Showing posts with label Lemongrass/ Serai. Show all posts
Showing posts with label Lemongrass/ Serai. Show all posts

Saturday, 4 January 2014

Semuanya Terbantut Kerana Serai..

Adakah duit dapat membeli segalanya..? Of course lah semua orang tahu jawapannya 'NO'..kann?

Salah satu sebabnya tak boleh beli ngan duit kerana benda yang kita nak tuh takder dijual..dan jalan untuk mendapatkan apa yg kita nak tuh cuma samada mintak ngan orang yang ade ataupun cuba adakan sendiri jerlah kat tempat kita kan...

Ok..samalah cam kes aku nie..serai sebetulnya ade kat sini...tetapi bukanlah item yang dijual dipasar2 mahupun supermarket..macam limited itemlah nie.. namun gitu hanya sedikit sahaja ditanam oleh orang2 yang berminat untuk menanamnya..sebabnya?

Mereka tak gunakan serai dalam masakan ..mereka gunakan cuma sebagai perubatan tradisional seperti merawat demam dan sewaktu dengannya..dan..mereka bukannya gunakan batang seperti kita..mereka amek daun untuk direbus dan dapatkan air rebusan tuh...(blh baca cerita konflik pasai serai nie kat sini..)

Cuma rasanya aku sorang jer + mereka yg dok kat embassy tahu gunakan serai nie tuk masak..Al maklumlah masakan melayu memang banyak gunakan serai untuk menu yang specialnya...

So learnt from previous lesson..kami pun tanam serai kat laman..yang generasi pertama tuh membiak berumpun2..tak berhabisan nak tuai..gunanya pun bukanlah selalu kan..hinggalah beralih tempat sebab En.AAA kata dia nak reserve tempat tuh tuk projek lain..

Bila beralih tempat..jadi tak segemuk mana..tambah2 tempat agak terlindung ..maka tak terjagalah..last2 terperasan yg mereka tuh hampir pupus..aku cuba selamatkan dengan tanam kat tempat yg lebih baik..namun nampak tak menjadi..alih lagi..dan inilah yang tinggalnya..

Berbulan dah..tapi tak beranak pinak jugak...mcm mana nak beranak kurus jer badannya

 Yang nie plak yg aku tanam asalnya kat tempat lain..dek kerana terlindung cahaya matahari sebab kena blok  ngan ulam raja..akhirnya tak jugak berkembang-kembang..

Haruslah aku risau jika tak ade stok serai kan...camaner aku nak buat satay nanti? kuah kacang..? tomyam..? Jadik aku pun ngan muka tak malu mintak kepada orang yang ade dilamannya..dapatlah beberapa pokok tuk dimakan & ditanam..

Namun En.AAA tidak lagi percaya akan keupayaan aku menanam serai nie..bila aku nak tanam dia mula bising..katanya yg nie dia biar dia yg tanam & jaga..so taknak gaduh2 aku pun biarkan jerlah dia tanam..nampak bagus jugak perkembangannya walaupun baru berusia sebulan..eloklah dari yg aku tanam tuh..

Nampak gayanya semua serai2 belum ready untuk dituai..jadi terpaksalah aku menahan keinginan tuk memasak rendang mahupun Thai green curry mahupun kuah kacang..melihatkan kepada pokok tuh haruslah tunggu setidak-tidaknya 3 bulan lagi tuh...haaiii kempunanlah nak makan Thai Green Curry gini gayanya...

Thursday, 30 August 2012

Bertanam serai.....

Kenapa perlu tanam serai ya? Tanam serai supaya senang bila nak buat tomyam, kuah kacang, masak satay atau buat nasi kerabu atau mana-manalah lagi resepi yang menggunakan serai. Bila nak guna senang, pegi jer cabut batang kat kebun, tak payah susah-susah nak cari kat market. 

Serai senang tumbuh dengan menanam bahagian batang bersama akar (daunnya dipotong), tanam beberapa pokok bersama2. Seelok-eloknya tanamlah pada tempat yang boleh dapat cahaya matahari yang banyak.

Serai yang menyimpan memori masam manis akhirnya removed by orang yang membawanya masuk kedalam kebun,  katanya in advance untuk preparation for site yang dia nak letak water tank in next school holiday, terlebih rajinkan. 

It's ok lah sebab bila tengok pada bhg batang dan akarnya nampak semakin mengering dan tak elok..mungkin sebab kurang maintenance kot, nak buat kuah kacang baru datang dekat, hehehe.

Somehow to be fair to me, he prepared other site for me to plant the lemongrass again.
Not bad also since boleh dapat full sun on this side.
 Nie beberapa pokok yang nak ditanam bersama-sama.
 Bismillahitawakkal alallah... dah selamat.

Dan yang balance drp pokok2 yang dah dicabut tu terpaksa disimpan dalam deep freezer untuk stok simpanan takut2 nak terguna lagi in the future. manalah tau nak buat kuah kacang nasi himpit lagi  sementara pokok yang baru ditanam membesar.

Nuffnang Ads