Lama dah tak makan kek kukus..tiba2 dtg keinginan untuk buat kek buah2an nie..kalau beli kat kedai kek buah-buahannya kering dan kurang sedap..baik buat sendiri jer ..so last week merajinkan diri mengukus kek nie. Sebenarnya bahan2 dah dibeli lama dah cuma kerajinannya jer yang kurangnya...so takut big boss mula bising barang beli tak buat, maka kenalah mulakan operasi sepagi...
Kek buah-buahan yang dikukus hampir 3 jam.. lembap dan sedap..tak sabar2 tunggu sejuk terus dipotong...
Resepi Kek Kukus Buah-Buahan
(diambil dari En. Mat Gebu ...mintak izin kongsikan siniyer..)
BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak) - tuan rumah tak letak
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
- Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
- Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
- Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....
Peminat Kek Buah-buahan mesti mencubanya..sedap nie..tak susah pun nak buat..cuma kena kukus jer lah lama sket..tak berbaloi..:)