Daripada benih yang dikirim oleh
Kak Puteri Purnama..dalam banyak2 benih yang beliau kirim dulu, tak mention pulak nama benih yang satu ni..ade beberapa bungkusan dalam tissue..
Oleh kerana susah payah beliau menghantar kebui Fiji nie, jadik taknak hampakan serta sia2kan niat baik beliau, tukang kebun pun semailah dalam beberapa minggu yang lalu setelah ade kelapangan..nak tengok apa yang akan tumbuh...
Agak2 dalam hati mungkin benih dari keluarga sawi kot..namun setelah hampir 3 minggu berlalu..makin konpius plak tentang identiti tanaman ini....
Begitu banyak yang ditanam pada batas walaupun tak tahu apakah ia...
Mungkin bukan sejenis sayuran kan...
Akhirnya berkira2 untuk mendapatkan konsultasi dari Kak Puteri Purnama dan rakan2 blogger yang arif..kalau bukan sayuran boleh dikurangkan bilangannnya dan ruang boleh digunakan untuk tanam sayuran yang lain...
Sekiranya tuan-tuan hamba sekelian ade idea dan arif tentang tanaman nie bolehlah kongsikan info yer...patik nie memang jahil tentang tanaman2 nie kecuali yang biasa2 sahaja...:)
p/s: tak dapat ngadap komputer mcm biasa from today sebab during this easter holiday ada seorang kanak2 istimewa yang tinggal bersama kami untuk beberapa hari... somehow it's not an easy job to look after him and Aidan and baby inside too, may Allah make it easier for us...:)