Pokok kacang dhal cuma berbuah sekali sahaja iaitu masa musim yang lebih sejuk..selepas itu pokok mula mengering..nak hasil lagi, kena tanam lagi..
Daripada 2 pokok yang ditanam..hasilnya memang tak berhabisan ..dan yang ini mungkin tuaian yang penghabisan..yang tinggal diatas pokok sudah menjadi sangat kering dan sesuai dibuat dhal.
Sebesen besar kacang dhal yang dituai
Bercampur-campur..ade yang dah matang ade yang belum
Setelah dibersihkan..hampir separuh bekas
Kacang dhal - kulit lebih cerah tandanya sudah matang manakala yang hijau belum cukup matang...namun begitu mana2 pun boleh dimasak.
Untuk entry tentant pokok dhal klik sini