Showing posts with label masakan daging. Show all posts
Showing posts with label masakan daging. Show all posts

Thursday, 5 December 2013

Cubaan 20 Masakan Daging - Murtabak & Kebab Roti Pita

Masih lagi dalam percubaan untuk mempelajari 20 jenis masakan berasaskan daging..at least sebelum daging semakin pupus dari deep freezer tuh adalah jugak pengalaman memasak pelbagai kan..

Ini yang last week punyer menu..tak boleh masak daging kerap sangat big boss tak suka katanya tak elok tuk kesihatan kalau consume too much...2 kali seminggu reasonable enough lah kan..

Cubaan# 16 - Murtabak Daging


Macam tidak percaya boleh masak murtabak sendiri setelah digugel resepi dari internet..tak berani buat sebelum nie sebab tak reti nak buat kulit yang cam roti canai nyer adunan..anyway pernah cuba buat roti canai before dan menjadi, so beranilah cuba buat inti murtabak...alhamdulillah memang seperti yang kat pasar malam rasanya..betul nie..


So the next day pun buat sekali lagi sebab ade roti canai yang tak habis di tebar...macam kenduri murtabak plak..makan sepuas hati..hihih. Pasni kalau balik M'sia pun inshaallah buat sendiri jer murtabak nie...lagi murah dan boleh makan sepuas hati..

Cubaan#17 - Kebab Roti Pita


Lama teringin nak buat dan makan kebab roti pita nie..tertangguh2 kerana big boss nak makan kebab style lain. Alhamdulillah last week sempat jugak buat. Roti pita tuh adalah lebanese bread, memang senang nak buat, sedap pun sedap. Daging kebab pula perapan tuh menggunakan gabungan pelbagai resepi lah. Yang menjadikan kebab nie sedap kerana dinikmati bersama-sama salad/ sayuran berserta mayonis dan sos cili. Ah mengingatkan kegilaan terhdapa Kyros kebab dahulu..yang nie pun almost close to it daa..:)

Friday, 22 November 2013

Cubaan 20 Masakan Daging Minggu 5&6 - Menu from Heaven 12 to 16

Masih tetap meneruskan percubaan untuk memasak pelbagai resepi daging sekurang-kurangnya 20 jenis..dah masuk minggu ke 5 dah..huhuh. 

Ikutkan hati cuma nak masak daging goreng kunyit ngan kacang jer, tu pun dah cukup puas ati..hehhe

Mari kita tengok menu last weekn this week..yg from heaven tuh exaggerate jer..:)

Cubaan# 12 - Roti Naan


Last week friday, saturday night masak roti naan ngan daging kisar. Anyway roti finger roll tuk buat roti tuh takder yg halal dipasaran, so chek buat sendiri homemade gitu, tuh pasal rupanya tak seperti roti naan yg biasanya panjang kan. Resepi sama jer dimana2 gugel pun. What matter most, seme ahlul bait hepi dan sold out..yeayyy..:)

Cubaan # 13 - Spaghetti Swedish Meatball ala IKEA


Semuanya nak ala ikea walaupun blom pernah cuba lagi. Nie gara2 tgk kat blog kengkawan baru2 nie, terterliur plak..lantas tanya mak gugel yang tak pernah mengecewakan. Sos tuh memang melatops..sedap..cuma meatball tuh salah copy resepi yg kureng..patutnya buat meatball style biasa pun lagi sodap..anyway next time mesti n pasti buat lagi..inshaallah.

Cubaan#14 - Daging Singgang


Ingatkan nak delay dulu buat nie..tapi hari tuh nengok kat blog Zee Suhaini memang btul2 menggoda dan apakah alasan lagi untuk tidak membuat..lantas hari isnin lepas tertunai jugak..bendi tuh sedap n rangup sangat..almaklumlah fresh dari ladang kan..:). Resepi nie dah dalam kepala sebab my mother mmg suka masak nie..hihih

Cubaan# 15 - Daging Masak Blackpaper


Yang ini masak pada hari rabu yang lepas untuk En. Abuaidan. Baru festime jugak try..resepi kalau gugel mmg sama jer yg ade nyer ..even chef tersohor pun guna the same recipe jugak..original recipe from Korea lah. I would give 4.5 out of 5.0 for this one..mmmhppp..silakan tuan puan cuba masak sendiri..cedappp..:)

Aduihhh tinggal 5 resepi lagi perlu dicuba..tak sabar nak masak yg feberet jer..:)

Monday, 11 November 2013

Cubaan 20 Citarasa Daging Minggu 4 - Rusuk Panggang & Beriani

Sedar tak sedar dah dekat sebulan dah hari raya haji telah berlalu, kini dah pun masuk tahun baru..alhamdulillah. Dalam sedar tak sedar jugak daging korban semakin menyusut dalam freezer..tapi still have more than separuh jugak ..almaklumlah 3 orang makan jer kan..tengoklah cuti sekolah ujung tahun nie kalau2 nak buat makan tuk kawan pun..inshaallah.

Minggu lepas buat apa ngan daging..?

Cubaan ke 10 - Rusuk Panggang


Actually first time cuba panggang masa hari raya tuh lepas bahagikan daging..well it didn't turn out good..daging jadi liat dan tak lembut tuk dimakan..also kerana baru-baru belajar nak guna Rosemary dan Worcestershire sauce..so taste pun tak berapa nyaman..masam semacam dan berserabut ngan rosemaria jer..akibat pandai2 olah resepi sendiri.

After some research, barulah dapat idea camaner nak dapatlah kambing panggang yang enak. Menggunakan perapan yang standard jer-gabungan sos tomato, sos tiram, kicap, gula, Worcestershire sauce, rosemary, garlic dan garam. Cuma untuk jadikan daging tuh lembut hendaklah dimasak guna setting medium heat setelah di'brown'kan pada awalnya selama beberapa minit menggunakan setting yang lebih tinggi. Nak tahu daging tuh dah ready, masa masak dengan api sederhana tuh letakkan sebiji kentang..tunggulah sampai kentang masak..bila kentang masak, daging pun inshaallah masaklah jugak..agak lamalah jugak kena tunggu...

Hasilnya memang 5 star walaupun makan kat umah sendiri..memang puas hati..yang penting big boss puas hati...:)

Cubaan ke 11 - Nasi Beryani Daging


Kemudian esoknya masak nasi beryani dengan daging beryani ikut resepi Kak Hanieliza..tp memandai jugak tuh ubah suai.. Rempah biryani guna yang Shan ready made masala. Kalau ikut yang rempah mix tuh masak kering dalam nasi gitu jer..tapi dah kebiasan nak jugak berkuah sebab tuhlah buat beriani daging separate. Alhamdulillah walaupun guna beras biasa jer bukan basmathi, namun alhamdulillah lazzatun..haih terasa nak makan lagi..:)

Actually nak masak tak banyak masalah ngan anak kecik nie..cuma time nak makan jer yang problem sikit kalau dia tak tido..tak boleh nak enjoy the food sangatlah..mcm makan tak kenyang jer...


p/s - Dalam entry Bila Pisang tak Berhabisan, ade rakan2 bertanyakan tentang resepi muffin pisang tuh..taknak letak resepi asalnya namun kawan2 merayu..jadi diletakkanlah balik resepi muffin tuh..:)

Thursday, 7 November 2013

Cubaan 20 Citarasa Daging - Minggu ke 3

Percubaan-percubaan pada minggu lepas, lambat sikit nak update..gambar dah lama ready.

Hari-hari biasa daging tak disentuh, cuma hujung minggu jer tambah ngan long weekend cuti Diwali.

Cubaan ke 7- Meatball spaghetti


Anyway hari jumaat malam sabtu yang lepas our wester night dengan spaghetti meatball simple jer. Meatball tuh pun yang homemade sekali ngan burger the other day. Ikutkan hati nak melantak puas2 bila jumpa spegeti, tapi memikirkan diet kenalah kontrol sikit kan..makanlah berpada-pada..hhehe

Cubaan ke 8 - Sheekh Kebab


Kebab ade 2 jenis yang dagingnya dipotong2 dan makan dengan roti pita dan yang dicucuk pada skewer. Yang dibuat nie namanya Sheekh Kebab, cucuk pada lidi. guna ready made masala actually. Tastenya sedap jugak tapi a bit spicy for Aidan..next time kena buat yang asing yg simple without chili for him...inshaallah. Juga kebab yang dimakan ngan roti pita tuh next time.

Cubaan ke 9 - Goat Palao atau Nasi Palao Kambing


Nasi palao nie makanan rasmi kat sini untuk apa2 acara istimewa samada kenduri kawen ker, kenduri arwah ker, doa selamat ker, inilah makanan pilihan. Tastenya macam nasi bermasala lah..ade orang taruk ayam..tapi yang ini kami letak daging kambing...sedap jugak bila daging masih lembut..makan ngan salad dan sambal asam jawa (emeli chutney) lagi bertambah kesedapan.

Inshaallah projek lain lak hujung minggu nie..:)

Monday, 28 October 2013

Cubaan 20 Citarasa Daging Minggu ke 2

Masih lagi dalam mood masak daging,ikan dan ayam boleh berehat sebentar..hehe..actually bukan hari-hari masak daging, limitkan tak lebih dari 3 kali seminggu demi kesihatan seluruh ahli keluarga. Big boss kalau hari weekdays menunya lebih kepada vegetarian sahaja..tak banyak kerenah..cuma UA yang kena ade 'animal' jugak walaupun sedikit dalam menu...hikhihkhik.

So cubaan monsterchef memasak daging yang keseterusnya diminggu ini adalah...

Cubaan No.4 - Paprik Daging


Paling sadis kerana sudah hampir 5 tahun tak makan paprik..bukannya tak boleh buat cuma tak terbuka hati nak buat sebab orang kat umah nie tak suka makan pedas..jadi most of the time kalau masak campur camni masak yang local nyer style- Chop Suey,lebih kurang gini gak campur2 sayur, ikan atau ayam atau daging cuma tak letak sos cili mahupun cili. This time my paprik for my own perut...alhamdulillah lazzatun lil akiliiin...:), sapa tak terliur? heheh

Cubaan No.5- Homemade Burger


Alang-alang daging masih banyak dalam freezer baik buat sendiri mince meat tambah2 ngan adenya processor..400g gram daging tuk wat homemade burger dan meatball.


Resepi adalah belek2 yang orang lain nyer..campur tolak sana sini..letak breadcrumbs, onion, garlic, pepper serta salt..


Bentuk pun manual jer kan takdelah secantik yang rameli nye burger..cukuplah cuma nak makan tuk anak branak jer..:). 2 days in advance buat,simpan dalam freezer lagi.


Jumaatlah baru disempurnakan sempena ngan western night kami..simple jer ngan chips pun homemade, roti burger pun homemade..namun alhamdulillah lazzatun lil akiliin (lazat bg pemakannnya)...


Cubaan No.6 - Beef stew


Unforgettable! Resepi ilham dari Martha Stewart dan tah mana2 lagi..very simple cuma letak tomato puri, bawang besar, bawang putih, oyster sauce, tepung gandum serta kentang dan carrot, tanpa tumis anything..reneh jer. Tanpa guna slow mahupun pressure cooker..cuma cooked long dengan api kecik. Untuk selera family daging pun potong in a way yg mudah jadi lembut...bukannya bentuk cube buku gitu..Hasilnya...memang lazzatun yang amat makan ngan bread loaf..hmmm yang pastinya akan masak lagi berkali-kali inshaallah...tuan puan pembacaku yang budiman elok mencuba resepi ni..tambah2 dimusim hujan yang sejuk..:)

Freezer tuh masih lagi sesak tuh..heheh. Cubaan yang keseterusnya..nantikan yer..heheh

Monday, 21 October 2013

MonsterChef & Cubaan Memasak 20 Jenis Masakan Berasaskan Daging

Monsterchef adalah chef yang cabut pumyalah, yang main hentam jer ikut suka ..bukannya terer masak pun..cuma sejak jadi surirumahtangga, bendul,tiang..nie barulah mula belajar memasak..tuhkan bila dah takder orang disisi nak ajar..maka belajarlah dengan che tenet...tuhpun belum tentu menjadi mahupun sedap..bergantung pada nasib..huhuh

Since monsterchef nie ade berkilo2 daging dalam freezer..maka terpikirlah dia yang inilah peluang tuk belajar memasak daging dengan pelbagai resepi..asyik dok masak daging goreng kunyit, sup tulang, singgang..tuh jer yang dah monster, lagi satu masak megi letak daging..hampeh kan..so kenalah cuba2 resepi lain gak kan..

Target monsterchef nak cuba masak 20 jenis masakan yang berlainan jenis, inshaallah..bukan hari2 tau..mungkin 3 kali seminggu maksima..monsterchef pun takut NAIK DARE jugak...hihih

So inilah Cubaan Masak Daging No.1 monsterchef - Blackpepper Steak, sebagai dinner untuk santapan western night kitoranglah kunun2..


Steak nie monsterchef cuba masak guna 2 resepi berlainan, nak tengok result mana yang lebih sedap..1 guna JamieOliver nyer style..1 lagi yg common lah gudik2 gugel, rata2 guna resepi nie..guna perapan pelbagai sos. So verdict nya..yg guna perapan tuh lagi sedap..yg Jamie tuh tak perap, cuma sapukan bahan2 direct atas daging..sos pula cara yang senang sekali tuk orang malas..guna baki sos perapan tuh masak jerlah ngan butter, air,susu, gandum dsbnya hingga besstt..so monsterchef ingat next time daging steak yang dok ade lagi tuh nak masak guna cara perapan jerlah..malas dah nak gugel2..janji  ade unsur lazzatun sudah!

Cubaan No.2 - Hati Masak Berempah


Dalam demam2 ari sabtu tu sempat lagi..hehe...Hati lembu bukanlah feberet monsterchef, tak seperti hati ayam..biasa masak goreng kunyit ngan kacang jer..tetapi since nak try lain macam sikit, tiru cam Kak Hanieliza nyer resepi..monsterchef sendiri tak makan sebab takder selera demam,cuma big boss yg makan..katanya lazzatun jugak..:)

Cubaan No.3 - Sup Tulang


Sup tulang nie actually feberet monsterchef dan dah banyak kali masak..so tak perlulah rujuk mana2 resepi sebab memang dah lekat dah dalam kepala resepi mana yang menghasilkan sup tulang yang lazzatun..heheh. Kemain lagi monsterchef taruk daun ketumbar,bukan sebagai hiasan tetapi penambah rasa..so biarkan saja wpun nampak bersepah..huhuhu.


Next menu apa plak nie..hmmmm asyik2 nak  makan goreng kunyit jer rasanya..

Nuffnang Ads