Cucumber yang ada dikebun sekarang ini adalah yang batch ke 4 yang ditanam pada tahun ini. Honestly daripada bacth yang pertama hingga ketiga memang tidak memuaskan. Malah batch yang ke 2 dan ke 3 dikira sebagai kegagalan kerana tidak mendapat hasil, hanya dua tiga biji buah dan dibiarkan menjadi benih...fuhhh. So where/ what I should put the blames on?
- Myself - cucumber yang tidak sesuai pada musim lebih sejuk ditanam pada musim sejuk. Sebabnya? kerana menanam hanya ikut variety kegemaran, bukan variety yang sesuai. Last last, sia -sia jer lah sebahagian usaha. Moral of the story - tanamanlah ikut kesesuaian variety, bukan ikut kesukaan tukang kebun.
- Weather - perubahan cuaca yang kadang-kadang tak menentu, dari sejuk kepanas, panas kesejuk. Hujan yang bertaburan tinggi yang tidak menentu juga merosakkan tanaman sewaktu pokok tengah mula berbuah.
So cucumber yang I've planted pada 15/9/12 adalah dari variety yang biasa sahaja, iaitu bukan dari favourite,
Yang banyak dijual dipasar2 mahupun supermarket (banyak biji)
Remember dalam entry yang lepas ada cerita pasal heavy rain dan cucumber yang ditanam itu telah menjadi sebegini rupa,
Ditimpa hujan lebat pada 25/9/12 (3 minggu lepas)
Setelah pokok2 dibaikpulihkan dan dek kerana hujan yang agak kerap kebelakangan ini , pokok2 telah menjadi semakin subur dan lihatlah keadaan mereka pada hari ini, amat menyenangkan mata memandang,
Sulur paut juga telah terbentuk
Awalnya ingat hendak biarkan menjalar atas tanah jer (seperti orang2 disini biasa buat), namun oleh kerena pokok2 sekitarnya masih kecil, takut akan mengganggu pembesaran pokok2 lain, jadi simple trellis atau junjung dibuat pada pagi ini,
Inilah variety yang kurang sesuai dengan cuaca lebih sejuk tetapi rasanya sangat sedap berbanding dengan variety yang ditanam sekarang,
Yang variety seperti ini ada tak kat tanahair? mungkin ada tapi rasa macam jarang jumpa...