Selalu sangat masak hidangan yang sama setiap hujung minggu pun boleh menjadi kebosanan jugak kan...sekali sekali perlulah jugak tukar resepi..tambah pula bila big boss ade kat umah dihujung minggu.
Dari pagi sibuk berpikir2 dan mencari2 resepi untuk masak ayam. Awalnya teringin nak buat butter chicken, namun takder yogurt, tak sempurnalah pulak kan. Kemudian teringat plak akan thai green curry yang selalu Sis LG tayang kat blog dia..dia mmg dah expert daa masak green curry nie.
Anyway tak pernah makan pun kat Malaysia before seingatnya..ini kira percubaan pertama lah..mcm gamble lak. takut tak sedap lak nanti sia-sia pulak. Alhamdulillah inilah hasilnya.
Sedap sebetulnya green cury nie dan berbeza dengan kari Melayu mahupun kari Indian. Namun bahan2 yang digunakan lebih banyak macam bahan melayu kitalah dengan serai, lengkuas, kunyit, halia dan pelbagai (Thai kan lebih kurang kita gak). Yang bezanya pengunaaan thai basil dan ketumbar didalam rempah, jus lemon juga sos ikan. Bau bahan tumisan dan yang telah masak memang menggoda...wangi dan sedap sesangat..
Tidak perlu menunggu lama setelah masak..makan panas2 dengan nasi panas...peehhh..memang puas ati..oleh kerana curry yg dibuat tidak pedas (kerana 2 yg tak makan pedas didalam rumah) terpaksalah makan ngan cili hidup bersama-sama nasi...ulamkan timun mentah..
Kebanyakkan bahan2 adalah dari kebun. Nasib baiklah ade serai, lengkuas, kunyit, ketumbar dan basil yang ditanam dikebun..juga baby corn...kalau takder semua nie memanglah takleh buat..nasib baik tanam sendiri kan...hehehe
>> Resepi yang diadaptasi dari sini