Since sekarang adalah musim mengecap hasil kebun, dipaparkan lagi hasil dari usaha kami yang sedikit dengan ganjaran dari Allah yang abundant..alhamdulillah banyak sayur yang kami tidak perlu membeli dari pasar lagi. Kalau nak dibandingkan harga sayur di Fiji jauh lebih murah dari Malaysia dan fresh..kalau ade $10 pun dah boleh beli lebih dari 5jenis sayur.
So skarang bila tanya Abuaidan berapa jimat seminggu duit pasar, katanya more than $10 perweek, alhamdulillah..walaupun tak besar sangat nilainya, namun still will make a little bit of different, kan..
Sekarang nie tidak perlu lagi membeli terung, tomato, sawi putih serta petola.
Kerana sawi putih yang ade diladang pun supplynyer yang cukup untuk beberapa minggu.
Tuaian sawi putih
Terung panjang ade sepokok jer namun tidak putus2 berbuah
Tuaian terung
Selain terung, dalam seminggu juga kami dapat menuai kobis bulat, kangkung,bendi serta bayam.
Kangkung yang semakin sehat dengan kekerapan hujan kebelakangan nie..
Bayam yang tumbuh sendiri..tak putus-putus.
Tuaian kobis bulat
Bekalan yang berterusan kerana kerajinan tukang kebun baru menanam secara berperingkat
Tuaian bendi dalam 4 hari
Pokok bendi yang semakin galak berbuah
Tuaian cili dan tomato
Tomato masih setia berbakti walaupun sudah dimamah saki baki usia..
Pokok cili besar yang lebat berbuah.
Kalau diberi pilihan untuk start keta untuk pie beli cili, pandan atau kunyit kat kedai atau bukak pintu umah jalan setapak dua untuk petik atau gali jer mana anda pilih?
Berkebun actually bukanlah memerlukan kerajinan untuk menjayakannya..cuma attitude. Tanam cili bukannya memerlukan belaian setiap hari, lengkuas jugak bukannya perlu siram setiap hari..malah terung juga takkan mati pun kalau kita tak letak baja ataupun siram malah makin berusia makin banyak mengeluarkan buah.
Jangan kata takder kerajinan atau masa untuk mulakan usaha yang kecil.. kalau dok aparment boleh dimaafkan, tetapi kalau dok rumah teres sekurang-kurang nya anda boleh lagi gunakan bekas kalau setakat nak tanam cili...