Showing posts with label Banana. Show all posts
Showing posts with label Banana. Show all posts

Sunday, 18 May 2014

Nasib Pisang Setandan

Kalau ade pisang yang berbuah dan masak dilaman mana lebih wise biarkan masak dipokok atau tebang dan bawa masuk dalam rumah, peram naturally hingga masak?

Kalau kami prefer pisang yang masak dipokok, lebih fresh dan sedap lagi rasanya berbanding dengan yang diperam. Tapi masalah nak menunggu masak dipokok adalah mengambil masa yang agak lama..kadang dapat kat makhluk Allah yang lain dahulu walaupun kita dah tutup balut nak lindung dari depa...depa lagi smartlah...

Kalau terkena musim hujan lagi naya...terperuk didalam guni yang basah makhluk lain pulak yang senang membiak..hmm nak makan pun tak berselera...

Nak senang dan selamat cantas tebang buat masuk dalam umah..biarkan masak sendiri slowly ...not much choice kan...

Dah berbulan dari tempoh mula masak...tapi tak dapat dinikmati sepenuhnya...asyik masak dan buruk jer...hanya sempat amek buat goreng kerepek ngan sikit2 buat masak dalam makanan Acicha jer...inshaallah bila dah diputuskan dari induk nie dapatlah tunggu masak dengan lebih selamat dan diagih2kan mengikut rezki masing2 ..inshaallah..

Yang dah masak...pisang nie i dun loike that much..tak sesedap pisang nangka ataupun pisang lemak manis...kalau tak berhabisan jadi keklah jawabnya mereka nie...:)

Monday, 28 April 2014

Serik Untuk Berbuah 2 Kali

Kenapa pepatah guna 'pisang' berbuah dua kali'?

Sedangkan aku rasa realitinya pisang takkan berbuah dua kali..tetapi 'perkara' yang disamakan dengan 'pisang' ade kebarangkalian berlaku berkali2...betul tak? 

Actually peribahasa ini selalunya digunakan bagi seseorang yg pernah mengalami perkara yg buruk di dlam hidupnya..sehingga dia merasa serik dan meminta supaya tidak berulang lagi..

Pada pemerhatian aku setakat inilah kenapa pisang tak...antara sebab kenapa pisang tak berbuah 2 kali adalah sekali berbuah pun mempertarungkan nyawa sepenuhnya tuk memberikan kita buah..

Lihat pokok pisang semakin kekeringan dan hampir mati sepenuhnya kerana buah yang begitu berat hendak ditampung (buah dibalut ngan guni tu)..rasanya akar sebahagiannya sudah rosak sebab itulah pokok pun nyawa2 ikan jadinya..

 Buah yang dah mula masak..berbulan jugak nunggunya..

Yang berparuh sudahpun merasa dahulu...korang panggil apa yer pisang nie? Rasa aku pisang nie tak sedap tuk goreng. tuk buat pengat pun tak sedap jugak..makan gitu jerlah..


Namun begitu ade jugak pokok yang masih hidup setelah berbuah pertamanya kalinya..tapi tidaklah berbuah lagi kan lepas tuh dan kena jugaklah tebang buang akhirnya...

Friday, 21 February 2014

Pisang Yang Mendengar

Salah satu sifat yang kurang manis ade pada peladang suami isteri ini adalah kengkadang suka ngumpat tentang tanaman mereka especially yang tidak perform dengan baiklah...

Salah satu tanaman yang menjadi mangsa umpatan mereka adalah pisang serendah yang mereka tanam dilaman depan umah.

Dek kerana lamanya menunggu, orang lain cakap pisang nie cepat jer berbuahnya sebab pokoknya rendah..pisangnya kecik..tapi pisang mereka belum pun ade tanda2 cam mabuk nak berisi..heheh

Hinggalah suatu hari sedang mereka duduk bersiap dibilik disuatu pagi sedang peladang suami tengah bersiap nak pergi kerja..

(Perbualan yang telah dialih bahasa..)
Peladang suami : Tengok pisang nie...hmmm..berkurun lamanya tak berbuah2 juga penat dah menunggu..
Peladang isteri :  Agaknya baka yg nie pelik kot bang..dah tuh banyak pulak anak pinak yang dah keluar yer..cuma buah ker belum..
Peladang suami : itulah..apalah masalahnya..berplastik baja dah abang tabur...
setetika peladang suami terdiam.. "eh..taklah...tengok tul2..dah kuar dah lah..itu jantung nya sikit punya besar lagi...hehehe..
Peladang isteri:  Apalah abang nie..kesian pokok pisang tuh tak pasal2 kena umpat..walhal tuan dia yang tak peka..huhuhu

 Seminggu yang lepas

Pagi ini pulak.

Agaknyer pisang nie dapat mendengar keluh resah peladang suami isteri dan merasa sangat cuak kan. Kalaulah pisang tuh boleh bercakap mesti akan berkata "Alah nak ngungkit2 plak..nah sekarang jugak aku bagi..makanlah sepuas-puasnya..tak nyabar-nyabar kamu berdua nie.."

Alhamdulillah akhirnya setelah sekian lama menunggu..ade jugak rezki. Namun ade satu lagi pulak cabarannya....iaitu peladang kecik pulak...dia dah nampak pisang nie..kemain excited..dahlah pokok nie rendah boleh capai ngan tangan..risau pulak kalau kalau.....hurrmmmmm

Saturday, 9 November 2013

Bila Pisang Tak Berhabisan

Since takder pokok pisang yang berbuah lagi maka bila hendak makan atau menggunakan pisang maka kami perlulah beli dari pasar. Agak murah kalau $2 tuh boleh dapat dalam 10 biji jugak pisang masak. 

Dulu yang hantu pisang adalah si Aidan, namun kebelakangan nie dia kurang makan, kurang selera sampai pisang pun tak mao pandang. Jadi kalau 10 biji pisang tuh nak habes sempatlah jadi hitam dulu kalau tak diapa-apakan.

En. Abuaidan lak suka  buat balik pisang dari pasar, dia makannya cuma sket jer..UA pun sebiji sehari bolehlah habes..lebih2 kang nak termuntah jugak sebab pisang kat sini tak byk variety..jenis cam nie jerr..

Nama pisang ni dalam  bahasa Melayu tak tahu..bahasa Inggeris lagilah..bahasa Fiji..hmmm jauh sekali..:)

Macam minggu nie, dia ade beli pisang dari pasar semalam, sebenarnya nak sebiji jer letak dalam apam balik..tapi mana boleh beli sebiji kan..kemudian ade rakan bagi pulak sesikat pisang yang dalam gambar diatas tuh..susah hati jugak dok pikir takut terbuang jer nanti...

So pepagi nie carilah resepi yang menggunakan banyak pisang sekali..lagi banyak lagi bagus, biar cepat habes dari buang kerana buruk sendirnya..resepi tuh kata Apam pisang kukus..menggunakan 7 biji pisang, setel..dapatlah habiskan semua pisang yang dah masak.


Tapi bila siap nampak rupa cam lepat..rasa macam lepat..apapun sedap weyyhhh lama tak jumpa jumpa walaupun tak pakai baju cap daun pisang yang kebiasaannya, yang hero kecik dan tua pun beriya makan walaupun awal2 cam teragak-agak. Apa beza apam kukus ngan lepat yer dari segi rasa?


Ini lak idea lain untuk menghabeskan pisang..muffin pisang..kejap jer abes..Aidan kalau dah proses gini barulah dia makan banyak sikit.

Kalau nak buat pisang goreng tuh memang tak sesuai pisang gini..pengat tuh jauhlah lagi..cekodok pisang lak malaslah berminyak sangat..sebiji cekodok tuh pun dah tinggi sangat kalorinya...

Apa lagi yang sedap dibuat ngan pisang daripada dok terbiar buruk gitu jer yer kalau tak mendapat sambutan? Banana Milk Shake? Kek pisang pun dah bosan daa..

Resepi muffin atas permintaan rakan-rakan..

1/2 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk serbuk kayu manis/ cinnamon
Sebiji telur
1/4 cwn gula
1/4 cwn minyak masak
1 cwn tepung gandum
3 biji pisang
secubit dua garam

- Gaulkan rata baking powder, baking soda n tepung gandum, masukkan garam serta serbuk kayu manis, boleh letak vanilla brg sesudu teh jika nak. Masukkan minyak masak, telur, gula serta pisang yang telah dilenyekkan. Gaulkan rata sehingga menjadi cam mixture kek. Griskan acuan muffin, masukkan adunan. Bakar sehingga 30 minit atau masak..lps 30 minit boleh check ngan cucuk sampai dasar tengok masak ket tak muffin tuh.

p/s - resepi nie low calorie resepi, so bhn2 takderlah mewah sangat..tp dr segi taste tidak kurang..alhamdulillah.

Thursday, 28 March 2013

The Truth About Their Banana

Ingat tak pasal pisang yang kami beli on the way balik Suva kat tepi jalan tu..? Alhamdulillah pisang2 tuh telah selamat menjadi sebahagian darah, daging dan lemak kami daa...:). 

Tanpa menunggu lebih lama, keesokkan harinya, dah siap digoreng dah.(kan dah cakap bertahun2 tak jumpa goreng pisang...kempunanlah nie...:)

 Masa nie pisang masih belum masak lagi..nak kupas kulit pun kena guna peeler.. potong2 kecil & digoreng 2 biji dahulu..dah siap tak rasa cam pisang sangat.. manis pun tidak..tapi bolehlah kerana kempunan kan...yang big boss lak ingatkan goreng sukun atau keladi..huhuh

Esoknya pula. di buat pengat makan dengan pulut....

Sebiji jer dulu..tuhpun liat nak menghabiskan, tak rasa seperti pengat pisang sangat, pengat sedap, tapi pisang cam adaa yg tak kena..huhuhu...Aidan cuma makan pulut jer...

Dua tiga hari kemudian big boss tanya..pisang tuh kena dibiarkan gitu jer..takder buat apa2 ker.dah makin masak dan nak buruk..

 Rupa nampak hodoh, tp belum buruk lagi nie..kebal nie ..dalam isi masih elok...:)

Maka digorenglah untuk kali keduanya lagi....

Hmm..kali nie bila pisang dah masak..ade rasa cam pisang..tp agak masam sket, manisnya kurang..:)

Dua biji balance tak tahu nak buat apa..akhirnya kelaut jugak. Kesimpulannya, pisang emas dinegeri orang, pisang kapas dinegeri sendiri..sedap lagi pisang yang dinegeri sendiri...:)

AUTO PUBLISH - Hari ini cuti wpun bukan public holiday lagi sebab sekolah en. Abuaidan celebrate holi day (yg main kaler2 tuh), sampai isnin nilah cuti lagi sempena Easter lak (tp jumaat & isnin kedai tutup)....so kami pun berjalan2lah kebandar carik brg2 sikit, seblm makin tak larat...

Saturday, 6 October 2012

Tertanamlah Pokok Buah-Buahan Idaman..

Alhamdulillah hari ini sempurnalah usaha Abuaidan menanam sedikit pokok buah-buahan dilaman hadapan. Sebenarnya laman hadapan rumah adalah bertentangan dengan jalanraya dan diseberang jalan pula bus shelter, jadi kalau bas berhenti sekiranya kami berada dilaman hadapan orang-orang yang berada didalam bas dapat melihat laman. Jadi sebagai cover up sikit dan juga untuk teduhan daripada panas cahaya matahari sewaktu lepas zohor, elok juga dengan adanya pokok yang agak besar. Juga untuk mendapatkan sedikit privasi sewaktu berada dilaman hadapan.

 Barisan untuk pokok-pokok yang baru ditanam.

 Pokok pisang dari jenis yang agak rendah, orang -orang tempatan memanggilnya 'chinese banana'

2 Pokok betik dari jenis 'Hawaiaan Pawpaw' yang telah lama kami cuba untuk menanamnya.

Semuanya pokok diambil dari rumah jiran, sudah agak besar setelah cubaan menanam daripada benih tidak berjaya.  Semoga dapatlah kami merasa pisang renek dan Hawaiaan Pawpaw yang sedap dan terkenal ini, inshaallah.

Nuffnang Ads