Kek ini terhasil adalah kerana kejahilan dan ketidakfahaman jiran sebelah rumah. Apa pula kena mengena kek dengan jiran yer. Kek yang ditayangkan adalah kek pisang. Pisangnya pula adalah dari pemberian jiran kami sebelah umah.
Semalam uncle sebelah umah bagi pisang kat Abuaidan, first he thought that bawak pergi ke sekolah lah (since dia ade project kat school nak setel) boleh bagi kat admin staff kat situ makan2..namun bila dilihat dua tiga kali, tidak sampai hati plak nak bagi kat staff makan pisang yang begitu, So dia bawak balik umah..since dia lewat balik nak siapkan projek, pagi tadi masuk dapur baru perasan akan pisang tu...ya Allah, tak sedar2 mereka ni tentang cara mereka memberi sesuatu pada orang lain...lihatlah pisang yang sangat hensem nie..
Ini bukan first time mereka beri..sebelum nie pun dah berkali2 bila beri sesuatu, buah atau makanan memang fail..kadang makanan yang dah semalam, esoknya bermurah hati bagi kami..kadang bagi dengan niat nak mintak sayur2 yg ade dikebun dengan 2,3 keping biskut sebagai tukaran..sedang kami tetap ingat sebagai muslim bila nak beri sesuatu pada orang (walaupun bukan muslim) berilah yang terbaik, jangan yang kita nak pandang sebelah mata pun berat..seperti maksud ayat dalam surah al-Baqarah ini ;
Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari hasil
usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk
kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan
daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan
memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha
Terpuji. (2:267)
Namun mereka adalah Hindu Kristian, susahlah nak paham. Bila Aidan bangun dari tidur ternampak dia akan pisang yang menjadi feveretnya terus mintak..menangis2 bila tak bagi, pisang buruk takkan nak bagi anak makan..cuma ade sebiji sahaja yang bolehlah dipertimbangkan untuknya (tak byk sangat yg kulit jd hitam). Dia tak cukup, cakap padanya, tak boleh makan, mummy will make cake for you. Yer lah daripada membazir dan buang begitu sahaja..setidaknya tahap lebu/ masak camtuh boleh lagi dibuat kek pisang..
Daripada dibuang akhirnya pisang menjadi kek pisang yang enak...Alhamdulillah
p/s : perkongsian sebagai renungan untuk kita semua...inshaallah..