Assalamualaikum & Salam Maal Hijrah Untuk Semua..
Tiada public holiday atau cuti khas untuk sambutan maal hijrah disini, almaklumlah negara bukan Islam. Fiji Muslim League pun tidak declare special holiday untuk sekolah muslim..hari Asyura kalau tak salah diorang declared. So tidak kemana-mana pun jadi berceritalah sedikit tentang yang ada dikebun setelah dijenguk2 sekejap bila termampu. Kali ini pasal saderi atau celery.
Saderi atau celery yang ada dikebun usianya sudah melebihi 6 bulan. Kami telah pun mula menggunakan batang dan daunnya since 2 blan yang lepas. Agak banyak pokok saderi yang ditanam namun penggunaan adalah terlalu minimal, sekali seminggu pun tak sampai di gunakan. Jadi, alah mengguna dari menanam.
Hampir sebulan lebih juga pokok2 saderi dikebun tidak terjaga kerana keadaan kesihatan tukang kebun yang tidak mengizinkan untuk menghabiskan masa yang lebih dikebun. Biasanya watering dibuat sekurang-kurangnya sekali sehari dengan jumlah air yang banyak dibekalkan. Namun oleh kerana tidak tidak disiram secukupnya dalam tempoh agak lama dan hanya bergantung kepada air hujan yang turun dan tidak turun, beginilah yang terjadi kepada pokok2 saderi,
Batang dan daun semuanya menjadi kekuningan tanda tidak subur dan tidak mendapat air secukupnya.
Hampir semuanya bernasib yang sama.
Memandangkan penggunaan pun tidak seberapa dan masa untuk berada dikebun serta menjaga pokok2 saderi ini adalah terhad, dirasakan eloklah di cabut pokok2 ini dari batas mungkin hanya dibiarkan 1 atau 2 sahaja untuk hidup. Namun sekiranya musim hujan pastinya pokok saderi akan cepat menjadi subur, pun begitu sekarang masih lagi dalam musim dan cuaca yang panas disini.
