Showing posts with label Natures and Around. Show all posts
Showing posts with label Natures and Around. Show all posts

Saturday, 22 February 2014

Cuci Mata di Petang Sabtu - Rama-Rama

Jarang atau mungkin tak pernah aku dapat tangkap gambar rama-rama secara close up. Biasanya bila pergi dekat, press jer button ON.. terus jer terbang..

Tapi tidak dengan ini yang menikmati nectar dari zinnia. Agaknya rama-rama yang sudah veteren kot...agak jinak sikit..tidak perlu aku guna zoom pun.





Actually suka perhatikan details pada makhluk Allah nie..namun dengan camera yang biasa sahaja mungkin micro setting nyer taklah sehebat DSLR kan..apapun bersihlah mata sekejap setelah dicuci ngan tengok rama-rama nie..:)

Monday, 25 February 2013

Cuci Mata Selepas Musim Hujan

Berlalulah sudah awan yang sarat memuntahkan kandungannya dibumi yan dipijak ini setelah lebih seminggu ... Pagi ini matahari mula muncul sambil tersenyum..aahhh 'welcome back, mr sun'.. dapatlah semua orang back to normal..

Mari kita tengok pemandangan dipagi hari bila sang hujan telah berlalu..

Bila menjenguk diluar pagar,

Kanak2 sekolah kembali ceria..tiada lagi hujan yang menghalang..

Sekitar laman depan rumah...

Pokok bunga kertas (betulker?) kembali ringan dengan gugurnya air kebumi.

 Bunga2 rumput menguning..aahh cepat sangat munculnya...

 Indah kan bila dilihat dari dekat..

 Yang purple..lagi terserlah...

Beralih kelaman belakang...

Panjangnya grass dengan kemuncupnya sekali melebihi lutut.. aidan pun dah pandai cabut kemuncup nie...

 Cendawan..malangnya tidak boleh dimakan, mungkin beracun..aaahh rindunya akan cendawan yang normal...

 Pokok2 bendi semakin besar malah sudah berbunga dan mula berbuah..

Hujan juga bonus bagi jagung..cepat sangat membesar...

Tanaman yang masih kecil, alhamdulillah survived walaupun ade juga yang terkeluar2 akarnya. Alhamdulillah kerana masih banyak dalam pemeliharaanNya..

Sunday, 17 February 2013

Cantik Walaupun Tempatnya di bawah

Kalau lepas2 hujan mudah sangat mereka nie muncul..


Bukannya perlu bersusah paya untuk ditanam



Dari jauh terserlah dikalangan hamparan bumi yang kehijauan

Kadang-kala kita memijaknya tanpa menilai cantiknya siempunya diri..


Tuesday, 5 February 2013

Pelangi Senja Didepan Mata

Hujan rintik-rintik turun membasahi bumi untuk beberepa ketika..
Kemudiaannya muncul kembali sang matahari..
Namun dikala matahari menyinar, hujan juga masih berintik-rintik
Terciptalah keindahan Pelangi Senja
Seketika tadi halaman belakang menjadi saksi


Salah satu keindahan ciptaanNya yang menjadi yang menjadi idola sejak zaman kanak2 lagi...


Kalian semua sukakan  rainbow?

Wednesday, 16 January 2013

[Wordless Wednesday] Buah Apa Pulak Nie..?



Inilah pokoknya...

Korang sememangnya bijak dari ummuaidan ttg nama2 nie..maka beritahulah wahai sahabat2 budiman..:)


Thursday, 27 December 2012

Allah Selamatkan Kamu Berdua

Nie kira last la yer coverage pasal taufan..takut korang mula naik bosan. Anyway baby birds nie yang lahir before taufan, sarang mereka dicelah dahan pokok didepan rumah. Pokok yang mereka bersarang nie memang bergoyang hebatlah hinggakan pokok yang sebelah pun banyak dahan yang patah. Selepas taufan, bila meninjau sekitar, terasa amazing sangat yang mereka berdua nie masih selamat..sarang mahupun the babies tak jatuh pun.. Hard to believe namun bila teringat akan kuasa Allah yang menyelematkan siapa sahaja atau apa sahaja yang diinginiNya..La Hawla Quwwata Illa Billah.. 

Sunday, 11 November 2012

Keladi Hiasan Tepi Laman Yang Menarik

Pagi tadi setelah selesai menuai sayuran2 untuk mereka yang disinggah dirumah kejap, sempatlah meninjau-ninjau sekitar tepi pagar rumah. Ternampak beberapa pokok keladi yang berwarna, mereka disini memanggilnya dalo plant. Tak boleh dimakan keladi nie, boleh jadi gatal nanti atau keracunan tak tahulah, cuma nak buat hiasan tepi2 umah bolehlah...



 Yang berwarna merah muda..dari jauh sudah ketara. Pokok pun besar dan cantik



Yang ini warnya keputihan, ada percikan kemerahan sedikit..juga cantik untuk hiasan 

Semasa tengah leka  mengambil gambar, datang seorang auntie yang bermalam dirumah jiran sebelah, menemankan cucu saudaranya (cucu jiran kami) pada waktu malam kerana datuk & neneknya telah berlepas ke Australia untuk kerumah anak lelaki mereka selama 3 bulan. Dialah yang menunjukkan pokok keladi kecik ini, katanya cantik, pattern pun berbeza. Memang yang ini pokok paling kecil, kalau tak tengok betul, memang tak perasan.

Saturday, 20 October 2012

Aksi-Aksi Penghuni Kebun Yang Baru

Tidak tahu dari mana datangnya, tiba-tiba ada di recycled area kebun, menghuni. Anak dah besar rupanya, namun tak lah liar sangat, datang dekat pun tak lari. Lihatlah mereka ini seronok bergurau senda.











Seronok melihat kedua2 ini bergurau senda tanpa henti-henti.

Peminat kucing no. 1



Nuffnang Ads