Showing posts with label sayuran malaysia. Show all posts
Showing posts with label sayuran malaysia. Show all posts

Saturday, 9 March 2013

Sayur-Sayuran yang Diimport Dari Tanahair

Sayur-sayuran yang terdapat di Malaysia tidak semuanya terdapat disini walaupun terdapat persamaan dari segi iklim tropika (beza siki jer lah). Salah satu faktornya mungkin suhu yang berbeza, dimana di Fiji terdapat musim yang lebih sejuk (ala2 CH) yang tidak sesuai untk tanaman tropika dan cuaca cuaca panasnya dihujung tahun teramatlah panas. Kita perhatikan sesetengah tanaman boleh ditanam di Malaysia sepanjang tahun, namun tidak semestinya disini.

Benih2 sayur dari tanahaiair adalah semuanya dari kemurahan hati rakan2 gardening blogs dari tanahair seperti Kak Puteri Purnama, Olive, Nadia Rashid dan kakak tukang kebun sendiri. Jadi setelah berbulan benih dihantar, disemai dan dijaga..dapatlah kita tengok penyesuaian mereka dengan keadaan disini lain.


Kacang botor, ditanam dari bulan puasa tahun lepas sampai hari ini masih belum berbunga-bunga apatah lagi hendak berbuah. Rasanya tunggu tengok sehingga musim lebih sejuk kalau2 nak berbunga, jika tidak kita hapuskan sahaja..


Labu kundur setelah berbuah dalam 8 biji buah nampaknya pokok menjadi semakin matang dan kekeringan..tidak panjang umur seperti pokok labu kuning. Yang 2 biji ini terletak diatas atap 'greenhouse'..tukang kebun tak tahun camaner nak petiknya...huhhuhu 


Ulam raja benih kiriman Nadia yang menjadi tanaman paling precious sekali.. sedang membesar alhamdulillah..tak sabar nak melihatnya lagi besar dan menjadi ulam..


Roselle - ade 4 pokok yang ditanam semuanya...sedang giat membesar. harap2 subur dan berbuahlah nanti dapat jugaklah merasa sirap ataupun jem roselle yang diwar-warkan kesedapannya tuh.


Kailan - kali ini pertumbuhan memang agak lambat berbanding dengan batch yang ditanam pada awalnya tahun lepas. Sudah lebih sebulan dipindahkan ke tapak ini, namun masih kecil lagi saiznya.. terbantutkah?


Bayam - benih yang ditabur hampir 3 minggu lepas..bertaraf kanak2 sekolah rendah..masih belum sesuai dipetik lagi.. namun bayam ini memang feveret ulat daun sesangatlah..walhal bayam pasir yang tumbuh meliar merata2 tidak diganggu mereka, namun bayam ini pula yang cepat menjadi mangsa..mungkin bayam pasir rasa lebih pahit dan tidak sedap, maka mereka pun tidak sukakannya seperti kita.

Sebenarnya kalau diikutkan bercita2 untuk menanam lebih banyak jenis lagi sayuran dari tanahair seperti kesum, kuchai, bunga kantan dan juga pegaga..namun tidak begitu senang untuk membawa mereka2 ini masuk kenegara ini...

Nuffnang Ads