Showing posts with label Rakan Blogger. Show all posts
Showing posts with label Rakan Blogger. Show all posts

Monday, 4 August 2014

Terharu Dihari Raya

Sebelum aku menceburkan diri dalam dunia blog nie 2 tahun lebih yang lepas honestly walaupun dikelilingi oleh orang2 tersayang namun masih ade sedikit rasa sunyi dan rindu tuk berbual2 dalam bahasa ibunda..sini bukannya takder orang yang lidahnya sama tapi agak jauhlah jugak nak bertenggek berbual hari2 kan...

Hinggalah aku mula berblog  dan  menjalin persahabatan dengan rakan maya alhamdulillah bahasa ibundaku tetap bersemi dalam jiwa dan minda..kembali seperti asalnya dimana bahasa dalam otak adalah tetap bahasa melayu, bahasa kelate...:)  

Kalau dalam entri yang sebelum nie aku hepi nie pencapaian trafik, namun happiness yang sebenar dalam berblog adalah dapat menjalin ukwah dengan rakan2 maya dan selidah denganku..

Tidak pernah bersua mahupun bercakap melalui tepon namun keikhlasan rakan2 memang terserlah..malah tak terduga aku ingatan korang adalah lebih dari realiti.. 

Walaupun jauh beribu batu, berpuluh2, beratus ringgit dibelanjakan tanpa berkira untuk berkongsi kegembiraan hari raya dengan  kami sini...

Bukan sekali, bukan sehelai dua malah berhelai2 pakaian yang rakanku ini terbangkan buat anakanda2  dan jugak mak mereka.. 

Aku tak terkata...tak terbalas...malah rasa segan pulak ...mula sungguh hati Auntie Chevy kan Aidan, Arissa...

Tanpa pemberian auntie Chevy tak mungkin korang dapat merasa pakai baju melayu, baju kurung dihari raya nie..Alhamdulillah dan tima kasih banyak2 tuk Auntie...

Aidan, Arissa...kita doakan agar Allah mempermudahkan dan memurahkan rezki auntie Chevy sekeluarga...kita doakan inshaallah bila dah balik Malaysia nanti dapat bersua ngan Auntie Chevy, Ikram dan Alisha okay...


Abang aidan dengan bangganya pakai baju melayu pada hari yang dorang beraya kat sekolah..cikgu suruh bawak baju raya masing2...tengok tuh segaknya siberbaju kuning tuh kan...hehehe

Friday, 7 February 2014

Rezeki Dari Alam Maya

Rezki sejak berblog alhamdulillah tidak putus-putus dari awal hinggalah kehari ini. Kiriman2 yang ikhlas dari rakan2 blog seperti Kak Puteri Purnama,  Dini, Diana KBB, MakAji Ummu Malpdihah, Nadia Rashid, Chevy dan... adakah yang aku terlupa nak mention..

Daripada benih, makanan kering hinggalah pakaian serta buku...semuanya tak ternilai bagiku...terima kasih semua...

Rakan2 menghabiskan wang ringgit yang bukan sedikit kosnya buat ingatan untuk kami yang jauh beribu batu..sedikit sebanyak mengubat rindu kepada tanahair..

Daripada rakan2 yang mempunyai blog sendiri hinggalah kepada silent reader..alhamdulillah..

Semalam pula baru kuterima dari Pahang yang ditunggu2 selamat sampainya dari sipemberi dan  sipenerima..  

Kiriman dari Suzi Isa, my silent reader yang  selalu mengikuti perkembangan kami disini..mengambil masa 3 bulan untuk sampai kerana melalui surface.

Akhirnya sampai dengan selamat, tiada sedikit cela mahupun kerosakan walaupun lamanya perjalanan itu..:)

 Butter Cereal (tak sabar aku nak mencubanya), Kain batik yang sangat aku suka coraknya, baju tuk Arissa yang begitu comel serta sehelai tudung yang memang seperti taste aku jugak..

Anak dara yang selalu ade sahaja buah tangan untuknya..hinggakan kami tidak perlu membeli baju2 yang cantik untuknya kerana sudah banyak yang cantik2 telah dihantar oleh Auntie2 bloggers..yang tastenya punsama seperti mak Arissa..

Hmm belum lagi mummy mencuba, dia nampaknya dah cuba dulu nie,...syomelnya kan, mummy kalahlah ngan Arissa..kena simpan tuk Arissa gamaknya nie...hehehe 

Terima kasih Suzi Isa atas susah payah dan kemurahan hati..Allah jua yang dapat membalasnys. Semoga dimurahkan rezki dan mendapat kesenangan didunia dan akhirah..ameeen...

p/s- Suzi tidak mempunyai blog link tuk mengenalnya lebih lanjut...

Tuesday, 21 January 2014

Traffik Naik Balik Kerana S2B

Selain Pakcik Google, nampaknya yang blog besar, femes serta ramai pengunjung memberikan kesan positif kepada blog yang link kepadanya kan..kalau blog picisan cam blog aku nie manalah sangat boleh tarik orang kan...

Harus aku berterimakasih kepada Sis Lemongrass from blog Salam2Benua kepada membuka platform kepadaku untuk dikenali oleh pembaca2 blog dari seluruh pelusuk benua dengan meletakkan blogku didalam blog listnya...aku sebenarnya malu jugak

Dan kerananya jugak ia banyak membantu meningkatkan traffik blogku ini...Alhamdulillah..

Dulu sebelum Sis LG bercuti 8 minggu dari berblog, alhamdulillah blog picisanku nie boleh mencapai lebih 2000 pageviews setiap hari selama beberapa hari dalam seminggu, kira average sehari dekat 2000 jugaklah gitu..

Kemudian setelah beliau bercuti, efeknya jugak terhadap blogku nie dimana slowly traffik nyer berkurangan hinggalah menjadi average dalam 1,600 sehari..nampak tak betapa significant nyer blog S2B terhadap trafik blogku nie...

Sebab tuh aku letak blognyer kat special place dalam blogku..:)

Kemudian bila beliau kembali menulis hampir setiap hari sejak minggu lepas, trafik blogku pun nampaknya semakin improve..dan dalam seminggu nampaknya ade beberapa hari yang cecah 2000 (sabtu ahad tuh susah sikitlah kan).


So disini aku ingin ucap thanks to SisLG banyak2, semoga terus menulis selamanya...inshaallah..

Sapa belum pernah baca blog yang sebest blog beliau silalah klik disini  agar anda tak menyesal kemudian hari...heheh

permisi yer sis LG letak header ngan gambar nie..

Friday, 20 September 2013

Awas! Sudah Ramai Bloggers Wanita Terkena Virus Nie..

Awal2 lagi nak mintak maaf yer sekiranya entri nie menyinggung mana2 pihak..ini sekadar guruan hari Jumaat jer..bolehlah kan?

Seingat UA last year dalam bulan August gitu mula berkenalan ngan blogger Jassnani, beliau pada masa tuh dah sarat ngandungkan budak Fiyya..actually ms tuh UA baru jer terkena virus..kemudian kenal ngan Lydsunshine, Azie..depa pun ms tuh tgk2 dah kena virus daa...same time jugak kenal ngan Wanie, beliau pun baru terkena virus jugak..

So tak tahulah virus tuh dtg dari mana dan siapa pembawanya kan..:)

First baby in belog 2013..hehe - Fiyya (sorry yer mama fiyya ..curik gambar nie)

Kemudian dalam pada dok peknenkan Arissa, dengar khabar lak virus mula merebak pada rakan2 blogger yang UA kenalllah..

Mangsa virus berikutnya..Nadia Rashid yang rajin berblog tiba2 senyap sangat .hehe..diam2 ubi berisi rupanya..:). 

Kemudian NinaAz..pulak kena serang....

Pastuh Azmatun dalam rajin2 dok memasak tiba2 senyap agak lama jugak..

Kemudian Liya Hanif yang dulunya rajin update blog pun tiba2 tiada berita...

Dan baru-baru nie plak penjelasan dari Dr. Pinkycat kenapa beliau agak lama menyepi...

Dan jugak setelah lama tak sempat menjenguk tau2 QA's Mamapapa terkena virus yang sama..

Ramai kan yang terkena virus2 nie..anyway congratulations tuk Ibu2 nie..

Cepat kan virus merebak..harap2 virus jugak merebak pada mana2 rakan2 yang sangat2 inginkan terkena virus nie..

Semoga Atieyusof inshaallah suatu hari nanti terkena jangkitan jugak yer nanti kami doakan..

Pssstt..OKje, KA, Kakzakie, Ibuqis tak mau tempias virus nie ker..heheh? 

Teringat jugak masa kat opis dulu ade sorang staff indian mula2 start peknen..tak lama selepas tuh berjangkit2..habes semua staff pompuan kat opis ngandung..kecuali yang anak2 dara sahaja sib baik depa tak ngandung jgk krn virus....UA yang newlywed ms tuh pun ujung2 terkena jgk walaupun dah terbang ker Fiji..huhuhu

Monday, 25 March 2013

Sungguh Kuterharu......

Alhamdulillah selesai sudah check-up yang kelima pagi ini...Alhamdulillah semuanya bagus..blood count pun dah improved 11.8..pressure semua beres..cuma yg tak best male fijian doctor yang check perut..huhuhu..tak patut kan....namun apakan daya...

Anyway..abis check up pegi ke post office to collect some parcel yang dikirim oleh rakan blogger Dini..terkejut melihatkan postal charges yangg tinggi dan jugak kotak yang besar....

Bungkusan yang dilabelkan budu...Alhamdulillah everything was in good order..

Mashaallah, rezeki anak2 & mak.. Banyak betul barang2 yang dikirim Dini...untuk Abg Aidan,

Buku2 akviti, mewarna, belajar jawi dan juga sebuah buku bertema motivasi utk mummy...lepas nie Aidan kena jadi as good as Ajwad yg rajin dan pandai..

Interesting games & stickers...membina minda...

Untuk baby...

Beberapa helai baju2 untuk baby ..good that baju2 mcm nie belum dibeli lagi..:) 

Untuk mummy...
Nice gardening towel and a frame to display in the kitchen...Dini memang memahami

All time favourite....best of the best...

Alhamdulillah..alhamdulillah..Tiada kata2 untuk menggambarkan betapa terharu dan berterima kasihnya kami kepada beliau dengan pemberian yang sangat2 dihargai ini...tidak cukup dengan perkataan untuk diluahkan...semoga Allah membalas budi baikmu teman dan melimpahkan berganda2 lagi rezeki kepadamu sekeluarga..inshaallah..

Marilah kita berkenalan dengan insan mulia ini yang tinggal diutara tanahair..mixed family, happily ever after dengan 2 hero kacukan yang hensem2 tuh..seorang tenaga pengajar yang gigih dan dedikasi, A malay woman, A Chinese Son = 2 Mixed Sons, itulah teratak milik insan yang baik hati nie.....Jazakallahkhair Dini and your family... 

Saturday, 16 February 2013

Maghri Dari Kemamang

Alhamdulillah yang ditunggu-tunggu telah tiba akhirnya..setelah berminggu2 menunggu akhirnya yg ditakdirkan menjadi rezki kita tetap jadi rezki kita kan. 


Poslaju kiriman Nadia dari blog Journey to Green Living selamat sampai dibumi Fiji walaupun pada awalnya khuatir isi kandungannya akan dibuka dan mungkin tidak lepas.


Alhamdulillah pihak kastam tidak membukanya dan selamat seadanya. Treasures yang bernilai dari Kemaman - Benih ulam raja, keembung dan benih cili jalapeno. Alhamdulillah cita2 nak makan ulam milik raja semakin hampir nie..heheh

Thanks a lot Nadia, means a lot to me and really appreciate it. Semoga Nadia selamat menunaikan ibadah umrah dan bertambah2 keimanan dan rezki, inshaallah. 



Tuesday, 11 December 2012

Orang Berbudi Kita Berbahasa

Orang memberi dapatlah kita merasa...

Dari Sabah ke negara Fiji
Ke negara Fiji menaiki Kapal terbang
Sungguhla mulia hati yang memberi
 Kakanda Puteri Purnama memang terbilang 


Orang Sabah mesra berkirim
Berkirim ikan yang disiat kulit
Sungguhlah cantik ikan yang dikirim
Ikan yang besar  Ikanlah Sulit


Ikan kering beekor panjang
Ekor panjang dimakan kera
Ikan kecil namanya anjang-anjang
Harum semerbak pembuka selera


Kota Belud kopi dilambak
Dilambak dikering diatas tangan
Kopi pula harum semerbak
Rasa segar tiada tandingan


Selamat sudah kiriman diterima
Budimu ini tetap kukenang sampai berbila
Allah jugalah sebaik pembalas jasa
Doa kami untukmu seisi keluarga

Mari-mari kita berbalas pantun sapa menang dapat kopi percuma ...hehehe..(konon2 jer tuh)..

Tuesday, 27 November 2012

1st Page Google Search after 6 months?

Tajuk adalah gimik jer dan entri ini adalah sebenarnya review blog untuk rekod peribadi dan dikongsikan bersama2 rakan blog yang telah bersama2 dari awal blog dibangunkan, kini alhamdulillah 6 bulan sudah. 

Sebenarnya tuan blog bukannya suka menulis pun dan tak pandai menulis pun jgk. Namun sejak kami mula ber'home kitchen garden', rasa seronok pulak melihat tanaman2, namun pada awalnya tiada kamera dan niat untuk merakam dan mencatat perkembangan tanaman dikebun tak dapatlah direalisasikan.

Asalnya masa nak tulis blog tak tahu nak tulis for which audience, orang2 kat sini masih lagi ketinggalan dari segi IT. nak tulis dalam English kan jawabnye 1 entry separuh hari mengaranglah baru kuar. Nak target pembaca dari tanahair rs malu lak, aku yg dok di tempat jin bertendang nie, tiba2 muncul..kiranya takder self confidence sangatlah..tapi nak sangat share exprience pasal berkebun nie. Nak tulis pasal negara ini kan bukannya banyak sangat pun yg boleh diceritakan dan sapalah yg akan berminat..nak cita pasal family pun ..apalah sangat nak cite psl our small family yang sama jer aktiviti kehidupan hariannya...pun orang boleh bosan, yer tak. so berkongsi jugak sikit pasal family dan fiji islands sekurang2nya family ditanahair dapat info walaupun mereka adalah silent readers.

So teruskanlah jugak menulis 'hudoh2', serta letak gambar banyak, dlm pada cuba mencari traffic. Sapa kata traffic tak penting walaupun kita berblog bukanlah semata-mata untuk mengejar traffic, namun bg sy ianya sebagai pemangkin & kepuasan atas usaha blogging kita. Adalah jugak submit blog kat few search engines. Awalnya berblog memang traffics sangat slow, yer lah blog baru dan pembaca pun tak seberapa, orang belum discover lg blog kita..namun seperti tip2 berblog yang pernah dibaca, keep writing at least 1 entry perday, don't give up walaupun tak mendapat sambutan. hohohoh..

So teruskanlah jugak berkongsi pengalaman berkebun dan  antara kawan2 blog terawal adalah kak Puteri Purnama, Ayut, Olive, Kak Mar 'suka-suka', Ibu Qistina, Wani Sc, Mama Ponkey dan sebagaimanya..namun alhamdulillah kini kawan2 blogger semakin bertambah dan pelbagai pulak.

So, after 6 months blogging dengan jumlah follower yang baru mencapai angka 94 orang dan trafik yang telah mencecah 30,000 (alhamdulillah walaupun nak dibandingkan dengan blog lain yang hebat, mereka lebih banyak)..i realised now kebanyakkan traffics datang dari search engines, malah new visits everyday dalam 40%  (termasuk daripada referral)..even weekend yg biasanya traffics rendah, namun kerana search traffics nie, alhamdulillah tidak mengecewakan.

Referring sites for the day

Alhamdulillah sekiranya kita terus menulis secara constant setidak-tidaknya 1 entry sehari dan penulisan kita jugak dari idea sendiri dan tidak cut and paste dari sumber lain, google jugak will give us good ranking..alhamdulillah banyak jugak dari entries yang berada pada first page.

Salah satu dr popular post yang berada di tempat pertama, first page, search results.




Search 'cara menanam sawi', berada di tempat ke.4, first page


Sebahagian search keywords from google organic untuk semalam (zoom in utk lebih jelas)

Bukanlah nak claim yg I'm an expert, berbangga dan rasa dah berjaya pun, cuma berkongsi kepuasan setelah 6 bulan berblog yang mana pada awalnya, bila search dalam google tentang some of the keywords from blog entries, susah nak jumpa dan mungkin tercorot tempatnya. namum alhamdulillah bila kita tulis dengan idea kita yang original, walaupun ringkas, lebih mudah mendapat ranking dari google setelah beberapa tempoh...


Dari segi follower pula, saya rasa banyak follower pun bagus jugak, namun bukan semua follower adalah genuine readers yang akan membaca kebanyakkan entri kita, ada yang not interested pun with the subject but for the spirit of menambah rakan2 blog dan berkenal-kenalan. Dan sekiranya hendak bergantung kepada followers untuk traffics, maknanya kena bekerja lebih keras dan perlu membuat banyak  entries.  

Referral atau link dari blog rakan2 juga antara penyumbang trafik yang tak kurang banyaknya dan juga menarik new readers untuk ke blog. Terima kasih kepada rakan2 yang meletakkan link blog saya didalam blog mereka.

Kini alhamdulillah bolehlah releks sikit dalam berblog (tanpa tamak traffik atau follower), 1 entry sehari pun dah  cukuplah kan. Selamat maju jaya untuk semua, teruskan menulis ya rakan-rakan.  

Saturday, 3 November 2012

From Adelaide With Love

Alhamdulillah semalam sampul yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kali ini dari Australia pulak, dari tukang kebun blog Kebun Melayu - Kadazan dan Kebun Bahagia Bersama. Actually giveaway dari tukang kebun  Melay-Kadazan yang bermurah hati nak beri benih2 onion to few bloggers all over the world. Mungkin dah rezeki kami untuk merasa tanaman2 & bunga-bungaan dari negara pacific juga kali ini, alhamdulillah hadiah Diana sempena akan hadirnya  ahli baru dalam keluarga kami, inshaallah.

 Alhamdulillah sampul tiba in good shape, tidak dibuka mahupun disuruh buka.

Benih2 sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang akan menambahkan koleksi dan variasi kebun melayu di Fiji ini, heheh.

Thanks a lot Diana atas kemurahan hati, setiap yang diberi walaupun kecil atau besar Allah tetap akan membalas dan gandakan lagi kepada kita atas keikhalasan kita dalam memberi. Teringat dulu masa buat teka carrot masa awal2 blog beroperasi, tak seberapalah sangat yang diberikan kepada kawan2 sebagai hadiah saguhati, namun alhamdulillah sehingga hari ini rezeki dari blog tetap mendatang..syukur kepadaNya yang tak terhingga. Kalau tak ,sampai bilalah duduk menanam dan makan benda yang sama kat sini....

Actually saya pun baru kenal Diana ni kerana masa saya buka blog nie beliau cuti maternity. Kagum dengan blog Melayu-Kadazan yang kelihatan exclusive, segan nak berkawan dengannya..namun Diana yang humbly down to earth mula2 menyapa saya..hmmmm..malu jugak kan..

Jomlah kawan2 berkenalan dengan Diana jika ada kesempatan..sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pelbagai benih yang bermutu juga boleh berkunjung ke blog beliau dan order..inshaallah. Beliau tidak menjual untuk mendapatkan keuntungan, namun cukup untuk cover modal dan membantu rakan2 yang minat berkebun untuk merealisasikan impian berkebun mereka, inshaallah. Thanks a lot and All the Best Diana, moga cepat2 disatukan dengan your hensem boys..:)
  

Nuffnang Ads