Assalamualaikum,
Early in the morning around 6 o'clock we received a call from SIL. Katanya menurut weather foreacast from radio, hujan lebat akan turun lagi hari ini. We don't listen to radio that much so that tahu apa-apalah, nasib baiklah she informed. Tengok keadaan kat luar pun mendung, walaupun belum hujan lagi, mungkin ada betulnya sebab diorang forecast pun beradasarkan satellite pictures from internet, nampaklah awan2 berat dan keputihan menyelubungi kepulauan ini dan sekitarnya. Dekat meteorological website pun adalah warning untuk heavy rain yang dikeluarkan. Biasanya penduduk kat sini conscious about weather kerana bencana alam seperti cyclone, hurricane dan tropical depression biasa berlaku pada pada penghujung dan awal tahun.
So don't want to take the warning for granted, manalah kalau betul2 terjadi kan susah pulak - macam hari tu. Bila ada masa untuk membuat persediaan, bersedialah. Yang selebihnya tu serahkanlah kepada The Al Mighty. Agak kepenatan juga mengangkat bata-bata dan zinc untuk dijadikan teduhan. Apapun alhamdulillah dah setelkan yang mana patut.
Pokok bendi dan jagung diletakkan dan diikatkan pancang-pancang kayu sebagai sokongan.
Timun batang yang telah diteduhkan dengan zinc
Kacang panjang - tali diikat disekelilingnya untuk mengelakkan terjatuh dan melerat
atas tanah.
Kacang tanah yang benihnya sudah bercambah didalam tanah (belum keluar kepermukaan tanah lagi)ditutup dengan plastik hitam, takut lapisan tanah diatasnya dihakis hujan lagi.
Sawi yang sederhana besar juga diteduhkan dengan zink.
Pokok tomato, capsicum, kacang botor dan anak2 semaian diletakkan didalam garage.
Anak-anak pokok bunga (sunflower, dahlia, daisy & rainbow mix) yang paling
disayangi juga diteduhkan.
Sesetengahnya terpaksa dibiarkan begitu sahaja seperti kekacang dan petola kerana tanaman telah besar dan matang. Lagipun susah nak cover.
Kobis bulat juga dibiarkan begitu sahaja kerana telah besar sedikit dan
susah nak tutup semuanya, tawakkal jer lah.
Anak2 sawi juga dibiarkan kerana dah kena hujan hari tu nampak macam tak sehat
lagipun kalau rosak tak mengapalah nanti semai yang barulah pulak.
Juga sedikit tuaian sebelum datangnya hujan,
Agak banyak -tak sure nak buat apa, mungkin bagi kawan lah kot sebahagiannya, inshaallah.
Bila dah buat kepenatan membuat kerja-kerja persediaan hujan tu, kemudian terpikir 'aku nie mengharapkan hujan pulak ker nie dah penat2 nie, nanti tak berbaloi pulak berpenatan kalau tak hujan"...heheheh..