Lama sebenarnya dok mencari2 limau untuk tomyam nie..look around, bertanya kawan-kawan pun takder clue jugak tentang limau nie disini. So conclusionnyer takder orang tanamlah kot ataupun mereka tak tahu tentang limau nie disini.
Since takder limau nie, takderlah daunnya..jadi kalau buat tomyam tuh guna kiub jerlah dan tak letak daun. Tapi kalau kiub tomyam Knorr, rasanya tetap ummmpphh.
Bila stok kiub tomyam habis dan tak terimport ingat nak buat tomyam homemade, namun kerana takder daun maka takleh nak beranganlah sure tak sedap nyer kalau jadi pun.
Dan ditakdirkan Mak Aji Ummu Madihah, bermurah hati untuk mengirim pada kami ole2 maka dengan muka tak malunya mintak beliau selitkan biji limau purut untuk dijadikan benih. Alhamdulillah dalam 2 minggu lebih lepas raya, sampailah bungkusan tuh berserta benih..dan esoknya terus semai tanpa bertangguh lagi.
Namun bukan cepat nak bercambah limau nie, lepas seminggu, 2 minggu pun belom nampak batang hidung, hampir give up nyer pasal, gemburkan balik tanah yang dah disemai benih tuh, taburlah benih tomato..
Namun dengan izin Allah tak lama kemudian benih limau bercambah serta2 benih tomato, inilah jadinya...
Boleh cariktak mana satu anak limau? Ade2 tuh..
Dek kerana pokok tomato membesar lebih cepat dan menghalang pokok limau dari membesar maka seminggu yang lepas transferlah anak limau tuh ketempat yang lebih permanent,
Nampak semakin subur dan besar kan..daun pun semakin banyak.
Yang 1 lagi setelah dok bermusyawarah mana nak tanam akhirnya semalam baru dapat transfer pada 1 tempat.. belum apa2 lagi dah ade back-up gardener yang rajin nak tabur baja bakar tanpa disuruh..inilah yang jadi..sib baik tak mati.
Masa dok nanam tuh En.Abuaidan dok bertanya camaner rupanya buah limau nie..sibuklah explain dan tunjuk gambar dari google..katanya biasa lihat buah nie kat pasar....! hmmm..sabar jerlah..namun Fijian sahaja yang tanam limau nie..so kalau nak carik pokok pun susah jugak.
Tak sabar nak tunggu banyak2 daun muncul nak buat tomyam nie..buahnya taklah diperlukan sangat.
p/s - timakasih yer makji atas export benihnie..:)