Hari ini hari raya yang kelapan.. (bagi kami yang kat sinilah.)
Hari yang lepas pantang adalah hari isnin yang baru lepas..
Oleh kerana itu hari raya yang disambut tuh tiadalah disediakan juadah2 raya seperti lemang, ketupat, nasik impit mahupun nasi dagang... tapi tak bermakna juadah2 tu dilupakan sama sekali..malah setiap hari bermain dibenak ini..
Dan juga kesanggupan to break the diet..psikologinya "takperlah berat naik..kan breastfeeding...apa salahnya berkorban setahun sekali demi juadah raya yang susah nak dapat nie, kang nanti esok lusa leh nyeksa nafsu makan lak.."
Setiap hari dok tunggu the right time untuk buatnya, maklumlah En. Big Boss tengah habiskan puasa 6..setiap hari dok intai resepi..hinggalah semalam mula menyediakan bahan-bahan agar hari ini boleh dilaksanakan..kelapa di kopek, dikukur dan dijadikan kerisik dan buat santan..
Pepagi nie lak..awal pepagi masa dak Arissa tidur..turun kekebun, mencabut lengkuas dan kunyit dan serai...
Siap merendang..dalam dilema lak nak buat lemang perantau ker buat pulut kuning..? Tengok dalam blog orang tayang..nampak sedap gilerr pulut kuning..terliur tahap mengidam lah lak..huhhuh..takper..mungkin leh wat dua-dua..buat pulut kuning dulu lah..
Awal2 makan ..rasa cam orang yang kempunan gilerr, tak nyabar-nyabar nak makan...cam 10 tahun tak jumpa rendang dan pulut kuning, pdhal tahun lepas buat...bila dah habis separuh..barulah M.U.A.K dah mula naik..nak habeskannya mulalah macam lekat kat tekak ..susah nak turun..aahhh..enough is enough..muak takleh dipaksa-paksa untuk memakannya...
Hmm..agaknya kena buat nasi impit nie buat kawan ngan rendang..pulut atau lemang memang tak leh makan banyak..tp kalau hero kecik ngan hero tua, makan pulut cam makan nasi sukanya..