Showing posts with label coriander/ ketumbar. Show all posts
Showing posts with label coriander/ ketumbar. Show all posts

Thursday, 19 June 2014

Baru Menjadi

Terima kasih korang atas keprihatinan korang mengongsikan tips2 yang bagus tuk mengubati batuk siAidan..really appreciate it..bila jauh dari bumi sendiri memang beginilah..kalau dok tempat sendiri boleh jugak tanya2 orang keliling kan..

Inshaallah kami sedang mencuba diantara tips yang kongsikan..kalau 1 tak menjadi, kita cuba yang lain plak..sebagai ikhtiar kan..

Dan semoga inshaallah dapat menjadi panduan tuk pembaca2 lain jugak yang mencari remedy kan...

Siabang nampaknya semakin baik demamnya tapi masih lagi dengan batuk On and off sepanjang hari...tapi i strongly believe that bila cukup tempoh ujian yang Allah tetapkan, inshaallah it will be removed..sooner or later..

Adik pula yang terkena demam, selsema dan batuk lagi..malam tadi hardly can sleep..asyik merengek jer tak sedap badan agaknya..hari nie lak hardly can do anything..tak boleh berengang langsung...nk masak pun susah..tulis entri pun curik2 masa dia nak duduk..

Dan tuk hari nie aku tayang gambar2 ketumbar yang baru berjaya hidup subur membesar ditahun nie..before this tak mau hidup..sebab panas atau benih tak menjadi rasanya..

3 cycles..

Yang dah sebulan lebih usianya..tuk kegunaan harian tuai yang nie jer lah..

Yang di tabur benih 2 minggu kemudiannya..dah ready cuma tak sampai turn nak harvest jer lagi..tunggu yang 1st abes dulu..

Yang batch ke3..masih lagi kecil..by the time yang dah besar2 tuh nak habes, inshaallah yang nie pun dah ready tuk dituai..

Ade yang bertanyakan pasal benih nie..actually susah nak pastikan samada benih yang kita beli tuh segar atau tidak..ikut nasiblah..kalau ade yang berkehendakkan benih memang tak dapatlah aku beri mintak maaf sebab jangka masa penghantaran pun dah makan bulan..takut tak menjadi lah kan nanti..

Kalau nak tengok cara kami tanam ketumbar nie bolehlah klik pada label ketumbar ..sorry malas sket nak cari link original entry letak sini..:)

p/s - AUTO PUBLISH YA...kalau ade adalah,takder takderlah kunjungannya...:)

Thursday, 10 October 2013

Penambah Aroma dan Seri Nasi Ayam

First tayang nasi ayam yang dibuat kelmarin tuk bukak posa..alhamdulillah tinggal 5 hari jer lagi out of 30, yeayyy. Nasi ayam dibuat kerana dah lama tak makan, lagipun ianya feberet semua orang..:)

Walaupun tidak begitu sempurna dengan tiadanya sambal cili. salad serta timun, namun tidak sesekali menjejaskan keenakkan rasanya (biasalahkan angkat bakul sendiri). Tergugat sudah diet dengan bertambahnya pinggan, big boss boss sama 2 pinggan. Hari nie ngan leftover tuh, balas dendam lagi.


Yang menambahkan aroma dan rasa adalah daun ketumbar tuh..setengah orang letak daun sup ataupun parsley, namun kerana yang ditanam hanyalah ketumbar..pun dah cukup puas hati..


Ini ketumbar dibawah hak milik tukang kebun baru..dialah yang menyemai dan menyiramnya hari2..tanam dalam pot kecik..cukuplah untuk kegunaan dapur dan ade jugak lagi yg masih kecil telah ditanam. Ketumbar kalau tanam dalam pot mudah jer,senang dialih kesana kemari tuk dapat cahaya yang reasonable..panas sangat pun tak boleh, takder tanah pun leh tanam...dan dalam pot jugak,kalau nak cepat boleh angkut dengan bekas2 masuk kedapur masa nak masak..:)

Saturday, 2 February 2013

Kaedah Menanam Ketumbar Bila Susah Tumbuh

Cuaca yang panas menyukarkan banyak tanaman untuk bercambah kan. Begitu juga dengan ketumbar..makin panas makin susahlah ia untuk bercambah. Bagi kawan2 yang minat menanam dikongsikan kaedah yang kami gunakan untuk menanam ketumbar bilamana cuaca tersangat panas dan juga gangguan2 dari sang katak yang turut menumpang di kotak ketumbar.

Kali ini kami tukang kebun menanamnya didalam kontainer pula.

Sediakan bekas yang agak sederhana besar, isikan dengan tanah sehingga hampir penuh. Kemudian taburkan ketumbar dengan rata pada permukaan.

Tutup dengan rumput kering untuk membantu mengekalkan kelembapan tanah. Siram sekurang2nya 2 kali sehari.

Seminggu kemudian ketumbar mula bercambah dengan giatnya.

Untuk mengurangkan kepanasan, letakkanlah bekas ditempat yang teduh (kami letakkan sebelah pokok lengkuas, untuk block direct sun).. dan juga tempat yang lebih tinggi agar sang katak tak dapat melompat kedalamnya.

Inshaallah tidak susah untuk menanam ketumbar. Janji benih yang fresh dan tanah yang sentiasa lembap dan persekitaran yang tidak terlalu panas. Selamat mencuba.

Tuesday, 22 January 2013

[Our Garden] Cerita Ketumbar dan Katak

Walaupun sekarang nie cuaca tersangatlah panas untuk percambahan tanaman, namun semangat bertanam tidaklah pudar begitu sahaja. Masih memikirkan alternatif yang dapat membantu. Memandangkan sudah lama tidak bertanam ketumbar dan stok dari kebun pun sudah kehabisan, dipikir2kanlah cara terbaik untuk percambahan mereka ini. 

Kotak untuk penanaman dibersihkan dan ditabur dengan benih ketumbar dan disiram air sekucupnya.

Ditutup pula dengan green shade agar cahaya panas terik dapat dielakkan sekurang2nya 50%..so adalah kelembapan yg dapat dikekalkan.

 Esoknya bila dibuka terdapat pasangan bahagia yang mula mendiami kotak nie.. nak cool kan badan mereka kot..Bersabar jer dulu..

Lps beberapa hari ketumbar dah banyak yang bercambah..katak pun semakin ramai yang berkampung untuk dapat  free aircon kat sini..tanah digali2 mereka buat lubang.. mmg cukup mengganggu benih2 ketumbar yang dah bercambah.


 Geram jugak dengan mereka ni. Nak coolkan badan yer..? Nah rasakan free shower,do u feel  cooler now or want some more? ..

Enough is enough, tak larat dok menyiram hari2 dan yang menikmati kenyamannya adalah sang katak, sedangkan ketumbar yang ditabur pun tertanggu..bagi pun bukak the green shade..biarkan jer begitu, open ditengah2 panas..bagi jer tempat nie ntuk mereka for free..duduk boleh, tapi air kena taruk sendirilah che2 katak yer...

 Terpaksalah guna plan lain..tanam dalam kontainer... letak ditempat yang lebih redup..

 Disungkupkan dengan rumput2 kering dan disiram kurang2 2 kali sehari agar sentiasa lembap tanahnya...

Semoga tumbuhlah hendaknya..kalau tak kena guna plan no.3 pulak...huhuhu



Monday, 15 October 2012

Hutan Ketumbar

Lama dah rasanya dibiarkan pokok2 ketumbar ini membesar begitu sahaja. Tak terhabis dipetik, lama2 pokok terus membesar tanpa disedari. 


Kebanyakkan pokok dah matang, rasanya usia ketumbar ini dah lebih 2 bulan (daripada bulan puasa lagi kot). Tinggi-tinggi pokoknya, daun pun semakin menguning. Kita tengok apa yang dah terhasil didalamnya,

Bunga-bunga ketumbar yang semakin bertambah

Nampaknya sudah berbuah pun jugak. Jika dibiarkan kering buahnya nanti boleh digunakan jugak, tak payah beli biji ketumbar dari kedai...hmmm

Daun-daun pun sudah bertukar bentuk. Kalau bentuk macam ini memang dah tak sedap untuk dimakan, dah tak ada rasa dan bau.

Nampaknya tukang kebun kena bersihkan bahagian ini secepat mungkin sebelum menjadi semakin bersemak. Namun teringin jugak nak tengok biji ketumbar seperti yang dibeli terhasil dikebun sendiri... 

Oklah gtg, kena bersiap nak keluar kebandar Lautoka, Abuaidan otw balik (dia amek pelepasan awal) ada sikit urusan yang penting dan ditunggu-tunggu..nanti ceritlah pulak balik nanti, inshaallah.

Sunday, 9 September 2012

Selamat Menuai Ketumbar


Ketumbar yang ditanam pada 27/7/12 sudah berusia 6 minggu. Sebenarnya dari seminggu yang lepas pokok2 ketumbar tuh dah boleh dituai namun disebabkan kesibukan terlupa nak buat entri penutup untuk ketumbar ini.  
Seimbas mengenai penanaman ketumbar ;
- tanam daripada benih yang baru yang dibeli secara tidak dipek lebih baik
- boleh ditabur dalam pasu besar atau direct atas tanah yang telah digembur
- pastikan tanah sentiasa lembap, siram 2X sehari. 
- letakkan ditempat yang jauh daripada sinaran matahri yang terik.
- boleh dituai mulai selepas 30 hari. 


Untuk detail progress click: Label coriander/ketumbar

Wednesday, 22 August 2012

Ketumbar - Week 3

Tanam - 27/7/12
Mula bercambah - 2/8/12

Hari ini (26 hari selepas ditanam),


Pokok ketumbar sudah membesar tetapi masih agak muda/ kecil untuk digunakan dalam masakan. Mungin tidak memberikan rasa dan aroma yang diinginkan.

Untuk detail progress click: Label coriander/ketumbar


Khasiat ketumbar:
Ðaun ketumbar mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat dan air. Mineral-mineral dan vitamin-vitamin termasuklah vitamin C, kalsium, fosforus, besi, karotena, thiamin, riboflavin, niasin, garam, kalium dan asid oksalik. Citronelol, komponen minyak pati dalam ketumbar dikatakan antiseptik yang bagus. Komponen-komponen lain mempunyai kesan penyembuhan dan anti mikrob yang tidak akan membiarkan luka dan ulser dalam mulut menjadi bertambah teruk. Ia juga mampu membantu menyembuhkan ulser dengan segera dan menyegarkan nafas. 

Friday, 10 August 2012

Ketumbar - Day 14

Tanam - 27/7/12
Mula bercambah - 2/8/12

Hari ini (2 minggu kemudian)
 daun2 mula bercorak
Sudah ketara pertumbuhannya.

Untuk detail progress click: Label coriander/ketumbar

Friday, 3 August 2012

Ketumbar - Day 6

Daripada entry  Mari Menanam Ketumbar, latest updates - hari ke 6 setelah disemai benih,

Benih dah mula bercambah,

Ada juga mula membentuk,
 Ada yang dah menjadi anak2 ketumbar yg kecil,
Keseluruhannya,


Friday, 27 July 2012

Mari menanam ketumbar

Assalamualaikum...

Ketumbar in english coriander, in hindi Dhania or Cilantro, in chinese Chinese Parsley, in tamil not sure..

Biasanya dalam masakan sebagai penambah rasa dan bau..diantara ketumbar dan sederi (celery), rasanya sederi banyak digunakan oleh orang melayu kita manakala ketumbar banyak digunakan by indians..

What's the differences between coriander and celery.. cuba tgk gambar2 dibawah ni... daun ketumbar lebih kecil dan lembut manakala daun sederi lebih besar dan  lebih kasar. tapi dari segi rasa memang sederi lebih sedap untuk dihidangkan bersama sup.. sedangkan ketumbar sangat sesuai untuk ditabur pada kari setelah masak.. atapun tabur atas mee atau meehon goreng..sedap..

daun ketumbar
daun celery muda (sederi)
daun celery yang tua
Berapa harga ketumbar kalau dibeli kat kedai? 50 sen or RM1.00? kalau kat sini musim sejuk murah sikit dalam 50sen tapi kalau musim panas mahal lah sikit, tengok supply kat market banyak ker tak. kalau competition tak banyak memang boleh jadi lagi mahal. Ini disebabkan ketumbar kalau panas sangat susah nak hidup..

So better to plant on our own - boleh save money, boleh harvest anytime kita suka dan lagi fresh..

Dalam dalam bekas atau direct atas batas?
Dalam bekas - more flexible, mudah dialih, jimat space. jika cuaca panas boleh boleh diletakkan ditempah yang lebih teduh yang boleh dapat cahaya matahari
Pada batas - lebih ruang untuk menanam, senang diuruskan bersama sayuran2 yang lain..tetapi jika musim panas hendaklah diletakkan peneduh untuk mengelakkan pokok daripada kekeringan dan kepanasan.
dalam bekas

tanam direct pada  batas




Disini dikongsikan penanam yang telah saya buat pagi tadi,
  • Ni tapak ketumbar yang dah habis harvest..

  •  Setelah dibersihkan semua rumput rumpai,
  •  Tanah digemburkan guna fork or tangan (we called it), takde fork guna cangkul pun boleh..mana2 yang mudah.
  •  Tanah yang telah dibersih dan digemburkan,
  •  Fresh seeds yang dibeli dari market.. (benih yang baru senang tumbuh)
 Ini rupa benih ketumbar,
  •  Setelah ditaburkan direct pada batas serata yang mungkin..
 Close up benih yang dah ditabur,
 
  • Kemudian disiram air dua kali sehari..siram banyak sikit supaya benih senang kembang dan bercambah
  • Penjagaan - siram air secukupnya dua kali sehari (ketumbar sukakan tanah lembap), bersihkan rumput atau rumpai sekali seminggu sebelum bersemak. tak perlu letak baja  kerana pokok boleh masih boleh hidup subur asalkan tidak berada pada tempat yang terlalu panas.

Inshaallah lepas sebulan bolehlah dituai.. kalau nak supply yang berterusan..buat tapak besar sikit, bahagikan kepada beberapa bahagian.dan taburkan benih dalam satu bahagian mungkin berjarak dua minggu..macam yang dalam kotak yang saya buat nih dibahagikan kepada 4, dan dijarakkan dalam dua minggu..bila bahagian dah penuh dah besar, bahagian yang dah habis harvest dahulu tu bolehlah dimula tanam balik..
Ni pulak intai jiran sebelah umah tanam ketumbar..diorang nie banyak ketumbar guna dalam masakan dan selalu jugak mintak dengan jiran sebelah pagar dia nie..one day saya advised the untie nicely yang tanam ketumbar ni senang je, tak ambil masa lama dan menjimatkan kalau tanam sendiri..lagipun belakang umah diorang banyak space dan luas..kalau susah sangat tanam dalam pasu.. so now ketumbar diorang nampak dah semakin besar..alhamdulillah.
Cuma saya advised diorang kalau tanam banyak sangat at the same sime takut tak abis nak makan sampai pokok jadi berbunga dan berbuah..tanamlah berjarak lebih praktikal.


Wednesday, 27 June 2012

Kotak untuk pokok ketumbar

Assalamualaikum,

Long time thought of buat kotak untuk pokok ketumbar ni sbb kalau letak kotak nampak kemas sikit compare ngan open space like this, pada asalnya.

Memandangkan Abu Aidan asyik busy jer so i have to make the box on my own, inilah rupanya box for coriander bed made from recycle woods.



much better and lebih kemas right?

wassalam.


Nuffnang Ads