Showing posts with label chilies. Show all posts
Showing posts with label chilies. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

Tak Cukup Pedas

Macam tidak sempurna kalau makan nasik atau mee tidak pedas kan...macam tak puas gitu...sebagai penggemar cili yang tegar, aku kengkadang walau dah gelap dah kat luar rumah atau dah mula makan tetiba sedar yang tiada cili mengirinya ..sanggup kuar kelaman gie kutip...huhuhu

Tapi dimusim yang lebih sejuk nie..memang tak puas makan cili..tak cukup gitu..

Pokok ade beberapa pokok..tapi semuanya tidak 'excellent' berbuah...bila kutip tiap2hari, masuk hari ketiga keempat yang tinggal pun yang dah tak pedas dah...atau yang muda jerr...

Banyak masalah ngan cuaca yang kurang sesuai nie..

 Ingat2 boleh tunggu jadi lebih besar dan masak..

Namun banyak yang jadi melecur gini..... kurang pasti sebabnya..tak cukup zat yer? malas lah plak mak nak letak2 baja nie...huhuhu

Buah pun kecik2 saiznya..2 tiga biji mana cukup kan buat ulam..kadang belum sempat masak dah kena copet ngan che berparuh..takpun melecur jugak sesetengahnya..

Nie jer dapat petik selepas 2 hari tak memetik..belum tentu pedasnya cukup lagi nie..

Beli kat kodai?sure En. yang tak makan cili tuh akan bising sikit..tanam punyalah banyak, takder cili eh? dah tuh plak kalo beli lepas 2 atau 3 hari dah tak fresh dah...

Aku kena buat penjimatan makan cili gini nampaknya...hmmmm

Saturday, 25 January 2014

Cili Melecur

Walaupun cili adalah tanaman tropika dalam erti kata lain negara beriklim panaslah, ditanam dinegara beriklim tropika namun faktor suhu juga memainkan peranan dalam kejayaan menanam cili samada dirumah mahupun diladang..Ade sesetengah cili tahan kepada kepanasan, ade jugak yang tak dapat survive dengan baik walaupun mampu berbuah...

Dikatakan suhu yang paling sesuai tuk tanaman cili amnya adalah 20 hingga 40 darjah, namun tuk cili kulai adalah diantara 28 hingga 29 darjah yang terbaik..

Dan memang terbukti betul pun dengan pengalaman menanam cili sendiri nie..sekarang suhu dimusim teramat panas mencecah 36 darjah celcius...inilah yang terjadi pada cili2 dilamanku..

 Nampak tak cili nie melecur hampir seluruh badan...part mana lagi yang boleh dimakan yer.tengok pun tak menyelerakan...huhuh

 Cili seperti cili kulai nie actually rancak berbuah dimusim panas nie, namun lihatlah hampir semua buah tidak menjadi..dari kecik sudah tak tahan panas..menjadi kekeringan..hmmm hilang satu sumber cili febret...

Namun tidak pulak bagi yang nie..

Ini cili jenis lain daripada yang diatas..kulit lebih tebal..setakat nie masih belum kelihatan melecur walaupun sebiji..namun daripada pengalaman lepas ade gak yang tak tahan kepanasan..cili nie hmmm memang teramat pedas..makan sebiji pun dah rasa nak terbang macam monyet dalam cerita monyet dan kura2...hhohoho..

Untungkan kalau kita tanam cili banyak2 dilaman, bila satu tak perform at least ade lagi back up yang lain...kalau mengharapkan sepokok jer jawabnya tak sempurnalah hidangan bila yg sepokok tuh bermasalah...

Saturday, 28 December 2013

Cili Yang Sempat Masak

Sejak beranakkan Arissa rasanya citarasa cili telah beralih kepada cili besar yang sedap dibuat ulam mentah begitu sahaja makan dengan nasi. Jarang-jarang sangat petik cili burung untuk buat ulam sementelah takder stok budu..

Kalau sebelum nie memang jarang dilihat cili sempat masak merah dipokok..belum sempat kuning lagi dah ade yang menyambarnya..kalau bukan yang berkaki dua berkepala hitam bersayap..yang berkaki dua, bertangan dua pulak tak membiarkanya hidup senang-senang begitu sahaja...


Kini jadi lain cerita lak..bila kurang makan,kurang dituai..tambah plak dah terlindung dibalik pokok ulam raja yang meraja kat belakang tuh ..si berparuh tak nampak nak curik..akhirnya alhamdulillah menjadi masak jugak mereka nie...banyak plak tuh...


Kesemua yang masak dah selamat dituai..banyak jugak nie kalau beli mungkin 50sen kot..fresh gitu..harus kena buat sambal belacan kan..dapat bayangkan kepedasannya...

Sunday, 1 September 2013

Strategi & Tips Menanam Cili Dirumah

Cili adalah salah satu tanaman yang perlu ada dan ditanam dilaman rumah bagi sesiapa yang berhalaman rumah..kalau duduk kondo atau apartment tuh susahlah sikit kan sebab masalah ruang. Ini adalah kerana jika kita tanam cili sendiri kat rumah senang..nak makan cili segar petik jer kat pokok, anytime..jimat duit dapur pun satu..cili yang dibeli biasanya tak tahan lama, lepas 2,3 hari dah buruk..

Walaupun dalam rumah nie tuan blog sorang jer yang makan cili, namun stok cili jarang putus...dan jarang sangatlah beli kat pasar..semuanya fresh dari ladang..

Strategi diatur since awal tahun nie bilamana pernah keputusan bekalan cili akibat pokok mati,kena mesin rumput dan cili tak berbuah..banyak cili pelbagai jenis ditanam tahun nie..alhamdulillah sekarang nie tak berhabisan nak petik..

Cili jenis panjang seperti cili kulai. Pokoknya yang paling besar dan subur serta menghasilkan banyak buah. Ditanam ditepi greenhouse.

 Cili burung, cili kulai yang ditanam berdekatan ngan pokok dhal

4 jenis cili - cili kulai, cili besar tempatan, cili cayenne serta cili burung yang ditanam diluar.

Cili yang ditanam ditepi pagar - cili burung, cili kulai serta cayenne..

Sebenarnya strategi tukang kebun bukan gempak pun dalam tanam cili nie..cuma tanam cili banyak2 dibeberapa tempat..boleh tengok yang mana hidup lebih subur..boleh buat spare kalau ade yang mati..

Tips untuk mudah menumbuhkan cili adalah menggunakan benih yang fresh..kalau cili yang masak yang kita beli kat pasar atau masak kat pokok lagi bagus..mudah tumbuh. Keduanya cili kalau kuantiti tak banyak jangan tanam ditengah2 matahari terik, namun cepat kepanasan buahnya..tanam ditempat yang ade teduhan..malah yang kami tanam bawah pokok besar pun berbuah sakan jugak walaupun tak kena matahari sepenuhnya..Dan juga menyiram dengan keraplah jugak agar lebih subur..kalau kurang air jugak cili boleh jadi tersangat pedas nanti...

Ini hanya dari pengalaman kami sendiri, mudah jer..kaedah2 yang canggih tidaklah diketahui..

p/s - sorry BW mungkin tergendala..harap maaf..

Friday, 26 July 2013

Jangan Monyet..Jangan..

Ingat tak cerita dongeng zaman kita masih kanak2 dahulu..tentang seekor monyet yang bersahabat dengan kura-kura?..malah pernah ade kartunnya kan kat tv..cukup minat kan..heheh..

Suatu hari monyet dan kura2 berjalan2 dihutan..kemudian ternampaklah simonyet akan suatu yang menarik perhatiannya...ok..cukup..cukup taknak ulang cerita pasal dongeng tuh kat sini..

Cuma nak share kan situasi yang sama ngan monyet tuhlah..

Tukang kebun bila intai2 kebun 2 hari sekali..bila ternampak dek pokok ini..memang berperasaan seperti monyet tuh..hihih

 Ini dari dekat baru perasan nie..

Melihat akan buahnya yang lebat walaupun masih hijau memang cukup menggoda..

Namun begitu,mak dalam pantang belum cair lagi imannya betul2 ngan buah2 cili nie, walaupun dok terbayang2 kalau makan buat ulam mentah memang penuh nikmatnya, namun masih lagi dapat menahan diri drp jadi macam monyet tuh...

Walau bagaimanapun Ahad yang lepas dipetik jugak cili nie,

Daripada dok terbiar dipokok, menjadi mangsa burung dan semut..eloklah menjadi santapan orang yang boleh menikmatinya..akhirnya jadi rezki seorang rakan yang datang melawat Arissa Ahad lepas..

Inshaallah bila dah cukup 40 hari nanti..cili inilah yang akan dicari2 terlebih dahulu daripada kuih2 raya..aaahhh..kempunannya..:)

p/s - NorhidanaMiswan, tinggalkan link blog awak yer kat komen box..akak tak dpt nak trace..tq..:)

Saturday, 8 June 2013

Our First Cute Little Long Chili

Tersenyum sendiri tukang kebun bila ternampak sebiji cili pada pokok yang terkecil ditanam. Macam tidak percaya..buah cili kecil lagi comel..cili panjang seperti cili kulai yang ditunggu-tunggu..

Inilah cili panjang yang sulong..ade beberapa pokok lagi yang sejenisnya sedang berbunga namun ia merupakan buah pertama yang bertuah...

Sebesar cili burung yang kecil jika diukur. Tapi  melihatkan bentuknya memang berbeza..cili panjang yg kecil tuh mempunyai bentuk yang lebih menarik.

Inilah pokoknya yang belum cukup besar lagi..cepat2 tukang kebun letak baja agar menjadi lebih subur inshaallah.

Harap2 cili panjang nie dapat dituai sebelum berpantang..kang dalam pantang takleh makan cili lak..nampaknya kena simpan tuk buat cili keringlah jawabnya yg mana berbuah masak masa tuh.

Saturday, 1 June 2013

Projek Tanaman 4 Jenis Cili

Kebelakangan ini agak tidak berpuas hati dengan bekalan cili yang ade di'ladang' sendiri.. hampir kepupusan bekalan dan bekalan yang ade tidak memuaskan hati..

Semuanya cili ..tp kepuasan yang berbeza..yang berwarna hijau tuh adalah cili yang asal dari tanahair...manakala yang kecik tuh cili hutan yang tumbuh sendiri. Cili dari M'sia semakin berkurang buahnya dan pernah keputusan, mungkin pokok dah tua kot..kerana tak mau tunggu..dah hijau pun petik dah...

Inilah cili cilik hutan yang tumbuh sendiri..berbuah lebat namun tidak puas makan..sangat kecik dan perlu kutip lebih banyak untuk sekali makan. Sebab tiada choice, terpaksa jugak amek cili hutan nie...

So untuk back up plan, projek menanam 4 jenis cili telah dimulakan dari lebih sebulan yang lepas..agar mendapat bekalan secukupnya...inshaallah..

Yang masih dalam semaian nie benih cili tempatan..ianya berbuah walaupun cili Malaysia tidak berbuah..so back up planlah kiranya...1st choice mesti cili dari tanahairnya...:)

Juga projek tanaman 2 jenis cili besar yang berbeza walaupun kelihatan bentuknya sama... yang gelap sikit dipanggil capsicum Red Cayenne..dan yang pokok lebih cerah mungkin jenis seperti cili kulai...ditanam dibeberapa lokasi agar kebarangkalian untuk berjaya lebih tinggi..inshaallah..

Macam nie lah cili yang ditanam..bentuk panjang2 gitu..bila dah berbuah nanti bolehlah tahu sama jenis atau tidak..:)..inshaallah.

Dan juga cili dari Malaysia..yang dijadikan warisan..turut disemai dan akan ditanam. Sememangnya cili M'sia yang terbaik untuk cili jenis kecil kerana rasa pedasnya mencukupi..

Cili Malaysia yang masih dalam semaian..

Friday, 1 March 2013

Cili Fiji, Cili Malaysia, Orang Tetap Melayu

Penggemar cili yang tegar tidak boleh berpisah dengan cili. Alhamdulillah dibumi pasifik nie tidak susah untuk mendapatkan cili sebab iklim tropika yang lebih kurang sama ngan sama membolehkannya hidup dengan mudah. Pun begitu limited lah jenis2 cilinya..tak seperti di Malaysia yang lebih dengan pelbagai baka cili. Apapun baiklah ade dari takder langsung kan.

Cili Kecil :
gambar credit samapndya.truspas.alibaba.com

Cili kecil yang mula didapati kat sini adalah cili yg sangat kecil ataupun dipanggil wild chilies. Mungkin saiznya 1/3 drp lada burung yang biasa. Wild chilies nie macam tak puas nak makan..tak terasa sangat sebab kecik..so kalau nak letak dalam budu atau dalam masakan kenalah letak banyak2.


Cili kecil yang hampir sama ngan cili di malaysia pun ade..tp rsnya agak lain sedikit, so untuk kepuasan tukang kebun masa balik M'sia tahun 2010 seludup sikit cili burung tempatan buat tanam disini.

Cili Besar,


Cili besar yg terdapat disni pula memang sejenis sahaja (didalam gambar diatas)..sebesar jari telunjuk dewasa. tidak boleh bermimpilah untuk makan cili yang besar rangup letak dalam sayur mahupun dibuat solok. Lepas tuh plak tersangatlah pedasnya. Cili kering jugak adalah kecil seperti cili besar yang fresh, so kalau nak mesin kena beli banyak2...hhuhuh.

Namun begitu cili malaysia yang ade dikebun sekarang nie mcm tak berbuah pula sejak sebulan yang lepas, sedangkan local fiji pula banyak dijual dipasar. Cili2 besar plak semuanya dah mati kerana serangan taufan yang lepas. Yang pokok cili besar benih dari M'sia pula habis dimesin pemesin rumput. Maka dengan kekangan cili2 nie, tukang kebun telah mengadakan back-up plan dengan menyemai kembali cili2 besar dan kecil dengan benih daripada fresh cili yang beli dipasar.

Cili Fiji, Cili Malaysia, Orang Melayu tetap Melayu yang susah kalau hidup tanpa cili...:)


Saturday, 25 August 2012

Cili Tak Tahan Panas

Assalamualaikum,
Kebelakangan ini cuaca siang hari agak panas, mlm pula alhamdulillah masih lagi boleh berselimut tebal. Matahari pula naik agak cepat pukul 6 dah cerah, subuh disini pukul 5.00am. isyak pulak pukul 7.30pm, kehadapan nanti akan jadi siang lebih panjang dari malam pulak. Biasanya dalam bulan Oct bermulalah daylight saving.

Cuaca panas bukan sahaja kita manusia ni yang tak tahan tumbuhan pun sesetengahnya samalah keadaan dengan kita. Cili yang kebanyakkan pedas juga tak tahan panas, lihatlah nasibnya..

Cili2 yang paling besar yang boleh didapati disini, tetapi tidaklah sebesar cili besar kat tanahair, ini kira setengah dari saiz cili besar dai tanahair yang selalu kita letak dalam gulai mahupun hiasan dlm masakan & gorengan seperti mee & meehon. Lebih besar daripada ini, impossible! tak boleh dpt. even cili kering yang dibeli dari pasar juga kecil seperti ini saiznya. Kalau teringin nak buat 'solok lada' masakan Kelantan memang tak dapt.

Inilah rupa cili besar ini jika tidak kekeringan dan sihat,
 Pokoknya pula boleh tahan besarnya,
Pokok ni dah tua ni, kena buat plan untuk tanam yang baru pulak nampaknya.

Sekarang ni hampir tidak ada cili besar dipokok yang boleh dipetik untuk digunakan dalam masakan, semuanya kekeringan. Saya juga jarang dapat melihat cili ini masak sehingga merah warnanya. Tak tahulah sebab burung atau sebab tuannya yang cepat sangat mengutip, kecuali cili yang saya tanam awal2 dahulu bila dah  hampir berbuah, kami balik ketanahair hampir dua bulan, dan bila balik kesini balik surprised banyaknya cili masak merah . Dalam rumah ini cuma UmmAidan jer yang makan cili, Abunya tak tahan pedas, Aidan jgn cakaplah lah kan. Kadang2 ada juga curi2 letak dalam kari yang dimakan bersama tapi tak potonglah, takut pedas pulak yang 2 orang yang tak tahan peda tuh. Rindu betul rasanya nak makan cili hijau besar seperti ditanahair, potong letak dalam sayur atau kari, rangup & sedap atau makan bersama budu...

Cili kecik juga mengalami nasib yang hampir sama tetapi tak seserius cili besar

Pokok2 cili yang ditanam dekat dengan koridor dapur supaya senang nak petik bila perlu..

Dalam greenhouse pun ada jugak pokok cili kecil yang ditanam, malah pokoknya lebih besar & sihat bebanding pokok cili kecil yang kat luar ini,

Ini pula yang tumbuh sendiri mungkin benih daripada buah yang dimakan burung, dah mula berbunga. Tapi melihatkan daunnya, rasa saya ini jenis cili yang lebih kecil yang bila makan pun tak puas walaupun pedasnya boleh tahan.

Tak cukup dengan yang ada tuh, lagi saya tanam didalam greenhouse ini sebagai 'backup', manalah tau kalau2 pokok cili yang ada tuh mati kekeringan nanti taknaklah keputusan bekalan fresh cili,
Juga cili kecil seperti yang dah ada ditanam.Agak dekat dengan pokok 'hedges' sebab daripada pemerhatian saya cili yang tidak mendapat direct sun kadang2 lebih subur daripada yg berada ditempat terbuka, tak tahulah..cuma sekadar teori & percubaan daripada pemerhatian, kalau tak menjadi pun nothing to lose.

Cuba kita pikirkan, jika beli cili dari kedai 50sen pun dah banyak. Tetapi sebanyak itu boleh tak dihabiskan dalam bbrp hari (kalau keluarga kecil), dan kalau makan masa berhari2 nak habiskan, cili pun dah jadi tak sesegar mana dan semakin buruk. Tetapi kalau tanam sendiri, bila2 masa jer boleh petik yang segar dan tak perlu bimbang cili akan menjadi buruk. Jadi jika ada ruang, tanamlah dimana2 walau dalam pasu pun.

Tanpa cili rasa tak sempurna kan hidangan kita. Namun kalau terlebih cili boleh mendatangkan penyakit jugak akhirnya seperti buasir & sebagainya. Jadi eloklah kita berpada-pada & beringat dalam pemakanan.

Tuesday, 12 June 2012

Can't get from the Market

Look then at the results of Allah's mercy, how He revives the earth after its death. Verily, that ﴿is the one Who﴾ shall indeed raise the dead, and He is able to do all things) - (30:50)


Assalamualaikum,


The changes in weather can make a lot of different for plants, especially vegetables.
those tropical veges then don't perform well during cooler weather.likewise for cool weather vegetables.. 


for example chilies, the prefer heat than cold..so during cool season they can't be found in market very much, somehow my chilies still fruiting and giving quite enough supply,(tp tak berapa pedas sgt)




And the eggplant (terung), memang long time can't get it anywhere since cool season started and not even from garden. somehow just this few day, when the weather was bit hot and rainy, our terung produced one small friut,






Wassalam

Nuffnang Ads