Showing posts with label Cauliflower. Show all posts
Showing posts with label Cauliflower. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

Ajaib Bin Pelik

Kataku...pokok bunga kobis kat ladang tuh dah useless, umur dah lebih 4 bulan pun masih belum berbunga2 jugak...sekarang nie dah musim panas makinlah tiada peluang nak berbunga...kita cabut buanglah yer..buat menyemak ladang dan matajer..

Katanya..jangan dibuang lagi..inshaallah pokok2 tuh akan berbunga bila sampai masanya nanti..cuma mereka2 tu perlukan lebih banyak air jer..

Aku cuma mampu lihat sahaja usahanya nie  watering sikit punya..berliter2 air tuh..

Tidak lama lepas itu...

Kataku ...buat penat dan bazir air jer kita put effort ..sampai hari nie pun nothing yer come out..saya berani bet yang mereka takkan berhasil..kalau berbunga saya bagi 10 hadiah istimewa...

Katanya...we'll see..

Tidak lama selepas itu jugak...

Katanya..awak bet yang nak bagi 10 hadiah istimewa kan kalau bunga kobis tuh berbunga...haa..mari sini, mari ikut saya...bersedialah dengan hadiah itu...

 Haaa??? miracle kah ini?? berbunga....oohhh dialah yang lebih betul nampaknya...tapi agak skeptikal dalam hati 

Kataku..kenapa bunganya begini tak macam yang biasa kita tengok..?

Katanya...mula2 bunga tuh memang begitu...nanti after sometimes jadilah betul2...tengok yang nie pulak....


Kataku...ooo begitu rupanya...adakah aku yang silap dan jahil tentang pokok nie?.

Setelah menunggu tuk menuai hasil..,sikit masa selepas itu..  


Kataku..kenapakah bunga kobis nie menjadi begini pulak..cam berbulu dan tumbuh pucuk jer...

Katanya..entahlah...tak tahu pulak boleh terjadi cam gitu...hmmmm


Ade jugak yang berbunga dari pokok2 lain yang dibiarkan hidup dan terlebih matang rasaku. Namun tidaklah aku tertipu  dengan bunganya dan berharap untuk menuai hasil...huhuhu..

Agaknya bunga kobis yang terbentuk tuh telah mengalami mutasi kot tuh psl rupanya agak pelik kn...

Friday, 13 June 2014

Ladang Bunga Kobis Pulak

Aku rasa ade diantara rakan2 yg BW mungkin agak bosan tuk baca entri2 aku yg pasal tanaman banyak jer nie kan..buat masa nie tk nyempat nak beridea kreatif..menulis dengan lebih interesting..maklumlah tak cukup kaki tangan dan masa...:)

Somehow aku teruskan menulis jugak hingga capai target nak cecah juta trafik nie..jangan gelak yer sementara trafik masih bagus..kalo aku bermalasan mungkin trafik aku kan jatuh, semangat menulis pun jatuh..last2 berkubur begitu jer blog aku nie..so stay calm for another 1 to 2 months yer UAA.

Tuk masa skrang yang aku boleh cerita tanpa banyak berpikir adalah tentang ladang aku jerlah...dengan harapan ianya dapat memberikan inspirasi lah kunun kepada mereka2 yang minat berkebun..walaupun mereka tuh silent reader...

Dan tuk rakan2 yang mungkin kebosanan ngan entri begini kalau nak bolehlah abaikan entry aku kan...barulah fair tuk korang...taklah membaca kerana keterpaksaan tuk BW purpose jer..:)

Ok sudahlah membebel, kali nie aku tayang cauliflower plak..

Nie benih yang Uncle Adam (or Adam Mamu dorang panggil)..bagi sent fr Canada tuh.tanpa menangguh aku terus tabur benih dan tanam anak2 kebatas bila dah ready..

Sekarang memasuki usia 2 bulan lebih..rasa cam lambat lak tunggu mereka nie membesar dan berbunga..

Dalam 30 pokok jugak tuk kedua2 batas...semoga cepat berhasil jer cik Cauli..

So far belum berhasil lagi tanam bunga kobis dah 2 tahun mencuba..rasanya benih tuh yang tak sesuai..sebab cam last yr kami tanam brokoli alhamdulillah berhasil..so mungkin bukan faktor cuaca...ini benih kali ini lain dari yang sebelum nie..doaku agar berhasillah nanti inshaallah..

Kalau tak jugak  kali nie..memang aku bersara dah lepas nie..balik kampung beli kobis bunga kat pasar..huhuhu

Tuesday, 18 June 2013

Update#2DBF- Cauliflower/ Bunga Kobis


 Batch#1 - 3 months +++

 Batch#2 - 3 months

Batch#3- 2 months 

Entri ini hanyalah sebagai rekod tukang kebun ...for future reference.

p/s - Jangan susah2 komen...

Saturday, 4 August 2012

Bergelimpangan

Assalamualaikum..
Terkejut dibuatnya bila masuk kebun macam nie pemandangannya..macam kena serang..bergelimpangan pokok2 cauliflower hampir 80% of them yang ditanam didalam greenhouse.
Lihatlah yang nie,
 Yang ni pada batas lain pulak,
Tetapi yang kat luat greenhouse semua steady jer - yang kecik dan yang besar (tanah lebih keras kot untuk menahan)
Actually last night hujan lebat, cukuplah untuk membasahkan dan melembapkan tanah..jauh lebih banyak jika nak dibandingkan dengan yang kita siram dengan air tiap2 hari. Pokok2 cauliflower tuh agak besar jugak sebahagiannya (ketinggian melebihi paras lutut dewasa), baru 3 bulan usia, belum nampak berisi lagi tuh. Actually ini adalah percubaan untuk menanam cauliflower tak tahulah samada akan  berhasil ker tak, serahkan kepada Yang Mentaqdirkan. Kalau tak berhasil jgk maybe next time kena plan much earlier so that by the time cooler season started, pokok dah almost 3 months, mungkin boleh berbunga (sebab cauliiflower akan berbunga pada suhu yang sejuk).  Disebabkan Pokok2 tuh besar dan berat, so bila hujan lebat dan tanah menjadi lembap dan lembut, maka senanglah pokok tumbang sebab tiada penahan. Alhamdulillah takdalah sampai tercabut akar pulak. So terpaksalah buat banyak kerja, layan pokok satu persatu - angkat, menompokkan lebih banyak tanah, letak penahan berdekatan dengan pokok agar kalau ditiup angin taklah jatuh balik. Insyaallah bila matahari dah keluar, cuaca menjadi panas, tanah kering balik. batang akan menjadi teguh balik.
 So setelah kerja-kerja pemulihan dibuat inilah rupa mereka yang alhamdulillah berdiri tegak kembali.

Tuesday, 17 July 2012

The survivor

This photo was taken on 16th June 2012 when we had a period of heavy rain here in Fiji, the plant was about 10 days age. It was almost spoiled because of too much rain.


However, a month later (todate). It's still survived and now has become this big....


What i did to help this poor plant at that time was keep watering everyday twice a day and strengthened the plant by putting more soil on the base. Alhamdulillah it's growing and healthier now.


Nuffnang Ads