Showing posts with label Groundnut/ Kacang Tanah. Show all posts
Showing posts with label Groundnut/ Kacang Tanah. Show all posts

Saturday, 18 January 2014

Menuai Kacang Tanah Kali Pertama Ditahun 2014

Akhirnya kacang tanah yang ditanam lebih  3 bulan yang lepas sedia untuk dituai..

Sebenarnya agak terlambat jugak menuai  nie sebab tukang kebun takder kelapangan..patutnya 3 minggu lepas lagi dituai..banyak pokok yang dah hampir mati..sepatutnya bila daun sudah banyak kekuningan itulah the right time untuk menuai..

Inilah rahsia yang tersimpan didalam tanah..Alhamdulillah agak banyak jugak pada satu2 pokok..

Kerja2 pengasingan oleh tukang kebun dan pembantu kecik..

Inilah hasil tuaian yang cukup 3 kali direbus..makan bersama teh minum petang pun sedap..:)

Sunday, 24 November 2013

Kacang Tanah Dibulan Ketiga

Cepat jugak rasanya dalam diam tak diam dah 3 bulan daa usia kacang tanah depan umah nie..

Cantik tersusun jer kan big boss tanam..

Masih lagi tegak..biasanya kalau kerap dilanda hujan atau pokok dah semakin matang, akan rebah ketanah sikit jadinya..

Ah..berbunga sudah..masa tuk raise the beds..tompokkan lebih banyak tanah kebahagian pangkal..

Inshaallah sebulan lagi bakal memungut hasil..namun musim hujan begini kacang tanah tak sesuai sangat untuk berkacang didalam tanah tuh..too much rain boleh jadi rotten didalam tuh...apapun kalau dah tertulis rezki, adelah..kalau tak ..takderlah..:)

Thursday, 3 October 2013

Mari Tanam Peanut

Projek pertanian kami masih berjalan dengan lancar alhamdulillah dengan tukang kebun baru menunjukkan minat untuk menanam pelbagai tanaman..tukang kebun simpanan tukang amek gambarlah..hehe

Hujung minggu lepas telah settlekan kerja menanam kacang tanah yang agak lama tertangguh..kacang tanah nie ditanam dilaman depan rumah namun different location and style this time..

Jom tengok yang ditanam tempohari,

 Awalnya tanah telah digemburkan tapi batas belum disiapkan (gambar sebelah pagi agak dull)

 Kemudian batas mula disiapkan..back up gardener tuh ade kat belakang..hehe

 Batas2 yang telah siap..

Benih yang digunakan adalah kacang tanah yang dibeli dipasar..yang ready untuk direbus. Kulit memang tak dibuka kerana ia akan reput kejap jer dalam tanah..penatlah nak kopek2 kan..

 Kacang tanah ditanam dicelah lereng instead of direct atas batas. Alasannya, pada musim panas senang menyerap air dan juga bila pokok membesar, mudah untuk mengaut tanah kebatang dan dengan itu tanaman lebih kuat.

 3 jalur actually yang ditanam. Nie kaedah percubaan, tengok hasil dulu baru tahu berjaya ker tak..

Dah siap diletakkan benih semuanya.

 Patstuh benih dikambus balik dengan tanah.

Dah siap kambus, disiram dengan air kurang2 2 kali sehari.

Inshaallah kalau tiada gangguan banjir bagai, selepas 4 bulan bolehlah menuai hasil.


p/s - kat sini kacang tanah kebih popular ngan nama peanut berbanding groundnut..

Monday, 10 December 2012

Masa untuk Menuai Kacang Tanah

Akhirnya setelah 3 bulan lebih kacang tanah yang ditanam pada 1/9/12 telah sedia untuk dituai, alhamdulillah...tak mau tunggu lama2 takut bila tiba musim hujan ataupun terlebih masa bercambah pulak dalam tanah nanti...

Kebanyakkan daun telah bertukar menjadi kekuningan, itulah tanda kacang sedia untuk dituai..

 Tanah dilonggarkan menggunakan garden fork..kalau cabut camtuh takut setengahnya tertinggal dalam tanah.

 Pandangan mata kasar, hasil 1/4 daripada yang ditanam keseluruhan.. masih adalah 3 suku yang belum dituai.

 Budak tak mandi lagi masih berbaju tidur, tekun mencabut kacang dari akarnya.

 Pandangan dari dekat, hampir 90% sempurna dengan sekurang-kurang nya 2 biji dalam 1 pod.

Hasil bersih, lebih kurang 3 tin susu.

Harvest yang pertama ini cukuplah bagi kami untuk menikmati kacang rebus during tea time..alhamdulillah. Seminggu kemudian boleh tuai lagi..inshaallah.

Saturday, 17 November 2012

Groundnut/ Kacang Tanah Selepas 2 Bulan

Batch yang pertama ditanam pada 1/9/ 12 dan yang kedua pada 24/9/12. Jadi usia yang pertama adalah 2 bulan 2 minggu manakala yang kemudiannya  adalah hampir 2 bulan.

Ditanam pada batas berbentuk lingkaran. Rumput rumpai juga memanjang sekitarnya.

 Sebelah kiri batch pertama, kanan batch ke2 - namum kelihatan hampir sama besar.

Pokok2 sudah tinggi dan besar namn belum sedia untuk dituai lagi.



Untuk perkembangan sebelumnya : Kacang tanah

Friday, 12 October 2012

Groundnut - After 3 & 6 weeks

The second batch, planted on 24/9/12

The first batch, planted on 1/9/12 

View of the whole site

Maintetance at this stage : Watering once a day should be enough. Weeding at least once a week should be good enough (banyak lagi rumput yang tak habis dicabut tu)

P/S : teringat kata-kata Kak Mar nak tengok pokok2 kacang tanah yang tersusun...inilah dia kak.



>>> Earlier entries

Wednesday, 12 September 2012

Kacang Tanah Mula Bercambah

Menanam  kacang tanah  ini pada 1/9/12, ditanam terus bersama kulit jadi mengambil masa yang agak lama sikit untuk keluar ke permukaaan tanah.  Selepas 10 hari barulah mula bercambah.

                                                                          Hari Pertama


Hari Kedua



Untuk perkembangan tanaman klik - Kacang Tanah

Saturday, 1 September 2012

Menanam Kacang Tanah

Assalamualaikum,

Bila sebut pasang kacang tanah, teringat akan kacang rebus yang panas2 selalu dijual dipasar malam, memang sedap. Seingat saya dekat malaysia jarang pulak jumpa kacang tanah 'raw' yg belum diposes dijual di pasar2, mungkin ada tetapi tak pernah jumpa setakat ini. Lain pula dekat bumi orang2 berambut afro ini, kacang tanah mentah fresh from garden banyak dijual dipasar2, hampir sepanjang tahun. Murah pulak tu, sekopi susu dalam RM1.70 (FJD1.00). Malangnya, walaupun banyak kacang tanah mentah dijual dan ditanam, tetapi nak mencari kacang tanah mentah yang telah diproses adalah menjadi kesukaran. Mungkin kerana orang2 disini tidak begitu maju dalam teknologi industri atau tak banyak demand untuk kacang mentah yang diproses (tanpa kulit). 

Menanam kacang tanah tidaklah begitu sukar sekiranya kita mempunyai tanah kebun yang gembur dan berpasir. Tanah biasa boleh hidup, tetapi hasilnya tidaklah sebaik kacang yang ditanam ditanah berpasir. Ini kerana kacang yang akan terbentuk didalam tanah akan mudah menembusi tanah yang berpasir dan gembur. Tanaman yang mengambil masa yang agak lama untuk dituai hasilnya iaitu dalam 4 hingga 5 bulan, setiap pokok yang subur boleh menghasilkan dalam lebih kurang 30 biji kacang (bergantung kepada kesuburan). 

Kacang tanah boleh ditanam dalam bekas atau container sekiranya kita dapat menyediakan ruang secukupnya untuk pokok berkembang dan bekas juga dalam diisi dengan tanah yang agak banyak dan tinggi saiznya. Walaubagaimanapun sekiranya kita ingin mendapatkan hasil yang lebih, menyediakan batas tanaman adalah opsyen terbaik, inshaallah hasil lebih banyak dan memuaskan. Batas yang tinggi dan tanah yang baik merupakan kunci untuk mendapat hasil yang menggalakkan. Tanaman tidak memerlukan penjagaan yang rapi, cukuplan dengan menyiram air selepas menyemai benih dan sehingga pokok kelihatan agak besar dan kuat. Namun begitu bila pokok dah besar dan hampir masa untuk berisi, penyiram tidak perlu kerana tanah yang lembap dan berair boleh merosakkan isi didalam tanah. Musim hujan adalah waktu yang paling tidak sesuai untuk menanam kacang tanam daripada pengalaman saya. Hujan berlebihan akan merosakkan isi dan pokok serta menjejaskan tumbesaran dan perkembangan isi bagi pokok yang telah matang.

Untuk menanam kacang, benih yang saya gunakan adalah fresh kacang tanah daripada pasar, ditanam bersama2 dengan kulit, kerana bila berada dalam tanah dan bercambah ia akan terbuka dengan sendirinya cuma mengambil masa yang agak lama sedikit berbanding dengan menanam biji kacang terus didalam tanah.
Teknik menanam adalah mengikut logik masing2 samada hendak membuat lubang berasing2 untuk meletakkan benih atau yang saya lakukan adalah dengan mebuat garisan ditengah2 batas untuk membariskan benih2 dan kemudiannya dikambus balik dengan tanah.

Cara yang saya gunakan ini adalah lebih menjimatkan masa kerana bila garisan dah dibuat lebih senang untuk meletakkan benih secara serentak,

Nampak seperti terlalu banyak benih dan sangat berdekatan kan? Logiknya tidak semua benih akan bercambah dan menjadi anak pokok. Jadi always good to put extra, untuk mengelakkan keciciran dan meningkatkan posibiliti penumbuhan. Bila pokok sudah tumbuh nanti terpulang kepada kita samada untuk merenggangkan jarak antara pokok2 dengan mencabut pokok2 yang berlebih dan tidak diingini.
Benih kacang yang telah selamat disemai, alhamdulillah.

Mungkin kita merasakan kenapalah membuang tenaga, ruang kebun dan masa untuk menanam kacang tanah sedangkan boleh dibeli dari pasar dengan harga yang murah. Seseorang yang suka menanam would look at it in different way, walapun terpaksa menunggu berbulan sebelum dapat hasil, namum saat menuai adalah saat yang paling menyeronokkan , apatah lagi bila kacang direbus sendiri untuk dinikmati seisi keluarga. 

Friday, 31 August 2012

Buang Sunflower, Tanam Kacang Tanah

Assalamualaikum,

Sunflowers nampaknya dah semakin kering dan melayu, daripada yang mula2 sekali berbunga sampailah kepada yang paling bongsu..nak expired dah kot. Tukang kebun pun dah hilang dah angin crazy about sunflower,  last2 dia hampir tak pandang pun....mungkin sebab pd awalnya too much in love with sunflower kot...heheh

Ini bijinya, ingat boleh buat kuaci, tetapi bila buka kulit..ini jer yang kelihatan,
  tak nampak isi pun. tak menjadi atau memang jenis yg tak boleh dimakan, i don't understand...

Last2 tukang kebun decided untuk remove all the sunflower plants, raise garden bed balik dan buat preparation untuk tanam peanut pulak..at least boleh makan kan...

Tak sangka pulak ada sorang budak kecil berminat dengan sunflowers yang mak dia nak buang nie..heheh..

Dah buang semua pokok2 yang pernah menjadi idola tu, maka tinggallah begini akhirnya,
Eh Aidan, how come you are at the back there?cepat betul..hehe

Penat jugak berhempas pulas untuk raise the bed..dengan tanah yang semakin berkurangan..nak jadikan bed setinggi mungkin sebab garden bed untuk peanut, the higher the better. Lagi satu tentang tanah untuk tanam tanaman yang berisi didalam tanah seperti kacang tanah atau carrot, yang terbaik adalah jenis berpasir supaya senang isinya nanti untuk tembus jauh kedalam tanah. Kalau tanah liat, hasilnya memang sikit jerlah .sbb akar dan isi dalam tanah tak dapat berkembang dengan baik. Iniatially ingat nak tanam pokok bunga kat sini, memandangkan tanah kat sini yang paling gembur dan the best untuk groundnuts (fr the experience), maka eloklah teruskan dengan tanam kacang tanah jer - the first and the last for year 2012, inshaallah. Setelah berpenat lelah menyodok & mencangkul tanah untuk ditinggikan setinggi mungkin, ini jer lah yang termampu,

Yang kat belakang tu kobis bulat yang belum sempurna lagi, biarkan dulu...

sebelum
selepas


















Rasanya cukuplah dengan yang termampu tu sebab dah letih nak sodok2, tinggikan tanah to maximise the result. Inshallah apa yang terhasil nanti, alhamdulillah.

Ketinggian batas mungkin yg actualnya dalam 2 jengkal

Belum tanam lagi tuh, siram air & rehatkan batas  dahulu semalaman to settle down...  tukang kebun also need some rest...yang ini pulak,

Pemilihan benih yang terbaik sedang dijalankan...heheh

.... nanti bersambunglah pulak cite tanam kacang tanah.

Nuffnang Ads