleh differentiate yang mana satu kailan dinatara bayam2 liar tuh. Yang  nie sedang-sedang elok tuk dituai, tak  matang dan tak jugak baby sangat..harus tuai on time sebab kalau terlebih masa nanti kang pahit rasanya..

Selamat dituai semalam..bersama-sama ngan cili burung dan cili panjang..cukuplah sekali masak tuh..


Masak apa ngan kailan..nasi goreng kailan ikan masin..sedapp...ngan telur dadar sebiji. Memanglah very high in calorie for diet, namun kena adjust breakfast ngan dinner so  that taklah over limit kan..

Saturday, 23 March 2013

Kailan, Kailan Ikan Masin - Percubaan Kedua

Awal2 pagi sebelum ayam bangun kami telah bangun hari ini kerana En. Abuaiadan hendak bertolak ke Suva  driving alone, ade meeting and kena handle some interviews. Mengantuklah jugak dari pepagi,.namun banyak housework yg nak kena settle kan..by tengahari dah kepenatan..huhuhu..

Ok back to the title, end of last year ade citer kan pasal kailan yang ditanam dan apa yang terjadi setelah digoreng ikan masinkan (citer dulu)..so learn from a lesson, 2 bulan yang lepas tanam kailan lagi..and this time beringat2 untuk harvest on the right time..not when it's too matured...so to be on the save side, harvest masa kailan baru2 masuk sekolah menengahlah..tp belum masuk tingkatan 4 lagi..(paham tak kiasan alaa mengarut nie...)..


Saiz yang tidak terlalu besar mahupun terlalu kecil..setengah orang panggil baby kailan..kerana apa bila kailan matang, masak nanti rasanya pahit..so dah sedang2 tuh eloklah cepat2 tuai...


Siap! alhamdulillah kali nie memang puas hati since takder rasa pahit daah...memang best menjilat jari...tp malangnya kailan yang ditanam this time sikit sangat..dah habis tuai..so kena tunggu tanam balik baru leh makan kailan ikan masin lagi...huhuhu

p/s: .... Sunyi lak bila 'darling dealing duckling' nie berada jauh dimata..esok malam baru balik sini balik inshaallah...

Wednesday, 2 January 2013

Kerana Kejahilan - Kailan dan Kailan Ikan Masin

Setelah dekat 3 bulan beralahan tidak gemar makan sayur, akhirnya kebelakangan ini barulah terbuka selera untuk memakan sayur. Memandangkan kailan yang ditanam dari benih yang dihantar oleh leng lui Olive telah pun besar dan berusia lebih 3 bulan tetapi belum pernah sekalipun dituai, maka since teringin nak merasa maka dituailah..

 Kailan yang berusia lebih 3 bulan

Kemudian bersemangatlah mencari resepi terbaik untuk buat kailan ikan masin, memandangkan banyak ikan masin pemberian Kak Puteri Purnama. Memasak kailan ikan masin memang tersangatlah mudah dan simple, tak perlu banyak bahan...pun siaplah..

Bersemangat hendak makan tuh dengan nasi panas..kan dah bertahun tak jumpa.... 

Memandangkan kerana kejahilan tukang kebun serta keadaan yang tidak mengizinkan...setelah dicuba, kailan yang dimasak tadi pahit rasanya..aaahhhh... tak tercapai hajat nak makan kailan...terlampau terlebih matang agaknya..sepatutnya guna baby kailan ini guna grandmother kailan lak...huuhhu

Friday, 23 November 2012

Menikmati Hasil Dari Batas Olive

Hari ini bila saya check balik entry lama, nak tengok tarikh kiriman benih dari rakan online saya Olive, macam tak percaya pula 19/10/12 saya terima benih, dan 22/10/12 iaitu 3 hari kemudian saya menyemai benih2 yang dikirim iaitu benih kailan, kangkung dan bayam. Dan hari ini 23/11/10, rupanya baru sebulan masanya dari tarikh semaian, namun saya dah mengutip hasilnya..? macam tak percaya tapi alhamdulillah, memang benar... inilah batas khas untuk benih2 Olive...

 Satu batas panjang ditanam serentak Kailan, Bayam dan Kangkung

Bayam yang dulunya dirasakan terlalu rapat & padat, namum Alhamdulillah setelah dituai sedikit demi sedikit akhirnya semua berpeluang untuk bernafas dan membesar.

 Bayam yang dituai, dinikmati untuk kali pertama, alhamdulillah sedap sangat.

Kangkung. Dulunya masa pokok2 masih kecil dirasakan tidak cukup benih yang ditabur, namun bila telah membesar dan bercabang banyak, penuh pula ruang ini.

 Kangkung yang pertama kali dituai. Sihat dan gemuk

Kailan yang masih lagi dalam proses pembesaran, inshaallah akan dapat dinikmati hasilnya tak lama lagi.

Terus terung cakap, saya tak larat nak menjaga kebun buat masa nie kerana 'badan dah jadi lebih dari satu nie..', namun bila ingatkan akan keikhlasan dan susah payah Olive menghantar benih ini, saya gagahkan juga untuk melihatnya berhasil. Cuaca sangatlah panas sekarang nie, kalau tak siram alamat kekeringanlah mereka2 ini, namun saya usahakan dengan meletakkan rumput2 kering sebagai sungkupan untuk mengekalkan kelembapan. Pagi memang tak dapat turun kekebun, namun sebelah petang saya tetap usahakan juga walaupun letih dan sakitnya pinggang demi memberi setitik dua air untuk tanaman ini. Alhamdulillah, berbaloi....thank you so much leng loi Olive kerana menjadikan dream came true  untuk menanam dan merasa tanaman2 ini dibumi pasifik ini.

Thursday, 25 October 2012

Cambahan Baru dan Angan2 Tentangnya

Di musim panas ini nampaknya kekurangan sayuran hijau untuk dijadikan sayur. Sawi mahupun pakchoy nampaknya tidak begitu subur diwaktu ini, banyak sangat serangaan bugs. Bila terasa hendak memakan sayur hijau susah pulak nak dapat, walaupun sedikit untuk diletakkan dalam maggie. 

Nasib baiklah ada benih sayuran hijau tropika yang dihantar oleh Olive baru-baru ini. Benih yang ditabur pada sabtu lepas telah pun bercambah, alhamdulillah. Sedang menunggu sayur-sayuran ini membesar. Sejak tinggal disini hampir 4 tahun, sejak itulah tidak merasa sayuran2 ini. Namun kesedapannya tidak pernah dilupakan. Malah sedang berangan-angan apa yang nak dibuat dengan sayur-sayur ini nanti.

Kailan - Kailan ikan masin atau nasi  goreng kailan pun sedap jugak

 Bayam -benih yang ditabur begitu rapat nampaknya, mungkin kena jarangkan lagi. Sayur putih bayam pun sedap, goreng pun boleh tahan jugak. Rasa-rasanya hendak memperkenalkan sayur bayam ini kepada kawan2 serta jiran disini, selama ini mereka tahu tahu makan bayam pasir sahaja, ini bayam sebenar sudah datang.

Kangkung - yang biasa ditanam dari batang (dari kangkung yang dibeli dipasar), namun ini pertama kali menanam dari benih. Rasanya kangkung dari benih daunnya tidak selebar kangkung air dan batang yang lebih kecil. Namun lebih senang barangkali dengan hanya menabur benih dah tumbuh dah mereka ini, lagipun kangkung yang subur tak byk dijual dipasar bat masa ini. Teringin nak makan kangkung belacan rasanya ataupun nasi goreng kangkung. 


Kita doakan sayur-sayuran ini cepat membesar dan cepat plak boleh dituai, inshaallah.

Saturday, 20 October 2012

Semaian Baru Di Batas Ini..

Ini hanyalah untuk rekod tukang kebun, agar easy to trace back the activites. Beberapa benih yang baru ditabur direct pada batas,

Benih kangkung, kailan dan bayam telah mengambil tempat

Benih2 sayuran dari tanahair kiraman Olive.

Nuffnang Ads