Showing posts with label Mayonis. Show all posts
Showing posts with label Mayonis. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

Meng'Homemade' Mayonis Sebelum Raya

Salam Eiduladha tuk semua pembaca blog yang budiman..

Alhamdulillah hari ini barulah turn kami tuk beraya setelah korang telah puas makan daging semalam kan..:)

Aktitivi sehari sebelum raya, dikala menunggu raya..menunggu2 daging jugak heheh..buatlah menda telur campur minyak nie..

Pertama kali membuatnya dulu kalau tak salah 2 tahun yang lepas. Tak pernah dibeli disini...sebabnya kehalalannya tidak dapat dipastikan dan juga penggunaannya adalah tidaklah sekerap mana seperti peanut butter atau marjerin..kalau ade resepi yang memerlukannya dan juga berbaloi untuk dibuat barulah dibuat..bukan apa,homemade nie takde pengawet seperti yang komersial..dalam seminggu jer boleh tahan.

Namun begitu pernah jugak cuba buat lagi selepas percubaan pertama yg terus berjaya tuh..namun mungkin kerana tidak teliti dan nak cepat, maka tidaklah berjaya.

Kali ni tidak putus asa cuba buat lagi sebab ade beberapa projek nak memasak yang memerlukan mayonis nie..so kena study cara membuatnya dengan teliti agar tidak spoil lagi...


Murah jer kos nak buat sendiri nie.. 3 biji telur (amek yang kuning), secawan minyak sayuran (kalau pakai olive oil lagi sedap,namun mahallah),dalam2 sudu besar cuka,garam secukuprasa serta sesudu besar jus limau. Masa untuk menyiapkan dalam 15 minit jer kalau dah paham betul2 caranya..


Disebabkan blender yang sesuai nak buat nie rosak, maka kali nie guna mixer jer penat woo tangan dok handle mende nie.Guna 3 biji telur, amek yg kuning jer putar dalam 1 hingga 2 minit (guna speed rendah), masukkan cuka sesudu, kemudian diputar barang setengah minit lagi. Kemudian part yang paling mencabar dan penat sikit adalah untuk masukkan minyak setitik demi setitik dengan speed yang paling laju sehingga adunan menjadi lebih pekat atau creamy (ini dalam 1/4 cawanlah)..kemudian barulah dimasukkan dengan konstan iaitu boleh masukkan sesudu teh slowly sambil mixer/blender terus berputar..masukkan jugak sesudu cuka lagi..bila dah habes campur minyak, pekat dan nampak cam the real mayonis, barulah masukkan jus lemon dan garam secukup rasa.


Guna mixer penatlah sikit tangan dok putar kalau banding guna blender..somehow dalam 15minit kemudian siaplah sebotol mayonis buatan sendiri, tanpa sebarang pengawet..(label botol tuh tak buang..bukan jam tuh yer..)

So mana lebih bagus, buat sendiri atau beli sendiri dikedai? Kalau beli kat sini regenya dalam $8.00/ RM+/-14.00. kalau buat sendiri kosnya baru tak sampai RM3.00... yang pentingnya kerajinan tuk membuatnyalah kena ade..:)

p/s - nak detail lagi cara buatnya boleh jer gugel dan tengok youtube camaner orang buat..lagi mudah paham.

Nuffnang Ads