Showing posts with label Masak Nasi. Show all posts
Showing posts with label Masak Nasi. Show all posts

Sunday, 26 May 2013

Masak Nasi Cara Alternatif

Katakan tiba2 periuk nasi anda rosak sewaktu hendak masak lunch..(perut pun lapar masa tuh).. hendak pergi restauran pun agak jauh kena naik kereta, malas pun yer jugak.. hendak masak guna periuk biasa, tak biasa..takut nasi tak masak atau terlebih lembik...jadi ade satu alternatif lagi boleh digunakan...

Memasak nasi Indian style. ..heheh. since dok sini banyak belajar cara masakan depa kan..heheh.. cara nie actually lebih senang dan praktikal dari cara masak dalam periuk biasa dan anggar air...

Kaedahnya :

  • Mencuci beras seperti biasa..kemudian masukkan air..pastikan air yang dimasukkan adalah 3 kali ganda (kalau beras suku..level air tuh mestilah lebih 3/4 daripada periuk..)..sebab kalau air sikit...susah lak nak buang air sebab nasi jadi pekat..banyak air lagi bagus..guna periuk besar sket...
  • Dimasak menggunakan api biasa..cuma keep checking ngan senduk samada beras dah cam masak atau tidak..boleh kaut sikit dan try makan..kalau masak boleh tutup api...

Salah satu tanda nasi dah masak juga adalah butir nasi kelihatan terbelah kebanyakkannya..tapi bukanlah pecah2...
  • Kemudian buang air yang bercampur ngan nasi sekering mungkin..tutup periuk untuk mengelakkan nasi daripada terkeluar..
Keringkan sekering mungkin

  • Lepas tuh..dah siaplah....tutup periuk dan biarkan 5 minit sebelum dihidangkan..

Sebenarnya banyak kebaikan masak beras camni walaupun tidak releks seperti masak ngan rice cooker..antaranya boleh mengurangkan kanji (starch) yang berlebihan yang terkandung dalam nasi dengan membuang air beras yg berwarna putih setelah dimasak. Nasi dengan kandungan kanji yg rendah boleh mengelakkan kegemukan..sesuailah untuk orang yg diet..

Satu lagi kebaikan cara nie adalah nasi tak melekat diperiuk ..senang nak cuci berbanding ngan nasi yang dimasak didalam periuk biasa dan meletakkan air.

Somehow..beras yang dimasak dengan rice cooker atau tanpa membuang air rasanya lebih sedap kerana kandungan kanjinya itu..so pilihlah cara ikut selerea..:)

Nuffnang Ads