Showing posts with label Tapioca/ Ubi Kayu. Show all posts
Showing posts with label Tapioca/ Ubi Kayu. Show all posts

Tuesday, 3 June 2014

Ulam Pucuk Ubi

Pelik kan bila seorang yang berjiwa kampung yang sukakan ulam-ulaman
belakang umahnya pulak banyak tanam pokok ubi kayu
Namun tak pernah petik pucuk ubi tuh buat ulam
Hinggalah beberapa hari yang lepas...

Actually aku pernah kutip pucuk ubi tuk buat ulam..
aku rebus bersama-sama ngan jantung pisang, terung dan segala ulam rebus yang lain..
Bila bersedia tuk makan dengan semangatnya..
patah semangat sebab pahit rasanya..
Pucuk ubi pahit, jantung pisang pahit..
Aku takut lagi nak cuba lepas tuh..tak tahu siapakah punca pahit tu..
Hinggalah ade keberanian baru tuk mencuba..

Sungguh tidak pahit, malah manis dan sedap rasanya...
Macam kemaruk pulak nak makan ulam pucuk ubi cicah budu...
Tapinya jenuh jugak nak tunggu pokok2 ubi tuh berpucuk balik baru dapat makan...huhuh

Saturday, 29 March 2014

Ubi Kayu in the Making


Kejap sangat rasanya yang baru ditanam nie membesar. Rasanya hujung tahun lepas tukang kebun tanam, kini dah setinggi rumah dah. Kalau ubinya lak tak surelahdah berisi ker blom..biasanya dalam 9 bulan jugak nak dapatkan yang sedang elok. Tapi kami biasanya mula menggali dekat setahun usia jugak.

Rasanya faktor cuaca yang banyak memainkan peranan membantu pembesaran pokok ubi kayu. Dengan taburan dan kekerapan hujan yang agak tinggi dalam tahun nie nampak cepat sangat besar dan subur..kalau dulu lama jugak tunggu nak setinggi nie.

Kalau bagi orang2 asli Fiji ubikayu adalah salah satu makanan asasi mereka..macam kita makan nasiklah dorang makan. Kalau kami adelah sekali sekala rebus dalam sebulan tuh..ade jugak buah kuih..dan sekarang tunggu tuk buat tapai lak...inshaallah..:)

Friday, 21 June 2013

Hasil Dari Membongkar Kebun Rahsia

Dah dua hari mendung dan hujan turun dengan yg kadar cukup untuk melembutkan serta membasahkan bumi. Dalam hati dok berkira - kira untuk membuat sesuatu..jajan ker untuk anak bujang sorang nie makan ketika maknya berpantang nanti..taklah asyik makan biskut ataupun junk food jer nanti...

Big boss masih lagi tak dapat menggunakan tangannya untuk membuat kerja2 berat..sakit otot bahu masih lagi belum pulih (tarik sikit dah terjerit). Yang mak buyung lak terasa masih ade saki baki energy dengan diberi sedikit masa lagi. So pagi semalam dengan gardening fork yang besar, kurung budak kecik tuh dalam rumah..turun gali isi yang dalam kebun rahsia nie (klik sini napa panggil kebun rahsia)..

Kemudian instead of tanam balik yang sama, gantikan dengan keledek kuning lak..agar dapat digunakan sebagai makanan baby dalam 6 bulan akan datang..keledek kuning nie kadang susah nak dapat kat pasar.

Berbalik kepada isi dari kebun rahsia tadi..setelah digali dalam 2 rumpun berpeluh2..dicuci2..dipotong2, disagat2....digoreng..maka menjadilah all time ferevet kerepek semua orang dalam umah nie..sepagi jugaklah bekerja.. naik sembap jadinya kaki ..


Sebaik sahaja masak dah ade pembeli kecik dok nunggu..sepanjang dok menggoreng..sepanjang itu jugaklah dia dok berulang alik memenuhkan bekasnya hingga terpaksa skip lunch sebab perut kenyang ngan kerepek.

Sebanyak ini sahaja tinggal setelah siap semuanya..yang sold out adalah setengah balang kot (plus masuk perut mak sekali, yg bapak lak rs sikit jer sebab puasa). Malamnya yg budak kecik tuh nak makan kerepek lagi taknak dinner..pagi nie pun nak lagi..hohohoh..nampak gayanya sold out sebelum mula pantang kalau  gini gayanya lagu nie....hmmmm..tak jadi bekal lah gitu..kena sembunyikan kat tempat yg dia tak tahu nampaknya nie..

Saturday, 6 October 2012

Sesuai Untuk Orang Yang Agak Malas

Sejenis tanaman yang tidak memerlukan penjagaan, boleh ditanam dan ditinggal begitu sahaja untuk tempoh yang lama, tidak perlu risau akan masalah-masalah tanaman. Juga tanaman yang paling sesuai dimusim hujan, cepat sahaja tumbuh.

Keratan-keratan dari batang pokok yang telah matang, pacakkan sahaja kedalam tanah
 yang telah dicangkul dan dilonggarkan. Mana yang sudi akan tumbuh sendiri inshaallah.

Bila tanaman lain 'susah hati' dengan kelembapan yang lebih, ianya sangat menyukai 
tanah yang lembap untuk awal pertumbuhan.  Baru semiggu lebih dipacak,
 kerana hujan yang kerap sekejap sahaja tumbuh.

Yang sama dengannya, kini 4 bulan lebih usia. Mampu hidup walaupun berada ditepi rumah
 dan dihadang oleh pokok-pokok pagar daripada mendapat cahaya matahari sepenuhnya.

Tidak hairanlah dinegara ini tanaman ini ditanam dimerata-rata tempat dan merupakan makanan asas penduduk native (asli). Jika malas bekerja pun mereka masih boleh hidup dengan gembira walaupun hanya cassava yang mampu dijadikan suapan harian. 

 Cassava atau ubi kayu yang ditanam besar-besaran diseberang jalan oleh penghuni 
pusat pemulihan penjara sebagai makanan utama mereka.

Bukanlah hendak mengatakan penduduk negara ini malas, tetapi tanaman ini memang senang hidup dan  tidak sesusah dan berisiko seperti menanam padi. Iika kita malas hendak bertanam sekurang-kurangnya kita boleh mencuba dengan menanam ubi kayu dahulu. Setidak-tidaknya ada juga tanaman yang kita pernah tanam. Dalam musim hujan dan banjir pun seronok juga makan ubi kayu dengan kelapa parut. 

Wednesday, 8 August 2012

Kebun Rahsia

Assalamualaikum,
kawasan yang baru dibersih
     Hujan renyai2 dari semalam sampai ke pagi ni. Bila hujan lebat biasanya benda yg mesti diselamatkan adalah seeds containers, bila masuk air lebih2 sgt boleh rosak, (sia2 dan membazir usaha dan benih). Abu dah selamat pergi kerja, nak keluar tgk kebun - sejuk tambahan pula demam selsema dan batuk, nak rest atau tidur-susah. Aidan keep disturbing, itu ini, suruh main ngan toys dia lah (to have peace of mind kena bg dia tgk Dinosaur's documentary ataupun Tom&Jerry barulah  senyap) . Nak mula buat biskut raya, rasa tak larat. Tapi bila bangun dan cuba buat kerja maka rasa sehat sikit. Jadi pagi ni cuba siapkan entry untuk hari ini yg telah dibuat sikit2 sblm ni.
    Ini cerita tentang satu tanaman yang ada kat kebun ini masih belum diceritakan kat dalam blog ini, namun bukanlah tanaman jenis sayuran tetapi tanaman utama dibumi Fiji ini. Ia merupakan makanan asasi bagi penduduk yang asli iaitu Fijian (Orang Fiji). Seperti kat M'sia nasi makanan ruji namun kat sini tanaman inilah, tapi saya tetap makan nasi seperti kat M'sia. 
alat menggembur tanah
    Ubi kayu atau tapioca atau disini dikenali dengan nama Cassava. Fijian people makan cassava dengan merebus kemudian dimakan bersama2 dengan curry samada curry ikan atau ayam atau apa2 yg berkuah (macam kita makan nasi dengan lauk). Mereka  tak tahu makan ubi kayu dengan kelapa parut digaul gula, atau pengat ubi kayu. tapi tepung Boko ubi kayu mereka juga pandai buat (they called it Bokololo).
keratan batang ubi kayu untuk ditanam
      Kami sekeluarga tidak makan ubi kayu kerap sangat cuma kadang2 sahaja. Ada tu sebulan sekali pun tak jumpa, bila teringin baru digali dan dimasak. Tetapi ubi kayu yang kami tanam agak banyak, terutama dari jenis ubi kuning. . Sebenarnya ditanam banyak untuk tujuan buat kerepek ubi (buat sendiri). Orang2 kat sini kebanyakkannya tidak pernah makan kerepek ubi kayu walaupun mereka tanam ubi kayu dimana sahaja, so bila saya perkenalkan ternyata mereka sangat menyukainya.
siap ditanam 21/5/12
   Dahulunya kerja2 menaman dan menguruskan ubi kayu ni kerja Abu, tapi  oleh kerena dia terlalu sibuk dengan kerja2 sekolah dan works for Qawm jadi dia tak mempnuyai cukup masa untuk beriadah mahupun berekreasi lepas balik kerja kecuali cuti sekolah. Since saya sudah menjadi official manager dan tukang  kebun kat rumah ini kenalah cari masa untuk buat kerja2 yang termampu untuk memanfaatkan tanah yang ada.
10 hari kemudian anak mula tumbuh
  Dipanggil kebun rahsia kerana letak nya agak tersembunyi dan jarang dimasuki jika tiada keperluan.Jika tengok dari luar memang tak perasan yang ada tanam ubi kayu kat sebelah sini. Sebenarnya kebun ubi kayu ini berada dibhg sisi rumah yang bersebelahan dengan rumah Fijian family. Untuk lebih privacy, Abu telah menamam pokok pagar atau 'hedge plants' untuk menutupi pagar yang berjiranan dengan Fijian tadi. Disebabkan adanya 'hedges' yang tebal (menghalang cahaya matahari) dan berdekatan dengan rumah maka kebanyakkan tanaman susah untuk hidup subur pada bahagian ini, saya pernah cuba menanam jagung tapi tidak berhasil, begitu juga denga sayuran hijau. Tetapi bagi ubi kayu tiada masalah, mereka dapat hidup dan berhasil walaupun tidak mendapat cahanya matahari sepenuhnya.
hampir sebulan usia
   Dua jenis ubi kayu ditanam iaitu yang kuning dan putih agak2 pink warna kulinya. Ubi jenis kuning banyak ditanam memandangkan ubi kayu jenis ubi putih tidak sesuai untuk dibuat kerepek, saya telah mencuba tetapi tidak menjadi - terasa keras dan tidak rangup seperti menggunakan ubi kuning. Ubi putih mula ditanam tahun lepas selepas Bumbu (nenek) yg jiran Fijian memberikan kami batang2 untuk ditanam Mengikut sumber yang saya dapati dari internet, ubi kayu memakan masa sekurang-kurangnya 8 bulan sebelum boleh dituai hasilnya (saiz sederhana besar), jika awal dari itu mungkin boleh tetapi isi mungkin sangat kecil.
     Sekarang setelah lebih 2 bulan ditanam pokok2 ubi kayu nampaknya telah membesar dengan sihatnya, alhamdulillah, tetapi masih memerlukan masa beberapa bulan lagi sebelum ubinya boleh digunakan.
nampak tak 'hedges' yang begitu tinggi dan menebal sebelahnya

Untuk resepi kerepek ubi kayu:  Homemade Kerepek Ubi Kayu

Nuffnang Ads