Hari ini, awal pagi lagi En. Abuaidan telah keluar untuk menghadiri meeting di Tavua town, so tinggallah kami berdua beranak dirumah.
Dari semalam terasa hendak makan spaghetti, bahan2 pun alhamdulillah cukuplah untuk spaghetti simple jer kan, so masaklah yang ayam punya. Resepi pun yang sempoi yang selalu digunakan ketika membuat spaghetti. Cepat, mudah dan sedap, setengah jam dah siap.
Bahan2 yang paling simple - blended ayam, bawang besar, bawang putih, carrot, tomato segar, tomato puri, fresh milk dsbnya. Rasanya tetap membuatkan sepinggan tak cukup.
Semasa tengah sibuk memasak tiba2 angin kencang berserta hujan datang dengan tiba2, kuat pulak tu, hampir menerbangkan segala yang ringan. Kelam kabut cuba menyelamatkan kotak2 barang yang dihantar dari Canada untuk distribution, takut terkena hujan kan rosak pulak barang2 didalamnya, alhamdulillah selamat. Nampkanya hujan akan turun bila2 masa...mungkin lebat walaupun angin telah reda....
Selamat berhari minggu semua.