Showing posts with label Sarifa/ Nona Serikaya. Show all posts
Showing posts with label Sarifa/ Nona Serikaya. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

Pokok Nona Berbuah Dua Kali

Pertama kali berbuah untuk musimnya adalah hujung tahun lepas dan kami sepatutnya menikmati hasil pada awal tahun. Namun begitu kerana pada hujung tahun lepas jugak Fiji teruk dilanda taufan, maka buah nona yang sedang membesar dan menunggu masak ketika itu terjejas teruk...hanya sedikit sahaja dapat dinikmati.

Somehow miracle dan rahmat dari Allah swt, pokok yang begitu condong kepagar akhirnya berbunga dan berbuah sekali lagi selepas kejadian taufan itu..dan Alhamdulillah mula masak untuk dinikmati pada peluang kedua..:)
 
 Buah nona yang hampir boleh dipetik untuk diperam sebelum dimakan.  Bila dah nampak kulit semakin cerah warnanya dan merekah sikit eloklah dipetik sebelum menjadi habuan sang burung.

 Pokok nona yang berbuah dua kali..perhatikan betapa condongnya..

 Buah nona yang telah masak setelah semalaman diperam. Jika kulitnya agak merekah dan bila dipicit agak lembut, maka readylah ia untuk dimakan.

Isi didalamnya yangg manis bersari..jarang kita jumpa nona yang isinya masam. Kerana kemanisannya jugak buah nie kalau dibiarkan ..biasa mengundang sang semut.

Jika lihat sekali imbas seperti durian belanda dan nona serikaya kan..namun saya dah cuba ketiga-tiganya..yang ternyata buah nona lebih lazat kerana kemanisannya. Orang2 disini memanggil buah nona nie Sarifa..

Saturday, 13 October 2012

Sarifa Yang Dinanti, Nona Pulak Yang Datang...

Sarifa atau noni serikaya masih lagi belum masak dipokok, masih mengambil masa sebelum boleh dinikmati buahnya. Namun hari ini nampaknya buah nona pula berada dirumah. Kami telah berbual2 tentang kedua-dua buah ini termasuk durian belanda, hari ini Abuaidan telah membawanya pulang dari pasar untuk dicuba.

 Inilah buah nona, rupa luaran memang jauh berbeza dengan nona serikaya. Kulit luarnya juga agak keras kalau belum betul2 masak

 Masak apablila ditekan  buahnya terasa lembut, buka untuk melihat isi didalam

 Rupa isi didalam seperti isi nona serikaya namun agaknya belum betul2 ranum 
(betul2 ranum jika isi lebih lembik dan berair)

Close-up isi didalam, rasa seperti in between durian belanda dan nona serikaya, namum nona serikaya lebih manis dan sedap lagi walaupun dimakan sebelum betul2 ranum.

Beginilah bijinya - sama seperti biji nona serikaya

Memandangkan Aidan telah menghabiskan sebiji buah ini walaupun pertama kali makan, jadi kesimpulannya buah ini sedaplah jugak. Sebenarnya cakap kat dia yang ini buah sarifa, hehehe....


Nak tengok macam mana rupa buah sarifa atau nona serikaya klik disini.

Nuffnang Ads