Banyak pokok2 dan sayuran yang menjadi semakin matang dan kering di pokok..antaranya puncanya memang sengaja dibiarkan untuk buat benih, dan ade juga kerana tak terpetik (terus kering disitu..). Harus sebelum pembersihan batas, mana2 yang dah menjadi benih dikutip dan disimpan...
Buat benih sendiri lebih bagus..fresh dan menjimatkan..benih yang segar dari pokok senang nak tumbuh banding yang dibeli kerana kita tak tahu berapa lama dah dipek dan disimpan...
So sebelum terlupa dan lupus begitu sahaja..inilah yang sempat disimpan oleh tukang kebun...
Benih zinnia dan bunga marigold..
Benih ulam raja dan rosella...dua2 nie memang precious, pewaris yang dieksport oleh kawan2 kesini..kalau tak simpan maunya susah nak dapat lagi...
Benih kacang botor dan kacang panjang..berlambak dipokok..cuma malas jer nak kerja2 mengutip takut tak berhabisan pun yer...
Benih jagung, kacang merah dan petola. Petola memang banyak yang menjadi benih sebab selalu terlepas masa..nak petik tengok2 dah matang...
Benih sayuran yang fresh gini kalau disimpan setidak-tidaknya inshaallah boleh bertahan dalam 3 bulan. Kalau sebanyak ini beli dikedai memang lebih dari $5.00 kot..jimat lah jugak kan..:)



