Showing posts with label Kuniyit. Show all posts
Showing posts with label Kuniyit. Show all posts

Tuesday, 17 September 2013

Tuaian Kunyit Yang Tak Nampak

Lama dok merancang nak gali kunyi kat kebun, tapi asyik tertangguh jer sebab kekangan masa dan kelebihan M. Namun dok tengok hari2, pikir2 rasa ade baiknya aku teruskan usaha nie kerana tak elok tak elok bertangguh-tangguh bila cuaca pun dah makin panas nie..

Pagi nie masa mem kecik tidur lama barulah ade sikit R,

 Tapak tanaman,tengok gitu tak tahu ade kunyit kan didalam tanah ..pokok dah mupus, tercabut..dicabut buat masak rendang..dormant, tercabut sendiri kerana ketidaksuaian cuaca baru2 nie..kunyit akan pupus musim sejuk, tapi isi tetap maintain dalam tanah.

 Nampak tak isi yang dicungkil dengan gardening fork tuh..agak dalam jugak tuh isinya..

 Tak sangka lebat jugak rupanya setelah disimpan dalam 2 tahun rasanya..

 Yang nie ditanam balik, biar tumbuh balik dalam tanah tuh..

 Model budak kebun mencuci kunyit2 yang digali..dia sebenarnya suka tuh kalau dapat main air ngan kunyit2 tuh sekali..tapi asyik kena sound 'enough..enough.., don't play'  hentikan lakonan  tuh..hehe

 Inilah hasilnya..alhamdulillah dekat sekilo gitu.

Isi yang besar dari ibu jari..semuanya segar bugar takder satupun yang buruk alhamdulillah.

Inshaallah yang tertuai banyak nie nanti akan diusahakan tuk membuat serbuk kunyitlah nanti kalau M tuh berkurang..tapi takleh dibiar lama sangat gitu..nanti tak fresh lak. Ade satu rumpun kunyit lagi yang dibiarkan gitu walaupun dah hilang pokoknya kerana dormant kejap.

Sunday, 20 January 2013

[Our Garden] Yang Subur dan Banyak Anak..

Siapa sangka dinegara yang penduduknya tidak pernah mengenal mahupun mengetahui keistimewaan daun dari pokok ini, pokok pandan dapat hidup subur seperti dinegara asal ianya dibawa masuk iaitu bumi Melayu. Asalnya dibawa masuk oleh kakitangan kedutaan Malaysia disini dan juga diberi kepada rakyat Malaysia yang duduk dinegara 'jin bertendang' ini. 

Asalnya cumalah 2 pokok kecil yang ditanam berasingan,  namun telah berkembang menjadi lebih banyak pesat lagi dengan anak2 yang baru tumbuh. 


Didua tempat yang berbeza, namun kesuburannya tetap sama. Walhal tukang kebun bukanlah rajin menyiram pun, harapkan air hujan sahajah mereka ini. Pertumbuhan mengatasi penggunaan, almaklum sahajalah bukanlah super rajin nak buat kuih manjang..nasi lemak pun sekali sebulan. So hiduplan mereka ini dengan sedikit sahaja ancaman kena potong. 


Begitu juga dengan pokok kunyit. Masa belum ade memang tak sabar2 nak tanam, nak jugak ade kat laman..namun bila  dah ade, banyak pulak tuh..tak juga digunakan seberiya mana pun...


Pokok yang asal ditanam tidak sebanyak nie, cuma bila disemai tuh, 1 tempat tumbuhlah 1 atau 2 pokok. Tak lama kemudian pokok lupus atau dormant, isi tidak digali keluar dibiarkan sahaja didalam tanah. Namun Alhamdulillah sejak beberapa bulan kebelakangan nie, nampak mereka mula berkembang biak dengan suburnya.  

Selalu teringin nak letak dalam gulai kuninglah,buat rendanglah, namun masalahnya adalah malas nak kuar korek isi musim panas2 begini. Mungkin suatu hari nanti kalau ade kerajinan boleh usahakan buat serbuk kunyit plak kan..jimat duit takyah beli serbuk lagi..

Nuffnang Ads