Sampai jugak kepenghujung tahun..bermakna tahun yang ditunggu2 inshaallah akan bermula..(nak tahu kenapa baca sini)...
Nak kena buat sorotan 2013 ker? Apalah yang nak disorotkan yer..kehidupan biasa-biasa sahaja..cerita pun biasa-biasa sahaja..cuma the best thing yang happened pada 2013 adalah dalam keseronokkan mengotorkan tangan bermain tanah diladang kecik,muncul sekuntum bunga didalam sekuntum bunga tua dan 2 ekor kumbang tua dan kecik..kehkehkehh..
Kerana bunga kecik nie lah bunga tua terpaksa bersara dari arena perkebunan buat sementara waktu hinggalah inshaallah bunga kecik nie dah betul2 mekar...heheh..namun rasanya sampai kesudahnya kebun akan diuruskan oleh kumbang tua...heheh..
Menutup tirai tahun 2013 dengan beberapa sayuran yang masih lagi memberikan hasil seperti kacang panjang, bendi, petola ngan tanaman baru seperti jagung serta kacang panjang untuk meneruskan warisan pada tahun 2014...inshaallah.
Dan rumah hijau yang dah usang nie nak wariskan kat tukang kebun kecik..yer lah tuh...heheh..actually the gardener ade sikit plan tuh untuk baik pulih agar dapat menanam more veggies.inshaallah..
Juga dari tahun 2013, dibawa ke 2014...
Menunggu pokok betik yang baru berbuah..lama jugak rupanya daripada menjadi buah sebelum boleh dimakan masak..berbulan2 jugak tuh.
Juga buah nona serikaya yang buahnya tak berapa meriah tahun nie kerana dilanda taufan tahun lepas..namun setidak-tidaknya adalah jugak untuk merasa kan...inshaallah..
Inilah tenaga yang bakal meneruskan legasi ladang kecik di Fiji tahun 2014..hehe..
GOODBYE 2013, WELCOME 2014
HAPPY NEW YEAR TO ALL..:)
GOODBYE 2013, WELCOME 2014
HAPPY NEW YEAR TO ALL..:)


