Pernah makan kuah dhal dengan nasi tak? Fr my own experience makan nasi ngan kuah dhal nie kalau pertama kali mmg jwbya suku pinggan jer lah boleh abes..lekat di tekak..namun kalau makan ngan roti canai mmg lajulah sikit...kan..?
Namun ditempat yg berbeza, gaya pemakanan yg berbeza..kita kena redhalah...kat sini mmg kalau dhal curry (diorang panggil) mmg popular..kira kalau gie umah orang hidang dhal nie mmg dah cukup bagus dah kalau takder lauk lain pun..sebab tu kena belajar sampai terer masak dhal nie..nanti bila takder lauk lauk ..hidang jer kuah dhal..habes cerita...
Ok..mari tengok cara orng sini masak dhal...
Dhal dimasak menggunakan campuran beberapa jenis dhal..iaitu Arhar dhal, Moong Dhal, Chickpeas dhal dan juga Urad dhal..itulah yang memberikan rasa yang sedap & unik..nak masak semua dhal sama banyak sukatannya pun boleh...nak masak banykkan Arhar dhaldrp dhal2 yang lain pun boleh jugak..ikut citarasa...Jika takder jugak kesemua jenis dhal tuh boleh guna chickpeas dhal pun dah cukup.
Bahan-bahan:
- Kacang dhal dalam1 1/2 cawan
- 1/2 sk jintan putih, mustard seeds, halba campur
-1/2 biji bawang besar
- 3 biji bwng putih + seinci halia tumbuk bersama2
-1 sk serbuk jintan putih
- 1 skserbuk kunyit
- 2 sb minyak sapi
Cara-cara:
- 4 jenis dhal dicampurkan mengikut anggaran 2 genggam setiap jenis..kemudian dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya 4 jam..biar kembang dhal tuh..
- Gunakan periuk tekanan (pressure cooker), biar stim keluar dalam 6 kali ataupun kalau takder, rebuslah ngan slow cooker ataupun kalau guna periuk biasa..masak guna api kecik hingga semuanya hancur.
- Panaskan minyak sapi barang 2 sudu, kalau takder boleh guna minyak biasa..bila panas gorengkan setengah sudu jintan putih, halba campur dan juga mustard seeeds ..(agak2 dlm setengah sudulah tiap satu)..masukkan setangkai daun kari.
- Goreng bawang besar yang telah dimayang (dlm setengah biji).. halia dan bwg putih yang telah ditumbuk (3 biji bwg putih,seiinci halia)..goreng sehingga kuning dan naik bau.
- Masukkan satu sudu kecil serbuk jintan putih, serbuk kunyit..goreng kesemuanya hingga garing..tambah sikit air kalau kering..
- Ambik sesenduk dhal yang telah dimasak, masukkan kedalam bahan2 yang ditumis tadi..goreng seketika hingga pekat & naik bau...
- Tutup api...
- Masukkan bahan2 yang ditumis tadi kedalam periuk yang mengandungi dhal yang telah dimasak. Masak sekali lagi..tambahkan air mengikut kepekatan yang ideal (tambahlah dalam 2 gelas air gitu)
- Boleh masukkan ubi kentang ataupun carrot didalam dhal sebagai sayur sampingan..
- Masukkan garam secukup rasa..masak dalam 15 minit menggunakan api kecil
- Tutup api..sedia dihidang...masukkan sedikit daun ketumbar utk bau yg lebih harum..
So bolehlah dimakan dengan roti paratha ataupun roti canai dan sebagainya. Sebenarnya dhal ini banyak zat terutamanya besi..jadi elok dimakan..kanak2yang demam pun boleh membuka selerea mereka dengan kuah dhal ini...inshaallah.