Cuaca kembali sejuk kat sini terutamanya pada waktu senja hingga ke pagi hari. Sejuknya dengan air seperti ais dan tidur harus berjaket, berstokin dan selimut tebal...kulit muka pun dah menggelupas jadinya. Perubahan cuaca juga beri efek kepada tanaman2 di kebun.
Kacang botor contohnya tidak sesuai dengan cuaca sejuk begitu juga kacang panjang dan lain2 tanaman tropika.
So kacang botor dalam entri nie adalah yang berbuah ketika cuaca panas dalam dua minggu yang lepas.
Alhamdulillah lebat rezki kacang botor walaupun sekali berbunga..tak habes nak makan buat ulam begitu sahaja, budu pun dah habes stok..so atas cadangan rakan2 blogger, masak cara lainlah pulak ..ubah selera.
Kacang botor yang belum matang dipotong-potong, kemudian digoreng dengan rencahkan sedikit ikan bilis serta dipecahkan telur. Memang sedap buat hidangan bersama-sama nasik panas. Big boss tak makan kacang botor mentah tapi kalau goreng macam nie memang bersemangat...:)
Buat masa sekarang, stok kacang terhenti seketika dengan ketidaksuaian cuaca..harapnya berbuah lagilah lepas nie..inshaallah.
Kalau korang masak apa yg feberet ngan kacang botor nie?
Kalau korang masak apa yg feberet ngan kacang botor nie?