Showing posts with label Sosial Life. Show all posts
Showing posts with label Sosial Life. Show all posts

Tuesday, 16 April 2013

Jemputan Kenduri Arwah

Hari jumaat, minggu lepas ade jemputan untk kenduri setahun arwah dari rumah jiran yang jaraknya selang 4 buah rumah dari umah kami (still naik keta jgk pegi..heheh). Rumah yang kami pergi nie kiranya salah salah satu family yang terkaya disini..muslim ..alhamdulillah tidak sombong.

Suatu tradisi masyarakat Indian samada muslim mahupun hindu adalah kebanyakkan ahli keluarga tinggal bersama2 dari sebelah lelaki terutamanya..maknanya kalau dalam keluarga ade anak2 lelaki..maka mereka ini akan tinggal bersama2 ibubapa mereka, anak isteri mereka..bercampur aduklah ipar duai dalam satu rumah..(kalau ikutkan islam tak kena sebab aurat diantara ipar duai yg bukan muhrim kena jaga..& isteri juga ada hak untuk tinggal asing).. 

So family nie walaupun kaya raya..3 adik bradik lelaki tinggal bersama2 keluarga  masing2 dalam rumah besar ini..juga ada Indonesian family yang bekerja dengan mereka tinggal disitu juga..Gunawan namanya..hehe..tp kami jarang jugak jumpa kecuali ade sst function dptlah bersua muka..raya pun baru sekali mrk dtg umah..

Berbalik kepada jemputan tuh, program mereka start right after maghrib, hari jumaat tuh kan puasa ganti, Abuaidan nak pegi cepat2 before program start dan maghrib kat sana, jadi tapaukan air dan sedikit agar2 untuk bukak posa dalam keta sebab takut nanti food lambat serve memang kebulurlah jawabnya... 

Bahagian tetamu wanita diruang tamu dibawah..manakala tetamu lelaki ditingkat atas. Program sedang berlangsung, bolehlah didengar sebab diorang guna microfon..tp pahamnya tuh idak...hehehe

Budak yang kebosanan dan kelaparan tiba2 dapat kawan kecik..sibuk dok main nak cium2 nih...

Seronok bermain ngan kawan baru..nampak gayanya ade gaya untuk jadi abang yang baik nie..:)

Agenda program antaranya bacaan quran..kemudian diikuti oleh speech oleh Imam Madrasah Tabligh yang dijemput..banyak jugak pelajar madrasah tabligh yg datang untuk program ni. Maghrib kat sini 6.10pm, dah masuk isyak kul 7.30, imam terlajak 7.45 baru berenti..kemudian makanan ringan baru dihidangkan..masa nunggu tuh anak bujang dah berbunyi sebab lapar..mintak breadlah,  nasi lah..sebab biasanya kalau kat umah lps maghrib kami dinnner.

Pengalas perut sebelum real hidangan ..halwa suji, kacang merah goreng ..buah tembikai dan nenas. 

Hampir habis menikmati hidangan..yang baju oren itulah Indon yang tinggal ngan diorang..

Kemudian tetamu lelaki solat isyak. Lepas isyak barulah jamuan dihidangkan...itupun served kat lelaki dulu dan tetamu wanita dan anak2 terpaksa menunggu lagi. Pukul 8 lebih baru dapat dinner...

Buffet style..hidangan biasa Nasi Palao..roti puri dan kari serta acar dan sambal..

Pun kena beratur tunggu sorang demi sorang ambik..yg ngan anak2 kecil tuh agak susahlah sikit..nasib baik Aidan tak banyak kerenah..ikut jer dan makan sendiri lak tuh...

Pukul 9 lebih barulah dapat beredar balik kerumah. Yang kurang praktikalnya majis diorang adalah makanan lambat dihidangkan..setidak2 nya hidangkanlah yg ringan dulu  buat alas perut. Kesian kan anak2 kecik, orang2 tua serta ibu2 mengandung (hohoho) ..yang kebuluran menunggu....

Nuffnang Ads