Showing posts with label tomatoes. Show all posts
Showing posts with label tomatoes. Show all posts

Saturday, 1 February 2014

Tomato Dimusim Panas

Diawal tahun hinggalah datangnya musim sejuk merupakan tempoh yang agak sukar untuk menanam tomato. Ini kerana macam sekarang nie adalah musim yang teramatlah panasnya..nak dok dikebun lama sikit pun tak larat kepanasan..maulah terbakar kulit..

Dan musim ini jugak tomato susah untuk didapati dipasaran atau market..kalau yang import tuh ade, mahal sikitlah..yang local pun semakin mahal...pun begitu Alhamdulillah masih ade rezki untuk menuai tomato dari ladang sendiri yang ditanam almost  bulan yang lepas..

 Tak sangka walaupun musim panas buahnya agak besar dan juicy jugak..cuma sedikit merekah kerana kepanasan. Ini kalau sebanyak kalau besar kat pasar sudah $2.00..

 Inilah batas tomtao bercampur semak samun, nak pijak kaki pun serba salah..haruslah tidak cukup masa tuk bersihkan kebun lately..En.AAA katanya nak mesin ngan pemotong rumput jer..mungkin dah setel kot, tak sempat nak jenguk..huhuh

Yang nie sempat diselamatkan..terselindung didalam semak samun ngan hujan lebat sehari dua yang lepas, hampir2 rosak tomato2 nie...walaupun sedikit tetap precious..:)

Rasanya dah perlu mula menabur benih yang baru dah nie agar sempat berbuah by the cooler season..inshaallah. Cuma masa yang nak diluangkan tuk aktiviti kebun nie jer yang tak adenya..full time sibuk ngan mem kecik jer..huhuuh somehow kena carik jugak masa..

Monday, 14 October 2013

Tomato Ceri Seceri-Cerinya

Syahdunya terasa bila membayangkan betapa umat islam seluruh dunia berkumpul pada 9 Zulhijjah, hari ini untuk wukuf di Arafah dan bermulalah ibadah haji yang menyaksikan penyatuan ummat manusia yang menyembah satu2nya tuhan semesta alam..Allahuakbar!

Inshaallah kami disini akan merayakan Eidul Adha pada hari Rabu, namun begitu untuk berpuasa sunat 9 Zulhijjah kenalah ikut hari wukuf di Arafah kan..iaitu hari ini..

Hari ini juga hari sahabat alam kita rakan peragut mendapat layanan yang istimewa..diberi makan sesedap hidangan ..kerana selama 3 hari bermula 10 Zulhijjah mereka kena berkorbankan diri mereka..:)

Ok back to the title, kebelakangan nie baru terperasan yang pokok tomato yang ditanam berbulan2 yang lepas mula berbuah, setelah pokoknya sudah kelihatan seperti separuh abad dan kekeringan ...masa musim lebih sejuk dulu taknak berbuah pulak..

Jangan tertipu dengan gambar. Ini adalah setting micro, yg kecik pun nampak besar...the actual size adalah 1/3 daripada itu..cuma nak tunjuk betapa comelnya tomato ceri nie.

Gugusan yang masak tidak pula dimakan sang burung walaupun jelas kelihatan.

Yang masih putik 

Inilah saiz sebenar tomato nie..yang paling besar tuh tomato biasalah..yang second besar tuh tomato jenis ceri jugak. Dan yang paling kecil itulah tomato ceri secerinya.

Tidak dapat dipastikan dari baka mana kerana pokoknya dahulu adalah dari benih yang tumbuh daripada kompos..maknanya tanam anak pokoklah..Tomato ceri gini makan sebiji gitu pun sedap kan..


Selamat menyambut hari Raya Eidul Adha tuk semua rakan-rakan dan pembaca blog ini ..

Monday, 10 June 2013

Sapa Cepat Dialah Yang Dapat!


Dua hari yang lepas, dengan tidak tersangka spotted sebiji tomato telah hampir masak. Terkejut jugak, macam mana boleh terselamat dari sahabat alam nie..dorang tak nampak agaknya..kalau tak mmg tak menyempatlah jawabnya tukang kebun.


Harus bertindak pantas sebelum menjadi mangsa dan rebutan bersama-sama mereka. Tak berlengah tukang kebun tutup ngan plastik warna hitam..agak mereka2 tuh tak nampak..


2 hari kemudian, petang kelmarin bila bukak plastiknya tersenyum gembira tukang kebun..warna2 yang menarik telah bertukar dan tidak terusik..alhamdulillah memang dah ditakdirkan rezeki tukang kebun kan.

Rancang2nyer buah tomato sulong nie nak buat sambal belacan..namun yang tak bestnya cili2 kat laman tuh mana adenyer yg sempat merah..kena wat sambal belacan cili hijau jawabnya..tuh pun kerajinan tergerak, inshaallah..:)

Friday, 3 May 2013

Penantian Yang Membuahkan Hasil

Salam Jumaat Semua,

Kalau kita pikir2kan apakah sifat2 yang perlu ade dalam diri seseorang yang minat berkebun, pastinya kesabaran, rajin dan suka bereksperiman menjadi diantara ciri2nya. Kerana bila berkebun kita tak boleh mudah putus atas jika tanam sekali tak tumbuh kena tanam lagi kan..jika sayuran kena serang oleh serangga, jangan putus atas..cari jalan ataupun cabut jer & tanam balik...:)

Bermukaddimah pulak untuk entri nie, sajer jer..cuma nak kongsikan sedikit berita2 yang mengembirakan tukang kebun atas hasil usaha dan kesabaran menunggu..alhamdulillah...

 Hampir 10 bulan menunggu kacang botor nie..barulah ada melihat baby kacang yang muncul dari bunga2 yang telah kering..first time tengok...:)

Kacang panjang agak agak melewati masa..lebih 3 bulan berbunga tetapi tak nampak buah..namun lately kelihatan banyak baby kacang yang muncul..alhamdulillah burung2 telah mengambil rezki mereka dan kini bahagian kami pula yang tinggal..:)

Bunga tomato yang pertamanya di tahun 2013. Local tomato tiada dipasaran sekarang..yang ade cuma imported yang agak mahal..somehow alhamdulillah dengan cuaca yang menjadi lebih sejuk sekarang dapat meransang perkembangan tomato inshaallah.

Itulah beberapa berita yang menyenangkan kerana penantian akhirnya hampir berakhir..heheh..berita yang lain masih dalam progress..coming soon inshaallah.


Sunday, 6 January 2013

Tomato Yang Paling Sesuai Untuk Musim Panas

Cuaca panas di negara2 tropika kadang2 tidak menggalakkan penanam tomato yang mana paling produktif masa musim yang lebih sejuk. Namun begitu tidak bermakna kita tak boleh tanam tomato dimusim panas. Ini kerana ada variety ada yang agak sesuai dan tahan denga cuaca panas serta penyakit.

Salah satunya dari variety Roma atau orang tempatan memanggilnya Jamun. Percubaan menanam untuk pertama kali 3 bulan yang lepas, alhamdulillah kini telah mengutip hasil. Dari pengalaman menanam tomato pada musim yang lebih panas ditahun lepas yang mana hasilnya tidak begitu memuaskan, namun berlainan dengan tomato jenis roma ini. Tidak memerlukan banyak penjagaan, pokok yang lebih rendah, tahan serangan penyakit dan matangnya lebih cepat.

Tomato yang masih putik

 Yang telah masak selepas datangnya taufan

Siap dituai.

Kalau diperhatikan buahnya lebih bujur dan panjang, Didalamnya tetap juicy seperti baka biasa. Kalau inginkan hasil yang lebih baik elok juga memberikan baja NPK sekali sekala untuk menggalakkan pembuahan.

Tuesday, 1 January 2013

Tomato Hapus Sedih


SELAMAT TAHUN BARU 2013 SEMUA....


Amalan memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati kesedihan dan mengurangkan kemurungan sehingga 52 peratus, lapor satu kajian.

Penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin Dr Kaijun Niu, berkata, kajian yang dijalankan mendapati tomato memberikan kesan yang hebat untuk mengatasi kemurungan. 
Sayuran ini dipenuhi lycopene yang mampu mengurangkan ketegangan dan memberi perlindungan kepada beberapa penyakit kronik seperti serangan jantung dan barah kepada mereka yang mengamalkannya. 

Ramai orang mengamalkan makan salad dan menyangka sayuran ini banyak khasiat tetapi tomato mempunyai kandungan bahan yang jauh
lebih hebat untuk membantu mengekalkan kesihatan, katanya.

Kaijun berkata walaupun sebab sebenar tidak dapat dijelaskan penyelidikan kesihatan mental ke atas 1,000 responden berusia 70 tahun di Jepun mendapati, mereka yang makan sekurang-kurangnya dua biji tomato seminggu hidup lebih gembira berbanding kelompok yang tidak mengamalkannya.
Agensi

Marilah kita tanam banyak2 tomato sempena tahun baru nie, kalau sedih boleh makan tomato kan.....:)

>>Source

Thursday, 13 December 2012

Hasil dari Tomato yang ditanam Secara Natural..

Pada entry yang terdahulu, ada bercerita tentang tomato yang ditanam dan dibiarkan hidup sendiri tanpa support. Kini alhamdulillah tempoh masak telah tiba dan masa untuk menuai hasil pula...

 Buah2 yang sedang masak ditutup dengan daun2 untuk melindungi dari musuh yang bermata tajam

 Semuanya sedang hampir masak

Yang telah dituai

Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan hati memandangkan kalau disini sekarang musim panas dan agak kurang sesuai untuk tomato. Buah2 yang dituai kelihatan segar tiada kecacatan kecuali ada sebiji yang berbekas cucukan musuh bermata tajam. Namun begitu jika musim hujan tidaklah begitu selamat untuk menanam secara natural kerana hujan yang banyak boleh merosakkan pokok.

Saturday, 24 November 2012

Menanam Tomato Secara Natural, Tanpa Sokongan..

Ini adalah pokok tomato yang dahulunya ditanam pada musim yang lebih sejuk dan lebih sesuai dengan meletakkan sokongan pada keliling pokok agar dapat membesar keatas.

 Kadang2 amat melecehkan kerana bila dahan patah, pokok jadi cepat mati dan tidak subur, buah pula mejadi kekeringan. 

Dua bulan yang lepas, saya menanam lagi tomato didalam musim yang lebih panas agar kami dapat merasa tomato dari kebun sendiri, inshaallah. Namun kali ini saya menggunakan pendekatan yang mudah dan malas, apatah lagi bila Abuaidan membawa balik tomato yang diberikan oleh kawan lebih besar dan cantik elok yang mana pokoknya dibiarkan hidup begitu sahaja tanpa sokongan. Jadi ditambah dengan ketidaklaratan untuk menghabiskan masa dikebun, maka saya juga membiarkan pokok2 tomato ini 'menjaga' diri mereka sendiri, inilah so far keadaan mereka....

 Dah berbuah, tidak dahan2 yang patah, pokok alhamdulillah sehat walaupun separa berbaring.

 Yang lain pula, sama juga keadaannya.

 Yang ini benih tumbuh sendiri dibatas kacang panjang, biarkan sahaja mereka jaga diri sendiri, sihat jugak, walaupun tumpang2 air siraman pokok kacang.

Yang ditanam diantara pokok2 bendi, semakin membesar, alhamdulillah.

 Pokok tertua, yang dari penghujung musim dahulu. Namun setelah dibiarkan hidup secara natural nampaknya mereka lebih panjang umur dan berbuah pulak lagi (walaupun tukang kebun tak sabar nak remove pokok ini)

Jadi itulah cerita pokok2 tomato yang hidup secara natural, diandaikan mereka ini hidup sendir dan tidak ditanam dan dijaga dengan rapi. Rasa saya mereka lebih baik dari pokok2 yang saya jaga beriya-iya dahulu, tambah pula mereka tidak menyusahkan, alhamdulillah.
I

Monday, 22 October 2012

Yang Terbaik - Tomato dan Tuaian

Tomato ini merupakan pokok yang ditanam pada penghujung musim sejuk yang lepas, bulan 8 kalau tak silap. Banyak yang sesusia dengannya telah rosak dan tidak bertahan dan tidak dapat mengutip hasil yang sepatutunya. Namun tomato ini alhamdulillah walaupun hanya sepokok yang tinggal namun tetap hidup subur. Walaupun kelihatan seperti kekeringan namun pokok masih hidup sebenarnya. Dengan baja untuk buah diletakkan sebanyak 2 atau tiga kali nampaknya buah yang dihasilkan tertanya lebih baik kualitinya (sesuai dengan musim yang panas) dan banyak pula buahnya. Rasanya lebih 20 biji, alhamdulillah.

Tuaian dari tanaman yang terbaik - kacang panjang dari jenis yang terpanjang masih lagi memberikan hasil yang mencukupi untuk kegunaan kami sekeluarga walaupun kacang panjang hijau yang sebaya dengannya telahpun mengering pokoknya. Begiti juga bendi yang menjadi tuaian berterusan setelah sebulan berbuah. Kacang merah juga sudah lama usianya dan berterusan tuaiannya. Terung pula tetap memberikan buah yang berlimpah ruah selagi berada pada musim panas dan musim hujan juga banyak membantu. Capsicum dan Ketumbar pun sudah lebih dari yang diharapkan. Alhamdulillah.


Friday, 24 August 2012

Hari-Hari Terakhir..

Tomato....

Tomato yang ditanam pada penghujung bulan April yang telah membesar dah berhasil seiring dengan musim tomato disini (iaitu dalam musim yg lebih sejuk) akhirnya telah  mencapai kematangan dan tempohnya ..

Setelah 4 bulan membesar dan mengeluarkan hasil yang agak menggalakkan, pokok mula mengering, setengahnya telah mati..
Buah-buahnya pula kelihatan tidak begitu segar dan memberangsangkan, warna juga tidak seelok ketika pokok masih segar & rancak berbuah. Salah satu sebabnya buah masak pada pokok atau dahan2 yang telah mati, maka tidak mendapat nutrient yang secukupnya.

Namum begitu, musuh nombor 1 masih juga menjadi pemenang setiap hari malah lebih advanced, belum masak lagi sudah ditebuknya,

Memandangkan ini adalah pengakhiran musim sebenar tomato juga, hasil2 terakhir yang dikutip agak banyak  kerana buah masak agak serentak. Untuk dihabiskan dlm beberapa hari mungkin tak terdaya, jadi bakal berada dalam 'deep freezer' untuk simpanan..
Alhamdulillah dengan perancangan penanam berterusan, satu lagi batch tomato yang telah ditanam pada awal bulan June telah mula berbunga dan berbuah. Walaupun musim sebenar tomato hampir berakhir, sekurang-kurangnya beberapa pokok tomato dari batch ini diharapkan dalam memberikan sedikit hasil, walaupun tak sebaik dalam musim sekurang-kurangnya kami tidak perlu mendapatkan bekalan dari market untuk kegunaan dapur..

Dan menyusul juga anak2 tomato yg telah disemai hampir 2 minggu lepas sebagai  penyambung warisan kepada batch yang mula berbuah,

Inshallah setelah anak2 tomato ini dialihkan, mungkin akan mencuba menanam tomato dari varieti yang lain yang dikatakan agak sesuai dengan cuaca panas.

Perjalanan Hidup Kami ..

Sebagai tomato....

 Ketika kami berusia 3 minggu - baru mendapat rumah tetap (14/5/12)
 Ketika usia kami  2 bulan hampir2 kami musnah kena hujan lebat berturut.(15/6/12 - 7 minggu)
 2 minggu kemudian kami telah mula belajar2 berbunga..(2/7/12 - 9 minggu)
 3 minggu kemudian kami mula rancak mengeluarkan hasil seiring dengan musim, saiz kami juga semakin besar dan banyak cabang2 untuk berbuah (25/7/12 - 3 bulan)
Hari ini, hampir sebulan berbakti- kami sudah semakin tua dan letih,cuma menunggu masa sahaja untuk berlalu (22/8/12- 4 bulan)

Monday, 30 July 2012

Planting tomato using plastic bags

Assalamualaikum..

Recently i've visited some blogs .. and one of them I remember a blog by a grandmother about her homekitcken garden..and the way she planted vegetables there. It gave me a good idea of planting using plastic bags instead of garden bags, few advantages :
  • save space (you don't have to prepare garden bed that will take more space and you have to plan and look for location before make new bed)
  • mobile (you can shift anywhere that's good for plant in order to get more support or sunlight)
  • less work (no heavy works like making garden bed - just fill up soil in plastic bag)
  • Save time (less work)
note : note applicable for all veges such as cabbages, sawi, cauliflower etc that need bigger space.

Like our garden, sometimes when we planted lots of veges by cycles and we might run out of space to put more veges and some seedlings waiting to be transferred. It will takes time to wait for the plants that already in the garden to expired and ready for replacement.

I have some tomato seedlings about 3 weeks old which are ready for transfer. The seeds actually from the tomatoes that we bought from market, small fruit variety.  I thought of planting it because they matured much earlier than the one from bigger fruit variety. At least by planting more varieties would give more exposure and understanding about tomatoes.
Adopting from 'the grandmother's blog, i started to prepare some soils from garden and fill it in the plastic bags..
 Five plastic bags filled with soils are ready now,
So i choosed 5 seedlings for transplant,
 Small tomato transplanted,
After 5 small tomatoes transplanted, then i shifted them inside the greenhouse for temporary since outside can be very hot for them and if there's no cover and too much heat they might not be able to survive.
Inshaallah when the tomatoes strong enough and adopted to new place, they'll be transfer outside without having to prepare a garden bed for them.
For those who like to plant tomato at home can try this way cause it's more practical.

Nuffnang Ads