Showing posts with label Blogging tips. Show all posts
Showing posts with label Blogging tips. Show all posts

Wednesday, 14 May 2014

Cecah Jugak 3000

Alhamdulillah ini merupakan kali pertama..untuk hari Isnin/ selasa actually..baru sempat nak keep the record here. Tak kesahlah apa blogger otai ker tak otai ker nak kata bak kata JR, tuk blog picisan cam kita ni tetap jugak hepinya..sekurang2nya sedikit kepuasan dalam menulis kan...

Biasa pageview aku averagenya adalah 2000 lebih jer sehari..yg semalam  tuh aku pun kurang pasti kerana apa..huhuhu..

Anyway target aku akan terus menulis sementara traffic masih baik nie..kalau aku brenti nanti susah lak nak naikkan traffic kan..target aku jugak nak menulis sekurang2nya 1 entri sehari hinggalah cecah 1juta pageviews inshaallah..alang2 berblog..lepas tuh bolehlah aku nak buat perangai kan..huhuhu

Tapi rasanya adelah dalam 2 bulan lebih jugak tuh lagi nak jadi jutawanlah kunun....hehehe

Friday, 11 April 2014

Entries Yang Paling Hot Setiap Bulan

Tabiat berblog aku setap hari adalah menganalis pageview bagi setiap entri yang aku buat..bukan ape nak tengok roughly berapa ramaikah yang sanggup baca tulisan aku yang tak seberapa nie..atau berbaloikah aku menulis atau cuma aku yang syok sendiri sahaja..heheh

Yang aku suka check adalah pageview tertinggi setiap bulan..


Top 5 dibulan nie...kalau dulu Menanam Sawi Caraku berada ditempat teratas, kini telah dirampas oleh Diet Rendah Kalori serta Tip Berkesan Nak Halau Semut..yang aku perasan entri2 diatas nie tiap2 bulan pageview tuh bertambah..selagi ade orang nak berdiet dan selagi ade yang nak halau semut, tanam sawi dan buat bajalah kot..

Macam pelik  kan blog aku nie lebih kepada gardening namun entri teratas yang topik lain lak....huhuh

Tak kesahlahkan janji semua tuh original idea penulisan aku sendiri berkongsi berdasarkan pengalam sendiri..yang lebih praktikal.

Semua entri yang tertinggi tuh adalah dari search engines seperti pakcik Google terutamanya. Yang normal entry tidak berinfomasi sangat..merepet2..berada dibawah dari entri pilihan pakcik Google..

Alhamdulillah dengan sedikit masa yang diluangkan tuk perkongsian info, pengalaman serta merepet2 diblog nie bagi aku tidaklah sia2 sangat..lagipun nawaitu aku diawal berblog adalah tuk berkongsi pengalaman serta info.. 

Bagi rakan2 yang ingin menambah trafik dalam blog, seeloknya selitkanlah entri2 yang bersifat info selain dari berkongsi cerita..setidak2nya entri info nie akan membantu beri kita trafik selagi ade yg mencari..inshaallah

Friday, 14 February 2014

Pengalaman Mencari 'Pengikut'

Baca sampai habes ya, ade yg menarik kat last tuh kununlah untuk korang..

Masa aku mula2 bukak blog nie..macam suatu masalah dunia plak bila memikirkan camaner lah tuk dapatkan 'pengikut' nie..orang lain berpuluh-puluh, beratus ribu..aku kalau nak dapat 3 orang pun susah rsnya pada awal2 nie..

Ngan takder atau bilangan pengikut yang seciput camaner aku nak menghadapi dunia blogger nie...malu weyh kalau orang tengok pengikut aku tak sampai 10. Aaahhh ini tidak biasa terjadi...

So aku tak letak followersnya nyer gadget pada awal2nya tuh ..

Pun begitu ade jugak yang baik ati nak follow aku wpun aku cuba melarikan diri dari diikuti..iaitu Kak Puteri Purnama...then aku terpaksalah menahan air muka  letak jugak gadget tuh..

Lepas tuh adelah beberapa rakan seperti Kak Mar suka-suka, Olive dan Ibu Qistina yang followed...tak sampai sepuluhlah pada masa itu.

Kemudian tah camaner aku terserempak ngan Entri Ben Ashaari yang buat segment tukar link..aku pun ikut jugahlah dalam malu2 kucen tuh..

Pastuh dalam tukar2 link tuh adelah yang suka sama suka add jadi followers, aku pun ikut jugaklah..wpun aku sedar apalah sangat blog aku nie depa nak ikut..sapalah yang minat berkebun mebun nie kan..tapi ade yang aku tengok dianataranya tuh followers sampai lebih 500, namun traffik tak sampai 10,000 pun..pandai jugak depa carik followers kan 

followingducks 300x224 How I Got 1000 Followers on Twitter twitter tips and tricks

Ok takperlah..at least that increased my followers sampai jugak 20 lebih rasanya...

Pastuh aku pepandai sikit jalan2 blog orang tengok ade yang dengan telusnya memberi ucapan "saya dah jadi follower awak nie..sila2 lah keblog saya lak yer..' oh gitu yer cara staright forward nak tambah followers...so honestly aku jugak pernah tebalkan muka ikut cara gitu ngan ayat aku sendirilah yang dekat nak sama tuh..

Tak pun aku gie menempek kat satu2 blog tuh, komen2..sampai tuan blog tuh sedar kehadiran aku..kalau dia takmo gak dtg jenguk blog aku..aku merajuk diamkan diri..pastuh sure dia akan rendu dan datang blog aku dan follow nyer..heheh

Then lepas followers aku capai 50 lebih tuh, aku mula insaf dan takmo dah tebalkan muka paksa-rela orang tuk follow aku..biarlah..tak mengapa sebab aku realised walaupun depa jadi follower tapi tak semestinya depa follow setiap entri kita..yang letak link tuh lagi banyak follow..so takmo ajak2 paksa orang..kalau dorang nak folo aku biarlah kerana dorang suka ngan blog aku bukan kerana hanya tuk menambah bilangan followers..dan aku jugak tak dapat janji folo balik kerana komitmen dan kesuntukan masa...mana yang sempat aku folo balik, kalau tak aku KIV dulu.

So follower tuh bagi aku it just a number..and would not help you much to increase yr traffic..lainlah kalo blog kita tuh best sangat, fofular sangat..orang duk tertunggu2 nak baca entri..

Kalau ikut fakta pun tuk blog aku nie less than 10%t traffic dari blogger.com (followers)..the rest bykkannya dari SEO dan mereka2 yang letak link dalam blog mereka..thanks a lot yea anda semua..really appreciate it..oh tak lupa jugak 'you might like it' widget pun banyak bantu traffik.

Sebab apa kurang dari bloggers dashboard? sebab kebanyakkan yang follow kita tuh dah follow berpuluh atau mungkin beratus blog lain..dalam dashboard mereka akan cepat penuh dan mungkin akan overlook akan entri kita...kalau mereka letak link, at least anytime boleh refer kan. 

Sebab itulah aku tak kesah pun follower bertambah ker tidak..kalau bertambah alhamdulillah dapat menambah baikkan lagi imej blog bila orang tengok..kalau tak pun tak per..no big deal.

Pun begitu untuk blogger yang baru berjinak2 dan membuka blog..follower's number tetap significant jugak...ianya sebagai pemberi imej yang baik untuk blog sedikit sebanyak kalau entri kita best, akan menarik followers tuh tuk klik keblog kita melalui dashboard mereka..inshaallah...

Selepas traffic kita semakin bertambah, link ker blog kita dari blog lain pun dah banyak.. ok lah selepas tuh ..followers akan datang ngan sendiri...inshaallah.

So disini aku beri peluang untuk blogger baru atau lama yang mana sudi untuk menambahkan follower mereka.  Kalau berminat apa yang korang perlu buat cuma tinggalkan komen kat bawah lebih kurang begini ;

'JOM SALING FOLLOW SUKA SAMA SUKA DAN TAMBAH FOLLOWER'.. (nak senang copy n paste jerlah kat komen box..hehe).

Jadi kalau diantara yang tinggal komen yang sama begitu, korang saling BW dan follow lah..senang kan..Aku cuma nak tolong jer sebab dah pernah lalui tuh semua..ini kira macam social work tuh blogger lah..heheh...kunun..  Bukan segmen sama sekali yer..:)

Ok..all the best..dapat 10 orang dalam sehari pun dah ok kan..

Rasa-rasa cam nak buat review blog korang plak yer..tapi bilalah tuh dan adakah masanya untuk itu...

Tuesday, 12 March 2013

Pilihan SEO, Pilihan Bloggers

Hari ini kena buat entri yang tidak bergambar kerana big boss guna camera..huhuh..tak dapatlah nak mengambil gambar kebun mahupun masakan Jadi kenalah menulis sesuatu yang memerlukan pemikiran sikit..walaupun malas nak berfikir.

Semua yang ditulis adalah berdasarkan pendapat sendiri (yg tidak semestinya tepat), analisis berpandukan blog sendiri (blog orang camaner nak tahu data) dan dari pemerhatian2 sekitar blogging environment. 

Pilihan SEO adalah merujuk kepada carian melalui search engines, selalunya pencarian berbentuk maklumat dan juga images. Manakala pilihan bloggers adalah entri2 yang menarik minat pembaca yang terdiri daripada bloggerslah samada dari blog link mahpun blogger dashboard..  Untuk blog nie, so far penyumbang traffic yang terbanyak adalah link dari blog Salam2Benua (thanks Sis LG) dan Google Search.

Yang diperhatikan traffik yang datang dari SE adalah kebanyakkannya berbentuk pencarian maklumat seperti cara penanaman, cara buat kompos, cari blog kita dan sebagainya.  Manakala traffik dari blog links pula lebih kepada latest entri harian kita ataupun nama blog kita.

SE rasanya diluar kawalan kita, kerana pencari2 maklumat mencari maklumat, dan search engines memberikan options kepada mereka mana nak pilih, SE juga meletakkan blog kita dalam carian mengikut ranking tertentu samada first page atau page yang terkebelakang. Alhamdulillah, for this blog banyak entri yang telah berada di first page...

Traffik bagi blog link pula mengarahkan bloggers yang mengunjungi sesuatu blog untk menuju keblog kita berdasarkan tajuk entri mahupun summary, gambar dsbnya mengikut setting pemilik blog. Kalau tajuk menarik, mungkin ramailah sikit yang akan klik untuk membaca entri kita..kalau subjek biasa2 sahaja mungkin orang akan terlepas pandang..betul tak..?

Pemerhatian pada blog sendiri..ade beberapa beberapa entri yang traffiknya adalah melalui carian, mempunyai pageview yang tertinggi dalam seminggu walaupun entri itu sudah lama disiarkan...dan maintain sebagai popular posts for the week, month and all time contohnya entri Menanam Sawi Caraku dan Cara Mudah Membuat Baja Kompos, lebih dari 200 pageviews dalam seminggu. Entri2 yang baru pula bergantung kepada tajuk dan ceritanya yang meningkatkan pageview. Sebagai contoh entri Alkisah Petai Versi Fiji  yang mempunyai pageview tertinggi last week. Kalau tajuk menarik, cerita bagus, banyaklah pembacanya jika tidak biasa-biasa sahaja.

Jadi untuk balance kan diantara traffik dari blog link dan bloggers (dtg from dashboard).. rsnya entri kita perlulah ade yang bersifat informative dan juga interesting story. Biasanya bloggers lebih suka kepada cerita yang menarik, santai dan kena dengan minat mereka, jadi mereka akan meneruskan pembacaan dari dashboard ke blog kita..ditambahkan lagi dengan adanya gambar2 yang menarik.. ramailah yang akan tertarik..Kadang2 cerita tentang family pun boleh menjadi menarik kan bila kena gayanya..mcm drama bersirilah yg orang suka mengikuti, maka akan adalah peminat setia...:)

Sebab itulah dlm penulisan blog ini tidaklah tertumpu kepada satu subjek sahaja (i.e gardening), subjek untuk 'long term investment' ataupun sesuatu yg masih dicari dlm blog nie wpun tidak lagi aktif (tidaklah penulisan itu tersimpan begitu sahajakan, ilmu ttp dicari)..dan yang lainnya itu sebagai pengisian dan perkongsian..inshaallah.

Hmm..jika diawal berblog dahulu dirasakan banyak yang impossible nya, namun kita alhamdulillah setelah 10 bulan berblog tidaklah begitu mengecewakan..average 1000 pageviews perday alhamdulillah dapat dikecapi jugak..hanya perlu maintainkan traffic agar tidak merundum pulak....

p/s - mana2 yang terkurang terlebih  tuh bolehlah ditambahkan atau diperbetulkan ya...

Friday, 11 January 2013

Tips Blogging Untuk Blogger Baru

Maaflah yer kalau banyak terkeluar dari topik2 yg biasa lak...tetiba datang angin untuk berkongsi blogging tips pulak dengan rakan yang baru bukak blog..walhal blog nie pun blog baru jugak namun alhamdulillah usaha selama ini tidak menghampakan...

Tips2 ini adalah berdasarkan pembacaan, research dan pengalamanlah masa awal2 berblog...kalau ade yg tak kena tuh maaplah serta tolong tnjukkan lah yer...

Macam mana nak cari traffics pada awal2 kemunculan blog...?
(Bukan kerja senang nie...sapapun tak kenal kita..boleh jadi give up jgk kalau takder respon..)

1. Tetapkan objektif kita menulis blog, nak suka2 jer ker, nak berkongsi cerita atau nak share info atau nak buat duit dengan iklan.(nie bukan senang..tgk nasiblah)..Bila dah ade objektif, tulislah sebaik yang mampu dengan sekreatif yg mungkin idea kita..jgn panjang sangat mcm novel, jgn pendek sangat mcm quote jer, letakkan sedikit gambar2 yang elok. Take it easy, satu sehari pun cukup, janji kita tetap menulis, kalau kita berterusan menulis tiap2 hari, maka sampai masanya google search engine akan recognise blog kita..dan akan mula muncul dalam search engine.. yang nak kuar search engine nie kena banyak bersabarlah..makan masa jugak..bukan sebulan dua.

2. Submit blog kat search engine macam google or yahoo or bing dsbnya..
Sbg contoh utk submit kepada google - kena pergi dekat webmaster tool , dah tuh submitkan URL anda..ini untuk memudahkan google search engine jumpa website kitalah,.., lps tuh follow jerlah instructions kat situ..

3. Komen 
Rajin2lah komen diblog2 orang lain, buat2 kawan..makin banyak blog yg kita tinggalkan komen makin bagus sebab nanti ramai yg akan discover kita, mereka akan click balik dkt profile kita dan datang ke blog kita. Juga bila orang tinggal komen diblog kita rajin2 lah balas sebab kebanyakkan pengomen akan dtg balik untuk melihat jwpn kpd komen2 mrk.. banyak saya lihat blogger yg telah mencapai berjuta2 traffiknya tetap menjawab komen2 pengomen seperti Hanis Zalikha, Redmummy, Salam2benua dsbnya..Lagipun dengan menjawab komen orang akan dapat tahu dengan lebih tentang apa yg kita tulis..sbg appreciation utk komen2 mrk jgk..barulah ada interaction 2 hala dengan our readers...

Ade lagi tu tipsnya namun setakat inilah dulu kerajinan nak tulis tips nie..kalau ade apa2 yg tak betul tuh blogger yg dah berpengalaman boleh tegur dan kongsi info...


Nuffnang Ads